Posts

Objek dipercayai serpihan penggalak roket China melintasi Sarawak

Image
Objek dipercayai serpihan penggalak roket China melintasi Sarawak Selanjutnya di:  https://pakdin.my/160273/ Heboh tengah malam tadi (31 Julai 2022) orang ramai melihat objek dipercayai serpihan penggalak roket China yang dilancarkan pada 24 Julai 2022. Banyak video yang dimuatnaik di media sosial oleh netizen serpihan penggalak roket China melintasi ruang udara yang pada mulanya disangkakan meteor. Sebelum ini dilaporkan oleh pakar-pakar  astronomi Amerika Syarikat (AS) mendakwa bahawa penggalak roket China yang dilepaskan di luar kawalan akan meluncur kembali ke Bumi, lapor portal berita MailOnline. Saintis-saintis  juga mengesahkan serpihan tersebut mungkin jatuh di kawasan berpenduduk di Asia, Afrika atau Amerika Utara. Serpihan angkasa lepas yang didakwa akan melanggar Bumi itu berasal daripada roket Long March 5B yang dilancarkan pada 24 Julai lalu untuk menghantar modul Wentian ke Stesen Angkasa Lepas Tiangong milik China. Penggalak seberat sekitar 22 tan itu dijangka memasuki s

Mahkamah tidak akan bantu sembunyi hubungan luar nikah, kata hakim

Image
Mahkamah tidak akan bantu sembunyi hubungan luar nikah, kata hakim Selanjutnya di:  https://pakdin.my/160263/ Hakim Mahkamah Tinggi yang menolak saman fitnah dikemukakan bekas pembantu wanita seorang Ahli Parlimen pembangkang, meluahkan rasa terkilan kerana mahkamah dipergunakan untuk mencuci “kerja kotor” mereka di depan khalayak. Azimah Omar berkata, beliau tidak boleh menerima perlakuan tidak bermoral itu mahupun cubaan pasangan terbabit untuk “mencemarkan mahkamah” memandangkan sikap mereka yang tidak jujur dan menipu, menafikan kebenaran dan fakta hubungan luar nikah yang keji, tidak bermoral dan tidak wajar oleh pasangan berkenaan. Katanya, pihak berkenaan tidak akan mendapat sebarang bantuan daripada mahkamah sebagai instrumen untuk menipu dan menyembunyikan hubungan tidak bermoral mereka, yang merupakan penghinaan kepada dasar awam untuk menegakkan kesucian, ketenangan dan nilai murni perkahwinan. Azimah berkata mana-mana kamar, sekecil mana pun, yang dibenarkan untuk melayan d

[VIDEO] Suspek terbabit kes pergaduhan guna senjata diburu

Image
[VIDEO] Suspek terbabit kes pergaduhan guna senjata diburu Selanjutnya di:  https://pakdin.my/160258/ KUALA TERENGGANU: Polis mengesan beberapa individu bagi membantu siasatan kes pergaduhan menggunakan senjata berbahaya di sini, Khamis lalu. Ketua Polis Daerah Kuala Terengganu Asisten Komisioner Abdul Rahim Md Din berkata, setakat ini, polis sudah menahan lapan lelaki berusia antara 23 dan 41 tahun bagi membantu siasatan kes berkenaan. Beliau berkata, pada Khamis lalu, pihaknya menerima maklumat berlaku pergaduhan di luar sebuah kedai makan milik seorang wanita di Kuala Ibai, jam 9 malam. Susulan itu katanya, pihaknya yang tiba di lokasi kejadian mendapati suasana di kawasan berkenaan, dalam keadaan biasa, dan percaya semua mereka yang terbabit dalam pergaduhan itu sudah melarikan diri. "Hasil siasatan dan risikan mendapati dipercayai seramai 15 hingga 20 orang daripada dua kumpulan terbabit dalam pergaduhan itu dengan menggunakan senjata berbahaya," katanya menerusi kenyata

