Posts

Tandas dalam bilik tidur boleh undang jin, syaitan

Image
Tandas dalam bilik tidur boleh undang jin, syaitan Selanjutnya di:  https://pakdin.my/160254/ Tandas yang dibina di dalam bilik air boleh mengundang pelbagai ‘makhluk’ masuk ke bilik tidur kerana ia adalah tempat tinggal jin dan syaitan. Rumah orang dulu-dulu tandas diasingkan dari rumah ibu. Rumahtangga mereka pun aman damai selalu. Bagaimanapun, katanya, ada cara untuk menghalang ‘makhluk’ berkenaan daripada memasuki bilik tidur rumah kita. Kebanyakan rumah moden ketika ini mempunyai tandas dalam bilik terutamanya bilik tidur utama atau ‘master bedroom’. Namun, tahukah kita sebenarnya bilik tidur yang mempunyai tandas di dalamnya adalah tidak ‘elok’ serta dikatakan tidak mematuhi syariah. Memetik perkongsian di laman Facebook Malaysia Viral, seorang individu memaklumkan tandas yang dibina di dalam bilik air boleh mengundang pelbagai ‘makhluk’ masuk ke bilik tidur kerana ia adalah tempat tinggal jin dan syaitan. “Bayangkan rumah sekarang banyak tandas bersatu dengan bilik tidur, apabi

[VIDEO] Lemas semasa berkelah bersama tiga sepupu

Image
[VIDEO] Lemas semasa berkelah bersama tiga sepupu Selanjutnya di:  https://pakdin.my/160250/ JELI – Kegembiraan seorang lelaki berkelah bersama tiga sepupunya di Lata Renyut di sini hari ini berakhir dengan tragedi apabila dia tergelincir ke dalam sungai sebelum lemas. Difahamkan, mangsa, Izham Mohamad Saupi, 24, dari Kampung Baru Lubok Stol, Rantau Panjang mahu naik ke darat selepas mandi, namun tergelincir sebelum dihanyutkan arus sungai. Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Jeli, Mohd. Adni Ibrahim ketika dihubungi berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan mengenai kejadian itu pada pukul 12.10 tengah hari. Menurutnya, semasa anggota bomba tiba di lokasi kejadian, mangsa telah dibawa naik ke darat oleh orang awam. “Petugas kesihatan yang tiba di lokasi kejadian mengesahkan mangsa telah meninggal dunia. “Mayat diserahkan kepada polis sebelum hantar ke Hospital Jeli untuk dibedah siasat,” katanya.

Kembali bersatu, ikut ‘haluan Umno’ demi menang PRU, kata Khaled

Image
Kembali bersatu, ikut ‘haluan Umno’ demi menang PRU, kata Khaled Selanjutnya di:  https://pakdin.my/160209 Haluan yang perlu diikut itu adalah ‘haluan Umno’, bukan haluan presiden, perdana menteri, mana-mana kelompok atau kluster. Ini penting untuk Umno menang pilihanraya dan mendapat mandat baharu. Perdana menteri harus menjadi suara kepada Umno manakala presiden parti pula menjadi jurubicara bangsa Umno mesti bersatu dengan satu haluan dan mencari jalan keluar daripada kerajaan sedia ada yang bersifat sementara melalui pilihan raya yang demokratik. Naib Presiden Umno, Mohamed Khaled Nordin berkata, haluan yang perlu diikut itu adalah ‘haluan Umno’, bukan haluan presiden atau perdana menteri, mahupun mana-mana kelompok atau kluster. Beliau juga mengingatkan parti agar tidak terikut-ikut dengan segala percaturan atau perbalahan yang hanya akan melemahkan parti secara dalaman terutama ketika fokus utamanya adalah untuk memenangi pilihan raya umum ke-15 (PRU15). “Untuk menang pilihanraya

[VIDEO] Azhar ‘silap’, Muhyiddin mahu sokongan DAP pada tahun 2016 untuk jadi PM, kata Kit Siang

Image
[VIDEO] Azhar ‘silap’, Muhyiddin mahu sokongan DAP pada tahun 2016 untuk jadi PM, kata Kit Siang Selanjutnya di:  https://pakdin.my/160204 Azhar silap sama sekali apabila dia mengatakan yang Muhyiddin tidak pernah meminta untuk menjadi perdana menteri. Saya menolak untuk berbuat demikian kerana DAP telah komited untuk Anwar Ibrahim menjadi calon perdana menteri Pengumuman daruratnya yang tidak sah dari segi perlembagaan selama enam bulan, antara rekod terburuk dunia dalam mengendalikan wabak Covid-19 Veteran DAP Lim Kit Siang menafikan dakwaan Speaker Dewan Rakyat Azhar Harun bahawa Muhyiddin Yassin tidak pernah meminta untuk menjadi perdana menteri. “Azhar silap sama sekali apabila dia mengatakan yang Muhyiddin tidak pernah meminta untuk menjadi perdana menteri. “Saya tahu perkara ini kerana Muhyiddin telah meminta kepada saya untuk mendapatkan sokongan DAP bagi menjadi perdana menteri pada Julai 2016. “Tetapi saya menolak untuk berbuat demikian kerana DAP telah komited untuk Anwar Ib

