Polis nafi surat tular kes culik di Hulu Selangor


Polis nafi surat tular kes culik di Hulu Selangor

BACA seterusnya di: https://pakdin.my/160832/

HULU SELANGOR – Polis menafikan dakwaan terdapat kes penculikan atau cubaan menculik di daerah itu sekali gus menegaskan orang ramai agar tidak mengeluarkan sebarang kenyataan yang tidak tepat.

Ketua Polis Daerah Hulu Selangor, Superintendan Suffian Abdullah berkata, sehingga hari ini, pihaknya tidak menerima sebarang laporan berhubung isu terbabit.

“Kita telah mengesan sekeping surat bertajuk ‘Peringatan Penularan Kes Penculikan Murid sekolah’ bertarikh 27 September yang memberikan persepsi negatif kepada masyarakat khususnya di daerah ini.

“Berdasarkan siasatan mendapati surat berkenaan telah dikeluarkan oleh guru besar Sekolah Rendah Agama Taman Bunga Raya kepada ibu bapa dan penjaga murid sekolah berkenaan,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Menurutnya, surat itu merupakan inisiatif pihak sekolah untuk memberi peringatan kepada ibu bapa bagi mengelakkan kejadian yang tidak diingini.

Justeru, Suffian meminta agar masyarakat bertenang dan sentiasa hubungi pihak polis sekiranya mempunyai masalah berkaitan isu keselamatan.






Comments

Popular posts from this blog

Jadual Perjalanan Dan Tambang KTM Komuter Sektor Utara - Padang Rengas - Bukit Mertajam

Tiga pasangan negara mara ke pusingan ketiga Kejohanan Dunia

Malaysia Milk tarik balik penjualan produk Marigold HL