[VIDEO] Lemas semasa berkelah bersama tiga sepupu


[VIDEO] Lemas semasa berkelah bersama tiga sepupu

Selanjutnya di: https://pakdin.my/160250/

JELI – Kegembiraan seorang lelaki berkelah bersama tiga sepupunya di Lata Renyut di sini hari ini berakhir dengan tragedi apabila dia tergelincir ke dalam sungai sebelum lemas.

Difahamkan, mangsa, Izham Mohamad Saupi, 24, dari Kampung Baru Lubok Stol, Rantau Panjang mahu naik ke darat selepas mandi, namun tergelincir sebelum dihanyutkan arus sungai.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Jeli, Mohd. Adni Ibrahim ketika dihubungi berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan mengenai kejadian itu pada pukul 12.10 tengah hari.

Menurutnya, semasa anggota bomba tiba di lokasi kejadian, mangsa telah dibawa naik ke darat oleh orang awam.

“Petugas kesihatan yang tiba di lokasi kejadian mengesahkan mangsa telah meninggal dunia.

“Mayat diserahkan kepada polis sebelum hantar ke Hospital Jeli untuk dibedah siasat,” katanya.

Comments

Popular posts from this blog

Jadual Perjalanan Dan Tambang KTM Komuter Sektor Utara - Padang Rengas - Bukit Mertajam

Tiga pasangan negara mara ke pusingan ketiga Kejohanan Dunia

Malaysia Milk tarik balik penjualan produk Marigold HL