Posts

[VIDEO] Pesawat kargo DHL patah dua semasa mendarat cemas

Image
[VIDEO] Pesawat kargo DHL patah dua semasa mendarat cemas Sumber:  https://pakdin.my/158103 ... SAN JOSE, Costa Rica – Sebuah pesawat kargo DHL  dalam perjalanan ke Guatemala yang mengalami masalah hidraulik,  terbabas ketika melakukan pendaratan cemas, laporan akhbar Daily Mail. Penerbangan D07216 itu  terbang dari San Jose ke Bandar Guatemala semalam, namun  terpaksa berpatah balik kira-kira sejam selepas berlepas dan mendarat semula di Lapangan Terbang Juan Santamaria sekitar 10.30 pagi (waktu tempatan). Semasa mendarat, pesawat berusia 22 tahun yang dilaporkan membawa bahan berbahaya itu terbabas sebelum membelok tajam ke arah kanan. Kepulan asap keluar dari bawah tayar sebelum kapal terbang itu berhenti di kawasan  tidak rata dengan percikan api keluar pada  hujung ekornya. Krunya hilang kawalan ke atas pesawat DHL tersebut semasa pendaratan cemas selepas  kedua-dua topang gear runtuh. Topang gear adalah mekanisme yang menanggung beban pendaratan. Rakaman video menunjukkan sebaha

RUU Anti Lompat Parti: Adakah terdapat gunting dalam lipatan di sebalik kelewatan soal Zahid

Image
RUU Anti Lompat Parti: Adakah terdapat gunting dalam lipatan di sebalik kelewatan soal Zahid Sumber:  https://pakdin.my/158098 .... “Dikatakan juga Kabinet hari ini memutuskan untuk membentangkan RUU bagi meminda beberapa bahagian daripada Perlembagaan Persekutuan yang akan membolehkan perundangan ‘Antilompat’ di masa akan datang. “Dengan kata lain, perundangan ‘Antilompat’ akan mengambil masa yang panjang, berdepan risiko ditangguh untuk sekian kali. Kelewatan ini seolah-olah tiada keseriusan dan ketegasan, malah kurang keazaman politik untuk digubal, bahas dan diluluskan. Adakah terdapat gunting dalam lipatan di sebalik kelewatan ini?,” katanya menerusi catatan di Facebook. Tambah Ahmad Zahid, UMNO ialah parti yang paling terkesan dan menjadi mangsa lompat parti apabila terdapat Ahli Parlimennya yang melompat parti selepas Barisan Nasional (BN) tewas. Malah, katanya, ada juga dalam kalangan BN ketika itu bernada musuh politik UMNO dengan mengharap dapat bekerjasama dengan sekutu mer

RUU: PPBM bantah syarat kosongkan kerusi

Image
RUU: PPBM bantah syarat kosongkan kerusi Sumber:   https://pakdin.my/158094 ... Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) secara kolektif tidak bersetuju dengan syarat kerusi dikosongkan terhadap mana-mana ahli parlimen yang dipecat kerana melompat parti sekali gus Pilihan Raya Kecil (PRK) perlu diadakan. Perkara itu antara tiga kriteria lompat parti yang terkandung dalam Rang Undang-Undang (RUU) Lompat Parti yang akan dibentang di Dewan Rakyat, Isnin ini. Bercakap kepada Utusan Malaysia, sumber… Seterusnya di: Utusan Digital.

'Menteri pun katak politik, susah nak lulus RUU antilompat' - Shahrir

Image
'Menteri pun katak politik, susah nak lulus RUU antilompat' - Shahrir Sumber:  https://pakdin.my/158090 ... Tidak mudah untuk kerajaan membentang dan meluluskan rang undang-undang lompat parti memandangkan jemaah menterinya turut terdiri daripada "katak politik," sindir veteran Umno, Shahrir Samad. Dia berkata 39 ahli parlimen yang berada di Dewan Rakyat ketika ini terdiri daripada mereka yang telah lompat parti. "Tidak mudah bagi sebuah kerajaan yang jemaah menterinya terdiri juga dari mereka yang pernah lompat parti untuk bersetuju dengan tafsiran 'lompat parti' atau 'katak politik'. "39 ahli parlimen dalam parlimen ke-14 pernah lompat keluar dari parti asal mereka pada pilihan raya umum (PRU) ke-14. "Kerana mereka lompat, sama ada mereka tidak didakwa ataupun mereka dapat jawatan yang lebih baik dari semasa mereka berada dalam parti asal mereka," katanya pada satu hantaran di Facebooknya, hari ini. Semalam, Malaysiakini yang mem