Syak main kayu tiga, kepala isteri dipenggal suami, dibawa ke balai polis

Image
Syak main kayu tiga, kepala isteri dipenggal suami, dibawa ke balai polis Selanjutnya di: https://pakdin.my/160200 SYAK wasangka terhadap orang lain tanpa asas kukuh hanya mendatangkan keburukan. Apabila hati dan pemikiran sudah dikuasai perasaan syak, akan wujud rasa tidak puas hati atau hendak marah dengan pihak lain boleh jadi ahli keluarga, pasangan kita, rakan dan teman sepejabat. Begitu yang terjadi di Odisha, India, baru-baru ini. Dek kerana mengesyaki si isteri curang di belakangnya, seorang lelaki warga emas tergamak memenggal kepala wanita terbabit sebelum membawanya ke balai polis untuk menyerah diri. Difahamkan, lelaki berkenaan yang dikenali sebagai Nakaphodi Majhi berasal dari Dhenkanal itu dilaporkan bertengkar dengan isterinya pada pukul 3.30 pagi waktu tempatan. Menurut laporan Banten Raya, berang kerana mengesyaki si isteri bermain kayu tiga di belakangnya, lelaki berusia 55 tahun itu bertindak mengambil sebilah parang lalu memenggal kepala isterinya. Walau bagaimanap

[VIDEO] Remaja perempuan dituduh bersubahat dengan perogol

Image
[VIDEO] Remaja perempuan dituduh bersubahat dengan perogol Selanjutnya di:  https://pakdin.my/160193 KUALA KANGSAR: Seorang remaja perempuan dihadapkan ke Mahkamah Majistret, di sini, hari ini, atas dua pertuduhan bersubahat membabitkan jenayah rogol masing-masing secara individu serta rogol berkumpulan, pada pertengahan bulan yang lalu. Tertuduh yang berusia 16 tahun bagaimanapun mengaku tidak bersalah atas kedua-dua pertuduhan itu yang dibaca di hadapan Majistret Nurul Asyifa Redzuan. Berdasarkan pertuduhan pertama, remaja itu didakwa bersubahat dengan Muhammad Azeem Abdul Rahman, 20; Mohamad Ariff Haikal Arapin, 21; dan seorang remaja lelaki berusia 17 tahun sembilan bulan dengan cara membenarkan dan menyebabkan seorang remaja perempuan yang ketika kejadian berumur 15 tahun 11 bulan dirogol yang mana kesalahan rogol itu dilakukan atas sebab persubahatan tertuduh. Perbuatan itu dilakukan di rumah beralamat tidak bernombor di Taman Dovenby, Sungai Siput, antara jam 1 hingga 2 pagi pad

RoS lulus pindaan perlembagaan UMNO

Image
RoS lulus pindaan perlembagaan UMNO Selanjutnya di:  https://pakdin.my/160188/ Jabatan Pendaftar Pertubuhan (RoS) meluluskan pindaan Perlembagaan UMNO agar pemilihan parti tidak lebih dari enam bulan selepas Pilihan Raya Umum (PRU). Setiausaha Agung UMNO, Datuk Seri Ahmad Maslan memaklumkan, perkara itu dimaklumkan menerusi sepucuk surat yang diterima beliau pada petang ini. Menurut beliau, surat itu memaklumkan RoS meluluskan dengan sedikit pindaan kepada permohonan berkaitan Perlembagaan UMNO dengan kelulusan itu berkuat kuasa hari ini. “RoS bersetuju kepada pindaan perlembagaan UMNO agar pemilihan di semua peringkat diadakan tidak boleh lebih daripada enam bulan selepas diadakan sesuatu Pilihan Raya Umum Parlimen (Dewan Rakyat).  “RoS juga meminta agar satu pemilihan perlu diadakan dalam satu penggal Pilihan Raya Umum Parlimen. Ini bermakna pemilihan UMNO untuk penggal ini hanya akan dibuat tidak lewat daripada enam bulan selepas PRU-15 diadakan,” katanya dalam kenyataan hari ini. S