Tandas dalam bilik tidur boleh undang jin, syaitan

Image
Tandas dalam bilik tidur boleh undang jin, syaitan Selanjutnya di:  https://pakdin.my/160254/ Tandas yang dibina di dalam bilik air boleh mengundang pelbagai ‘makhluk’ masuk ke bilik tidur kerana ia adalah tempat tinggal jin dan syaitan. Rumah orang dulu-dulu tandas diasingkan dari rumah ibu. Rumahtangga mereka pun aman damai selalu. Bagaimanapun, katanya, ada cara untuk menghalang ‘makhluk’ berkenaan daripada memasuki bilik tidur rumah kita. Kebanyakan rumah moden ketika ini mempunyai tandas dalam bilik terutamanya bilik tidur utama atau ‘master bedroom’. Namun, tahukah kita sebenarnya bilik tidur yang mempunyai tandas di dalamnya adalah tidak ‘elok’ serta dikatakan tidak mematuhi syariah. Memetik perkongsian di laman Facebook Malaysia Viral, seorang individu memaklumkan tandas yang dibina di dalam bilik air boleh mengundang pelbagai ‘makhluk’ masuk ke bilik tidur kerana ia adalah tempat tinggal jin dan syaitan. “Bayangkan rumah sekarang banyak tandas bersatu dengan bilik tidur, apabi

[VIDEO] Lemas semasa berkelah bersama tiga sepupu

Image
[VIDEO] Lemas semasa berkelah bersama tiga sepupu Selanjutnya di:  https://pakdin.my/160250/ JELI – Kegembiraan seorang lelaki berkelah bersama tiga sepupunya di Lata Renyut di sini hari ini berakhir dengan tragedi apabila dia tergelincir ke dalam sungai sebelum lemas. Difahamkan, mangsa, Izham Mohamad Saupi, 24, dari Kampung Baru Lubok Stol, Rantau Panjang mahu naik ke darat selepas mandi, namun tergelincir sebelum dihanyutkan arus sungai. Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Jeli, Mohd. Adni Ibrahim ketika dihubungi berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan mengenai kejadian itu pada pukul 12.10 tengah hari. Menurutnya, semasa anggota bomba tiba di lokasi kejadian, mangsa telah dibawa naik ke darat oleh orang awam. “Petugas kesihatan yang tiba di lokasi kejadian mengesahkan mangsa telah meninggal dunia. “Mayat diserahkan kepada polis sebelum hantar ke Hospital Jeli untuk dibedah siasat,” katanya.

Kembali bersatu, ikut ‘haluan Umno’ demi menang PRU, kata Khaled

Image
Kembali bersatu, ikut ‘haluan Umno’ demi menang PRU, kata Khaled Selanjutnya di:  https://pakdin.my/160209 Haluan yang perlu diikut itu adalah ‘haluan Umno’, bukan haluan presiden, perdana menteri, mana-mana kelompok atau kluster. Ini penting untuk Umno menang pilihanraya dan mendapat mandat baharu. Perdana menteri harus menjadi suara kepada Umno manakala presiden parti pula menjadi jurubicara bangsa Umno mesti bersatu dengan satu haluan dan mencari jalan keluar daripada kerajaan sedia ada yang bersifat sementara melalui pilihan raya yang demokratik. Naib Presiden Umno, Mohamed Khaled Nordin berkata, haluan yang perlu diikut itu adalah ‘haluan Umno’, bukan haluan presiden atau perdana menteri, mahupun mana-mana kelompok atau kluster. Beliau juga mengingatkan parti agar tidak terikut-ikut dengan segala percaturan atau perbalahan yang hanya akan melemahkan parti secara dalaman terutama ketika fokus utamanya adalah untuk memenangi pilihan raya umum ke-15 (PRU15). “Untuk menang pilihanraya

[VIDEO] Azhar ‘silap’, Muhyiddin mahu sokongan DAP pada tahun 2016 untuk jadi PM, kata Kit Siang

Image
[VIDEO] Azhar ‘silap’, Muhyiddin mahu sokongan DAP pada tahun 2016 untuk jadi PM, kata Kit Siang Selanjutnya di:  https://pakdin.my/160204 Azhar silap sama sekali apabila dia mengatakan yang Muhyiddin tidak pernah meminta untuk menjadi perdana menteri. Saya menolak untuk berbuat demikian kerana DAP telah komited untuk Anwar Ibrahim menjadi calon perdana menteri Pengumuman daruratnya yang tidak sah dari segi perlembagaan selama enam bulan, antara rekod terburuk dunia dalam mengendalikan wabak Covid-19 Veteran DAP Lim Kit Siang menafikan dakwaan Speaker Dewan Rakyat Azhar Harun bahawa Muhyiddin Yassin tidak pernah meminta untuk menjadi perdana menteri. “Azhar silap sama sekali apabila dia mengatakan yang Muhyiddin tidak pernah meminta untuk menjadi perdana menteri. “Saya tahu perkara ini kerana Muhyiddin telah meminta kepada saya untuk mendapatkan sokongan DAP bagi menjadi perdana menteri pada Julai 2016. “Tetapi saya menolak untuk berbuat demikian kerana DAP telah komited untuk Anwar Ib