Posts

AJK Pemuda Umno Ketereh ditembak: Seorang lelaki direman

Image
AJK Pemuda Umno Ketereh ditembak: Seorang lelaki direman BACA selanjutnya di: https://pakdin.my/161011/ Ahli Jawatankuasa Pemuda UMNO Bahagian Ketereh, Kamarul Fadzreen Kamaruzaman, 30, yang cedera ditembak dari jarak dekat oleh individu tidak dikenali malam kelmarin, masih ditidurkan setelah pembedahan membuang peluru berjaya dilakukan. Keadaannya juga dilaporkan semakin stabil dan tidak lagi perlu menggunakan alat bantuan pernafasan. Adik ipar mangsa, Shazwan Razali, 33, berkata Kamarul Fadzreen yang juga sukarelawan polis, semakin stabil berbanding semalam. “Kami bersyukur keadaannya semakin baik. Doktor memaklumkan keadaan abang ipar semakin stabil berbanding semalam dan kini sudah tidak menggunakan bantuan alat pernafasan. “Namun, dia masih perlu ditidurkan dan hanya keluarga terdekat dibenarkan melawat di Hospital Raja Perempuan Zainab II (HRPZ II),” katanya menurut laporan BH, hari ini. Sementara itu, ibu mangsa, Fadzliza Ilias, 53, berkata, anaknya memaklumkan mahu keluar berte

[VIDEO] Feri Langkawi terkandas: Penumpang sesak nafas, kekejangan terkandas lebih 4 jam

Image
[VIDEO] Feri Langkawi terkandas: Penumpang sesak nafas, kekejangan terkandas lebih 4 jam BACA seterusnya di https://pakdin.my/161005 Beberapa penumpang dilaporkan mengalami sesak nafas dan kekejangan selepas feri dinaiki mereka terkandas di perairan Kuala Kedah di sini sejak pukul 3 petang tadi. Kesemua penumpang terlibat kemudian dipindahkan menerusi operasi pemindahan perubatan (Medevac) menggunakan aset Maritim Malaysia (APMM) dan bot nelayan. Turut dipindahkan ialah penumpang dalam kalangan warga emas yang mempunyai masalah kesihatan serta ibu bersama bayi. Seorang penumpang, Muhammad Faizal Abdullah, 36, berkata, feri tersebut berlayar dari Terminal Feri Penumpang Kuah, Langkawi kira-kira pukul 1 tengah hari tadi. “Bagaimanapun, feri tiba-tiba tersangkut pada beting lumpur tidak jauh dari Terminal Feri Kuala Kedah kira-kira pukul 3 petang. https://youtu.be/cXXrPPBN34M “Kami sudah lebih empat jam terkandas dan ketika ini terdapat sebuah bot yang menarik keluar feri dari lumpur,” ka

[VIDEO] Palestin ucap terima kasih kepada pihak berkuasa Malaysia selamatkan warganya yang diculik

Image
[VIDEO] Palestin ucap terima kasih kepada pihak berkuasa Malaysia selamatkan warganya yang diculik BACA seterusnya di: https://pakdin.my/160985/ Kementerian Dalam Negeri dan Keselamatan Palestin merakamkan penghargaan kepada pihak berkuasa Malaysia yang telah menyelamatkan seorang warga Palestin yang diculik di Malaysia baru-baru ini. Kementerian itu dalam satu kenyataan di laman Facebooknya pada Selasa turut mengucapkan terima kasih kepada Polis Diraja Malaysia dan pihak keselamatan yang terlibat dalam usaha menyelamat itu. Media tempatan melaporkan pihak polis berjaya menyelamatkan seorang mangsa berusia 31 tahun sehari selepas diculik sekumpulan rakyat tempatan yang dipercayai direkrut agensi perisikan Israel, Mossad bagi membantu rejim itu memburu anggota Hamas di Malaysia. Selain itu, mereka (polis Malaysia) dapat mendedahkan operasi anggota Mossad dan memburu serta menjejaki rangkaiannya. “Kami mengecam jenayah terang-terangan yang dilakukan Israel terhadap seorang daripada rakya
Image
[VIDEO] PRU 19 Nov, penamaan calon 5 Nov BACA seterusnya di: https://pakdin.my/161000 Pilihan raya umum ke-15 (PRU) ditetapkan pada 19 Nov, dengan tarikh pengundian awal pada 15 Nov. Pada sidang media, Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) Abdul Ghani Salleh turut mengumumkan 5 Nov sebagai tarikh penamaan calon. Parlimen dibubarkan pada 10 Okt lepas bagi membuka laluan untuk PRU15 diadakan. PRU15 akan melibatkan pengundian bagi kerusi Parlimen di seluruh negara, dan bagi kerusi DUN di negeri-negeri yang membubarkan DUN, iaitu Perak, Pahang dan Perlis. Turut diadakan serentak ialah pilihan raya kecil (PRK) DUN Bugaya, Sabah, yang kerusinya kosong setelah wakilnya, Manis Muka Mohd Darah daripada Warisan, meninggal dunia akibat penyakit buah pinggang pada 17 Nov 2020. https://youtu.be/wOk4tBzMdG8 Tempoh berkempen bagi PRU15 ditetapkan selama 14 hari, bermula pada hari penamaan calon. Menurut Abdul Ghani, seramai 21,173,638 juta pengundi layak mengundi pada PRU kali ini, berdasarkan daf

