[Video] #MU5735 : Pesawat Eastern Airlines bawa 132 penumpang terhempas di wilayah Guangxi, China


[Video] #MU5735 : Pesawat Eastern Airlines bawa 132 penumpang terhempas di wilayah Guangxi, China

Selanjutnya di: https://pakdin.my/157391 -

BEIJING: Sebuah pesawat penumpang milik syarikat penerbangan China Eastern Airlines yang membawa seramai 132 orang dilaporkan terhempas di barat daya China dengan jumlah kematian tidak diketahui.

Pesawat Boeing 737-800 itu terhempas di kawasan luar bandar berhampiran bandar Wuzhou di wilayah Guangxi.

Sehubungan itu, pasukan kecemasan sudah dikerah ke lokasi kejadian bagi melakukan operasi mencari dan menyelamat.

Stesen penyiaran CCTV menyatakan, pesawat tersebut terhempas di kawasan pergunungan di daerah Teng di Wuzhou.

Media tempatan melaporkan, pesawat MU5735 itu tidak tiba di destinasi yang dijadualkan di Guangzhou sejurus berlepas dari bandar Kunming selepas pukul 1 petang waktu tempatan.

Setakat ini, China Eastern belum mengeluarkan kenyataan berhubung kejadian tersebut. – AFP

Comments

Popular posts from this blog

Jadual Perjalanan Dan Tambang KTM Komuter Sektor Utara - Padang Rengas - Bukit Mertajam

Tiga pasangan negara mara ke pusingan ketiga Kejohanan Dunia

Malaysia Milk tarik balik penjualan produk Marigold HL