Posts

Isteri ketua kampung dibunuh di Bera

Image
Isteri ketua kampung dibunuh di Bera Selanjutnya:  https://pakdin.my/159520 / Suspek dipercayai telah masuk ke dalam rumah kira-kira jam 7.30 pagi melalui pintu belakang rumah. Mangsa dipercayai telah dijerut dengan kabel pengecas telefon dan turut mencederakan suami mangsa. suspek dipercayai telah melarikan wang tunai kira-kira RM6,000 bersama kereta jenis Honda City. Kes disiasat di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan BERA - Seorang wanita maut dipercayai telah dibunuh dalam satu kejadian samun di rumahnya di Felda Mengkuang di sini. Pemangku Ketua Polis Daerah Bera, Deputi Superintendan (DSP), N.Kumaran berkata, mangsa berusia 52 tahun yang juga isteri ketua kampung tersebut dipercayai telah dijerut dengan kabel pengecas telefon. Menurut beliau, mangsa ditemui meninggal dunia di tempat kejadian, manakala suami mangsa mengalami kecederaan di bahagian kepala dan pengsan akibat dipukul. "Pihak polis menerima maklumat pada jam 10.45 pagi iaitu seorang wanita telah maut dipercayai dib

[VIDEO] Bunuh ibu sendiri, dengar bisikan punca anak tikam leher mangsa

Image
[VIDEO] Bunuh ibu sendiri, dengar bisikan punca anak tikam leher mangsa Selanjutnya di:  https://pakdin.my/159515 / Suspek mendakwa dia mendengar satu bisikan memintanya membunuh ibunya. Bisikan yang menyuruh membunuh ibunya kerana menyembah berhala Dalam kejadian kira-kira jam 3 petang 5/7/2020, pesara guru, Rozizah Md Dom, 63, ditemui dalam keadaan berlumuran darah dalam bilik tidur. Kes disiasat dibawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan MELAKA: Kejadian seorang wanita berusia 69 tahun dibunuh anak sendiri di rumah mereka di Kampung Paya Luboh di Tangga Batu, di sini petang tadi, menggemparkan negara. Pelbagai persepsi juga menyusul dalam mengandaikan punca kejadian berkenaan, sama ada ia mempunyai kaitan dengan dadah atau tekanan mental. Namun, hasil siasatan awal polis mendapati, suspek mendakwa dia mendengar satu bisikan memintanya membunuh wanita terbabit, kononnya kerana mangsa menyembah berhala. Ketua Polis Melaka, Datuk Zainol Samah, berkata mangsa dikatakan baru selesai mandi sebel

[VIDEO] Banjir di Baling: Mangsa ketiga ditemukan dalam timbunan kayu

Image
[VIDEO] Banjir di Baling: Mangsa ketiga ditemukan dalam timbunan kayu Selanjutnya di:  https://pakdin.my/159510 Khairul Ikhwan Nor Azman, 14, ditemukan dalam keadaan baik dan tiada kesan kecederaan. Mayat mangsa ketiga ditemui tidak jauh dari kedudukan dua mayat sebelum ini dikesan pada 9.30 pagi. BALING: Mayat terakhir kejadian banjir dan kepala air di Kampung Iboi, Kupang, berjaya ditemukan pasukan penyelamat pada 11.55 pagi tadi. Mayat mangsa, Khairul Ikhwan Nor Azman, 14, ditemukan dalam keadaan baik dan tiada kesan kecederaan. Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Kedah Sayani Saidon berkata, mayat mangsa ketiga ditemui tidak jauh dari kedudukan dua mayat sebelum ini dikesan pada 9.30 pagi. "Mayat mangsa ketiga turut ditemukan di bawah timbunan kayu sebelum operasi mengeluarkannya dilakukan pasukan penyelamat. "Berikutan itu semua mangsa yang dilaporkan hilang dalam kejadian semalam, berjaya ditemui dalam operasi hari ini," katanya. BACA Juga:   VIDE

[VIDEO] Banjir Baling: Jasad wanita hamil, ibu mentua ditemui berpelukan

Image
[VIDEO] Banjir Baling: Jasad wanita hamil, ibu mentua ditemui berpelukan Selanjutnya di:  https://pakdin.my/159504/   Ditemui dalam keadaan berpelukan kira-kira 100 meter dari lokasi rumah mereka runtuh Mayat Nurul Anis Abu Hassan, 28, yang hamil empat bulan ditemui bersama ibu mentuanya, Salmah Mat Akib, 53, di bawah timbunan batang pokok. Dipercayai bongkah kayu yang dihanyutkan arus deras menghempap rumah mangsa. BALING: Jasad wanita hamil dan ibu mentuanya yang dihanyutkan arus kepala air di rumah mereka di Kampung Iboi di sini, ditemui dalam keadaan berpelukan kira-kira 100 meter dari lokasi rumah mereka runtuh. Mayat Nurul Anis Abu Hassan, 28, yang hamil empat bulan ditemui bersama ibu mentuanya, Salmah Mat Akib, 53, jam 9.30 pagi di bawah timbunan batang pokok yang turut dihanyutkan arus deras. Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Kedah, Sayani Saidon, berkata kedua-dua mayat mangsa ditemui dalam keadaan baik dan tiada kesan kecederaan. Beliau berkata, pihaknya

