Posts

[VIDEO] Wanita diculik ditemui mati dalam gaung

Image
[VIDEO] Wanita diculik ditemui mati dalam gaung BACA seterusnya di: https://pakdin.my/160847/ Lelaki berusia lingkungan 20-an dicekup susulan disyaki terlibat dalam kes culik seorang wanita yang ditemui mati dalam gaung di Bukit Tekali, Hulu Langat, pada Selasa. Ketua Polis Negeri Sembilan, Ahmad Dzaffir Mohd Yussof, berkata pihaknya menerima laporan berhubung penculikan wanita itu di kawasan Broga, Lenggeng, pada Isnin. “Sebelum insiden itu, pada Ahad jam 6.30 petang pengadu memaklumkan menerima mesej di aplikasi WhatsApp yang meminta sejumlah wang tebusan. “Bertindak daripada laporan berkenaan, pihak polis menjalankan operasi khas bagi mengesan dan mencari mangsa,” katanya menurut Sinar Harian. Bagaimanapun, Dzaffir berkata pada Selasa, kira-kira 3.30 petang, Balai Polis Batu 14, Hulu Langat menerima panggilan telefon daripada orang awam yang menyatakan menjumpai satu mayat di dalam gaung di Bukit Tekali, Hulu Langat. https://www.instagram.com/tv/CjKrDdXgtfn/?utm_source=ig_web_copy_l

[VIDEO] Polis kesan dua lelaki lepas tembakan depan rumah

Image
[VIDEO] Polis kesan dua lelaki lepas tembakan depan rumah BACA seterusnya di: https://pakdin.my/160840/ LUMUT - Polis sedang mengesan dua lelaki yang terlibat dalam kejadian melepaskan tembakan di hadapan sebuah rumah di Sitiawan di sini pada Jumaat. Ketua Polis Perak, Datuk Mohd Yusri Hassan Basri berkata, suspek menunggang sebuah motosikal jenis Yamaha Y15 tanpa nombor pendaftaran bertindak melepaskan satu das tembakan yang mengenai cermin belakang kereta milik mangsa. "Berdasarkan rakaman kamera litar tertutup (CCTV), salah seorang suspek telah melepaskan satu das tembakan dan mengenai kenderaan mangsa. "Suspek kemudiannya cuba melepaskan tembakan ke arah hadapan rumah, namun dipercayai pistol gagal berfungsi sebelum melarikan diri," katanya dalam satu kenyataan di sini pada Sabtu. Menurut Mohd Yusri, rumah berkenaan didiami mangsa bersama isteri dan dua anaknya. "Ketika kejadian isteri mangsa telah terdengar bunyi letupan di luar rumah pada waktu pagi, namun tid

Polis nafi surat tular kes culik di Hulu Selangor

Image
Polis nafi surat tular kes culik di Hulu Selangor BACA seterusnya di: https://pakdin.my/160832/ HULU SELANGOR – Polis menafikan dakwaan terdapat kes penculikan atau cubaan menculik di daerah itu sekali gus menegaskan orang ramai agar tidak mengeluarkan sebarang kenyataan yang tidak tepat. Ketua Polis Daerah Hulu Selangor, Superintendan Suffian Abdullah berkata, sehingga hari ini, pihaknya tidak menerima sebarang laporan berhubung isu terbabit. “Kita telah mengesan sekeping surat bertajuk ‘Peringatan Penularan Kes Penculikan Murid sekolah’ bertarikh 27 September yang memberikan persepsi negatif kepada masyarakat khususnya di daerah ini. “Berdasarkan siasatan mendapati surat berkenaan telah dikeluarkan oleh guru besar Sekolah Rendah Agama Taman Bunga Raya kepada ibu bapa dan penjaga murid sekolah berkenaan,” katanya dalam kenyataan hari ini. Menurutnya, surat itu merupakan inisiatif pihak sekolah untuk memberi peringatan kepada ibu bapa bagi mengelakkan kejadian yang tidak diingini. Just