[VIDEO] Remaja perempuan baling pisau pada adik sehingga maut, direman 6 hari

Image
[VIDEO] Remaja perempuan baling pisau pada adik sehingga maut, direman 6 hari   BACA seterusnya di https://pakdin.my/ 160995/ JOHOR BAHRU -- Seorang remaja perempuan yang dipercayai membaling pisau pada adik lelakinya sehingga menyebabkan maut di Ulu Pulai, Ulu Choh dekat Iskandar Puteri semalam, direman enam hari bermula hari ini. Tempoh reman sehingga 25 Okt terhadap remaja berusia 18 tahun itu dikeluarkan Majistret Nurmadiana Mamat di Mahkamah Majistret di sini hari ini. Perintah reman itu dikeluarkan bagi membolehkan kes tersebut disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan Semalam, polis menahan remaja itu selepas menerima laporan mengenai insiden tersebut pada 2.15 petang. Ketua Polis Daerah Iskandar Puteri ACP Rahmat Ariffin dilapor berkata tragedi malang itu dipercayai berpunca apabila mangsa yang berusia 16 tahun bergaduh dengan kakaknya berikutan berebut tempat duduk dalam kereta ketika pulang dari sekolah. https://youtu.be/F_afVmJL9XE

#PRU15: MIC kekal bertanding di Parlimen Hulu Selangor

Image
#PRU15: MIC kekal bertanding di Parlimen Hulu Selangor BACA seterusnya di: https://pakdin.my/160981/ MIC akan kekal bertanding di kerusi Parlimen Hulu Selangor pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) biarpun terdapat desas-desus mengatakan kerusi itu perlu diserahkan kepada calon UMNO. Timbalan Presiden MIC Datuk Seri M. Saravanan berkata sekiranya terdapat permintaan berhubung pengagihan kerusi sesama parti di bawah Barisan Nasional (BN), perkara itu akan dibincangkan di peringkat akar umbi terlebih dahulu bagi mengambil pendekatan bersesuaian untuk memenangi kerusi berkenaan. “Situasi sama pernah wujud sebelum ini dari segi permintaan untuk ‘bertukar’ kerusi, (namun) pucuk kepimpinan BN terdiri daripada empat parti penting akan bincang di peringkat BN,” katanya kepada Bernama hari ini. Terdapat ura-ura bahawa UMNO Bahagian Hulu Selangor mahu mempertaruhkan calon UMNO bagi kerusi Parlimen Hulu Selangor pada PRU15, bagi membuktikan kemampuan parti itu untuk merampas kerusi berkenaan darip

[VIDEO] Najib Razak mendesak kerajaan menaikkan had maksimum i-Citra kepada RM10,000

Image
[VIDEO] Najib Razak mendesak kerajaan menaikkan had maksimum i-Citra kepada RM10,000 BACA setrusnya di: https://pakdin.my/160976/ Datuk Seri Najib Razak pada 1 November 2021 mendesak Kerajaan dirayu supaya menaikkan had pengeluaran maksimum wang Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) menerusi i-Citra kepada RM10,000 sebagai skim pengeluaran khas terakhir. Datuk Seri Najib Razak (BN-Pekan) berkata, perkara itu amat dituntut oleh rakyat Malaysia pada ketika ini. "Saya mendapati ramai rakyat yang bersuara dan mendesak perkara ini. Sebenarnya mereka mempunyai tunggakan yang perlu dijelaskan atau berniat mengumpul modal bagi memulakan perniagaan kecil mereka. "Justeru itu, saya amat berharap had maksimum i-Citra dinaikkan kepada RM10,000 sebagai skim pengeluaran khas terakhir kerana ini amat dituntut oleh rakyat," katanya ketika membahaskan Rang Undang-Undang Perbekalan (Bajet) 2022 di Dewan Rakyat di sini pada Isnin. Kelantangan beliau dalam memperjuangkan isu berkenaan bukan