[VIDEO] Bunuh ibu sendiri, dengar bisikan punca anak tikam leher mangsa


[VIDEO] Bunuh ibu sendiri, dengar bisikan punca anak tikam leher mangsa

Selanjutnya di: https://pakdin.my/159515/

  • Suspek mendakwa dia mendengar satu bisikan memintanya membunuh ibunya.
  • Bisikan yang menyuruh membunuh ibunya kerana menyembah berhala
  • Dalam kejadian kira-kira jam 3 petang 5/7/2020, pesara guru, Rozizah Md Dom, 63, ditemui dalam keadaan berlumuran darah dalam bilik tidur.
  • Kes disiasat dibawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan

MELAKA: Kejadian seorang wanita berusia 69 tahun dibunuh anak sendiri di rumah mereka di Kampung Paya Luboh di Tangga Batu, di sini petang tadi, menggemparkan negara.

Pelbagai persepsi juga menyusul dalam mengandaikan punca kejadian berkenaan, sama ada ia mempunyai kaitan dengan dadah atau tekanan mental.

Namun, hasil siasatan awal polis mendapati, suspek mendakwa dia mendengar satu bisikan memintanya membunuh wanita terbabit, kononnya kerana mangsa menyembah berhala.

Ketua Polis Melaka, Datuk Zainol Samah, berkata mangsa dikatakan baru selesai mandi sebelum kejadian berkenaan.

"Mangsa ditemui dalam keadaan berlumuran darah di dalam bilik tidurnya di bahagian belakang kediaman dan siasatan oleh pasukan forensik menemui dua kesan tikaman pada bahagian kanan dan kiri leher.

"Suspek dalam keadaan normal dan boleh bercakap. Ketika ditanya, suspek mengatakan dia menikam ibunya selepas mendengar satu bisikan yang menyuruh membunuh ibunya kerana menyembah berhala dan atas sebab itu, lelaki terbabit masuk ke dalam bilik dan menikam leher mangsa," katanya hari ini.

Zainol berkata, selepas menikam leher ibunya, suspek memberikan pisau sayur sepanjang kira-kira 26 sentimeter kepada wanita itu yang kemudian sempat membuang senjata berkenaan melalui tingkap dan dijumpai polis.

Dalam kejadian kira-kira jam 3 petang tadi, pesara guru, Rozizah Md Dom, 63, ditemui dalam keadaan berlumuran darah dalam bilik tidur oleh anak perempuannya yang juga adik kepada suspek berusia 38 tahun terbabit.

Zainol berkata, polis menerima maklumat daripada orang awam kira-kira jam 3.05 petang mengatakan terdapat pergaduhan sebelum menghantar sepasukan anggota ke lokasi kejadian dan dengan bantuan penduduk, anak sulung daripada lima beradik itu berjaya ditangkap.

Katanya, ketika kejadian, terdapat tiga penghuni di rumah terbabit termasuk mangsa dan difahamkan sebelum itu, wanita berkenaan hanya tinggal berdua bersama suspek yang juga seorang duda dan mendapat rawatan psikiatrik di Hospital Melaka sejak empat tahun lalu.

Beliau memaklumkan, suspek mempunyai dua rekod berkaitan dadah dan polis akan melakukan ujian saringan air kencing bagi mengesan sama ada dia di bawah pengaruh bahan terlarang itu ketika kejadian berkenaan.

"Esok suspek akan dibawa ke Mahkamah Majistret Ayer Keroh untuk permohonan reman bagi membolehkan siasatan lanjut mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan," katanya.



Comments

Popular posts from this blog

Jadual Perjalanan Dan Tambang KTM Komuter Sektor Utara - Padang Rengas - Bukit Mertajam

Majlis Raja-Raja isytihar Sultan Johor, Yang di-Pertuan Agong ke-17

Racun perosak dalam makanan mengurangkan jumlah sperma