[VIDEO] Ular sawa ‘kenyang’ baham kambing dalam kandang

Image
[VIDEO] Ular sawa ‘kenyang’ baham kambing dalam kandang BACA seterusnya di: https://pakdin.my/160828/ KULAI – Seorang lelaki terkejut melihat seekor ular sawa batik di dalam kandang yang kekenyangan selepas membaham kambing di Felda Inas, di sini hari ini. Reptilia seberat 80 kilogram dan berukuran enam meter itu berjaya ditangkap dengan bantuan sepasukan bomba dari Balai Bomba dan Penyelamat Kulai. Komander Operasi, Pegawai Bomba Kanan (PBK) II (KUP) Firdaus Juritah berkata, pihaknya menerima panggilan mengenai kejadian itu pada pukul 7:21 pagi. Beliau berkata, seramai lapan anggota bergegas ke lokasi dan menemui reptilia terbabit yang tidak bergerak di dalam kandang kambing. “Anggota bomba mengambil masa kira-kira 15 minit menangkap ular tersebut menggunakan penjerut. Ular tersebut kemudiannya dilepaskan ke kawasan yang jauh daripada kawasan penempatan,” katanya dalam kenyataan hari ini.   View this post on Instagram A post shared by Kamaluddin Idrus (@kamaluddi

Letupan bom di tepi jalan membunuh pegawai polis dan mencederakan empat lagi di selatan Thailand

Image
Letupan bom di tepi jalan membunuh pegawai polis dan mencederakan empat lagi di selatan Thailand BACA seterusnya di: https://pakdin.my/160816/ Satu letupan bom di tepi jalan membunuh seorang pegawai polis dan mencederakan empat lagi pegawai di wilayah Pattani di selatan Thailand semalam. Beberapa anggota pegawai sedang membuat rondaan di daerah Mai Kaen dengan menaiki trak pikap apabila seorang yang disyaki pemberontak yang bersembunyi berhampiran meletupkan bom di hadapan Hospital Mai Kaen kira-kira jam 7.40 malam. Dalam letupan itu, trak pikap itu tercampak ke tiang elektrik. Kesemua lima anggota polis dikejarkan ke hospital Mae Kaen, di mana Sarjan Kanan Mejar Bari Baka disahkan meninggal dunia setibanya di hospital. Setakat ini, tiada kumpulan pemberontak mengaku bertanggungjawab atas serangan itu. Bagaimanapun, serangan itu dipercayai dilancarkan oleh pemberontak kerana ia ditujukan kepada pegawai polis. Sejak keganasan muncul semula di Selatan Thailand pada tahun 2004, pemberonta

Pelajar perempuan dirogol di asrama sekolah di hadapan rakan-rakan

Image
Pelajar perempuan dirogol di asrama sekolah di hadapan rakan-rakan BACA seterusnya di: https://pakdin.my/160812/ Seorang gadis berusia 17 tahun telah dirogol di hadapan rakan-rakannya oleh seorang pelajar lelaki berusia 15 tahun ketika dia berada di asrama kuarantin Covid-19 di Sekolah Rajaprarajanugroh 57 di wilayah tengah Phetchabun.  Apabila remaja itu membuat aduan kepada pengarah sekolah, dia mendakwa telah diminta untuk menerima pampasan, bersetuju hubungan seks itu secara suka sama suka, dan berpindah ke sekolah lain untuk melindungi reputasi sekolah. Tidak berpuas hati dengan sikap pengarah sekolah itu, ibu saudara remaja perempuan berusia 43 tahun itu melaporkan kejadian itu kepada media Thailand semalam. Ibu saudara mangsa mendedahkan bahawa pengarah sekolah meminta dia dan mangsa untuk bersetuju dengan penyelesaian dan berpindah ke sekolah lain untuk menjaga reputasi sekolah. Mangsa memaklumkan kepada media bahawa lima lagi pelajar perempuan turut diserang secara seksual tet

Menteri BN dalam kerajaan dikelilingi ‘musuh dalam selimut’, kata Zahid

Image
Menteri BN dalam kerajaan dikelilingi ‘musuh dalam selimut’, kata Zahid BACA seterusnya di: https://pakdin.my/160808/ Pengerusi Perikatan Nasional (PN), Tan Sri Mahiaddin Md. Yasin tidak perlu beria-ia sangat mengumumkan Barisan Nasional (BN) musuh utama Perikatan Nasional (PN). Pengumuman itu sekadar menunjukkan kekalutan beliau untuk berdepan Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15) yang dijangkakan tidak lama lagi. Rakyat sudah lama tahu Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) yang dipimpinnya sememangnya memusuhi BN dengan objektif menamatkan BN. Segala bicaranya mengenai kerjasama dengan BN sebelum ini cumalah hipokrasi yang nyata dan kian terserlah tatkala PRU-15 semakin menghampiri. Perlu difahami permulaan penubuhan PPBM dengan 'misi' untuk bergandingan dengan Pakatan Harapan (PH) bagi melenyapkan BN khususnya UMNO. Selepas gagal, PPBM mengubah taktikal mahu menguasai BN dalam usaha menyekat kebangkitan pemimpin UMNO yang permah mereka zalimi. Juga dengan sasaran BN akan berada d