[Video] PRU15: Waspada dengan ‘sesumpah’, pesan Ku Nan

Image
[Video] PRU15: Waspada dengan ‘sesumpah’, pesan Ku Nan Sumber:  https://pakdin.my/158085 .. Sejak kebelakangan ini seakan ada pemimpin dalam parti-parti tertentu yang muncul kembali secara tiba-tiba, kata Bendahari UMNO Datuk Seri Utama Tengku Adnan Mansor. Menurut beliau walaupun sebelum ini rakyat sangat-sangat susah, tertekan dan terhimpit, segelintir pemimpin itu langsung tidak kelihatan, namun sekarang seakan ‘mati hidup semula’. “Ini termasuklah menteri-menteri zaman PH yang penuh kesumat, zaman PN ikut suka sendiri malah dalam kerajaan Keluarga Malaysia sekarang pun menunggu MoU tamat? “Persoalannya adakah pemimpin ‘mati hidup semula’ ini ada balik kerana cerita-cerita tentang Pilihan Raya Umum makin dekat,” katanya menerusi catatan di Facebook . Di samping itu, Tengku Adnan menasihati orang ramai agar lebih berwaspada dengan ‘sesumpah’ menjelang pilihan raya. “Maknanya, waktu nak pilihan raya timbul, lepas tu hilang berzaman tanpa ambil kisah rakyat yang undi mereka. B¹la tiba

[Video] Kontena jatuh dari jejambat hempap lori

Image
[Video] Kontena jatuh dari jejambat hempap lori Sumber:  https://pakdin.my/158079 ... PELABUHAN KLANG: Pemandu lori nyaris maut selepas lori yang dipandunya dihempap kontena yang terjatuh dari jejambat berdekatan susur keluar ke Lebuhraya Lembah Klang Selatan (SKVE), hari ini. Difahamkan, ketika kejadian mangsa berusia 49 tahun dalam perjalanan ke Pulau Indah, dekat sini, sebelum kontena yang membawa muatan kotak kitar semula jatuh dan terkena bahagian hadapan lori yang dipandunya. Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor, Norazam Khamis berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan mengenai insiden itu pada 1.17 tengah hari dan sepasukan pegawai serta anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Kota Raja bergegas ke lokasi. "Sebaik tiba di lokasi, didapati sebuah kontena terjatuh dari atas jejambat yang dianggarkan setinggi 40 kaki (12 meter) dan menghalang laluan ke Pulau Indah. "Difahamkan, ketika kejadian, terdapat dua lori kontena melalui jalan

[Video] Guru rogol 13 pelajar dihukum mati

Image
[Video] Guru rogol 13 pelajar dihukum mati Sumber:  https://pakdin.my/158075   .. Mahkamah Indonesia menjatuhkan hukuman mati terhadap seorang bekas guru atas tuduhan merogol 13 pelajar perempuan sebuah sekolah tahfiz di Bandung. Keputusan itu dibuat selepas pihak pendakwaan mengemukakan rayuan susulan tertuduh sebelum ini hanya dikenakan hukuman penjara seumur hidup. Kes membabitkan Herry Wirawan, 36, menggemparkan Indonesia dan mengetengahkan isu mengenai keperluan melindungi kanak-kanak daripada keganasan seksual di sekolah tahfiz berasrama. Februari lalu, tertuduh dijatuhi hukuman penjara seumur hidup oleh Mahkamah di Bandung, sebelum pihak pendakwaan memfailkan rayuan memohon tertuduh dikenakan hukuman mati. "Dengan ini, mahkamah menghukum tertuduh dengan hukuman mati," menurut kenyataan dikeluarkan mahkamah yang dimuat naik di laman sesawang Mahkamah Tinggi Bandung. Sementara itu, peguam Herry, Ira Mambo, enggan mengulas sama ada pihaknya akan memfailkan rayuan atas ala