[VIDEO] Penduduk di Baling terkejut kawasan kampung dilanda banjir, beberapa rumah ranap

Image
[VIDEO] Penduduk di Baling terkejut kawasan kampung dilanda banjir, beberapa rumah ranap Selanjutnya di: https://pakdin.my/159500   Kejadian banjir kilat ini melibatkan Kampung Iboi dan Kampung Tanjung Luas dalam mukim Kupang. Hujan lebat selama tiga jam bermula pukul 2 petang menyebabkan Air Sungai Kupang melimpah ke penempatan penduduk yang tinggal berdekatan tebing sungai. Terdapat rumah yang terletak di tebing sungai serta jambatan lenyap akibat dihanyutkan arus deras seperti kepala air. BALING – Penduduk di Kampung Masjid Iboi di sini terkejut apabila kawasan perkampungan tersebut dilanda banjir kilat dengan beberapa rumah dikatakan ranap dan hanyut dalam kejadian pada petang ini. Rakaman siaran langsung Facebook oleh pemilik akaun, Mohd. Mokhtar Che Man memaparkan keadaan sungai yang deras dan melimpah ke kawasan rumah penduduk. Dalam rakaman itu, pemilik akaun tersebut turut mendakwa terdapat rumah yang terletak di tebing sungai serta jambatan lenyap akibat dihanyutkan arus dera

[Video] Lelaki bogel menunggang motosikal di tahan polis disyaki bunuh isteri dan bayi berumur tiga bulan

Image
[Video] Lelaki bogel menunggang motosikal di tahan polis disyaki bunuh isteri dan bayi berumur tiga bulan Selanjutnya di:  https://pakdin.my/159496   Lelaki berusia 24 tahun itu ditahan ketika menunggang motosikal dalam keadaan berbogel pada pukul 2.45 petang (4/7/2022) Lelaki itu disyaki membunuh isteri dan bayinya yang baru berumur tiga bulan di kawasan Permas Jaya Kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan. JOHOR BAHRU -- Polis menahan seorang lelaki yang disyaki membunuh isteri dan bayinya yang baru berumur tiga bulan di kawasan Permas Jaya di sini, beberapa jam selepas mayat dua beranak itu ditemukan di hadapan rumah mereka di Kampung Bakar Batu di sini. Ketua Polis Daerah Johor Bahru Selatan ACP Raub Selamat berkata lelaki berusia 24 tahun itu ditahan ketika menunggang motosikal dalam keadaan berbogel pada pukul 2.45 petang, dan polis turut merampas sebilah pisau pemotong daging daripada lelaki itu. Dalam satu kenyataan di sini beliau berkata, polis menerima laporan berhub

[Video] Meteorologi sahkan fenomena awan bergaris di Kota Kinabalu ialah ‘garis badai’

Image
[Video] Meteorologi sahkan fenomena awan bergaris di Kota Kinabalu ialah ‘garis badai’ Selanjutnya di:  https://pakdin.my/159491   KOTA KINABALU: Fenomena awan bergaris panjang di Kota Kinabalu awal pagi tadi sehingga beberapa gambar mengenainya tular di media sosial disahkan sebagai ‘garis badai’. Menurut Pengarah Meteorologi Sabah, Amirzudi Hashim, garis badai yang melanda di kawasan pantai barat Sabah ialah barisan ribut petir bergerak yang panjangnya boleh mencapai sehingga ratusan kilometer dan tempoh hayat selama beberapa jam. Katanya, garis badai menghasilkan langkisau dan hujan lebat yang dahsyat serta meluas berbanding ribut petir individu. “Garis badai yang berlaku pada awal pagi tadi mula terbentuk di Laut China Selatan berdekatan perairan Brunei pada awal subuh dan bergerak sepanjang Pantai Barat Sabah. “Hujan mula direkodkan di Stesen Meteorologi Labuan bermula pada jam 5 pagi dan di Stesen Meteorologi Kota Kinabalu bermula pada jam 7 pagi,” katanya ketika diminta penjelas