[VIDEO] Remaja perempuan baling pisau pada adik sehingga maut, direman 6 hari


[VIDEO] Remaja perempuan baling pisau pada adik sehingga maut, direman 6 hari

 BACA seterusnya di https://pakdin.my/160995/

JOHOR BAHRU -- Seorang remaja perempuan yang dipercayai membaling pisau pada adik lelakinya sehingga menyebabkan maut di Ulu Pulai, Ulu Choh dekat Iskandar Puteri semalam, direman enam hari bermula hari ini.

Tempoh reman sehingga 25 Okt terhadap remaja berusia 18 tahun itu dikeluarkan Majistret Nurmadiana Mamat di Mahkamah Majistret di sini hari ini.

Perintah reman itu dikeluarkan bagi membolehkan kes tersebut disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan

Semalam, polis menahan remaja itu selepas menerima laporan mengenai insiden tersebut pada 2.15 petang.

Ketua Polis Daerah Iskandar Puteri ACP Rahmat Ariffin dilapor berkata tragedi malang itu dipercayai berpunca apabila mangsa yang berusia 16 tahun bergaduh dengan kakaknya berikutan berebut tempat duduk dalam kereta ketika pulang dari sekolah.

https://youtu.be/F_afVmJL9XE


Comments

Popular posts from this blog

Tiga ADUN Perak sertai PBM tidak beri kesan kepada kerajaan Negeri

Politik Perkauman di Malaysia: Konteks, Isu, dan Impak

登州海滩频现海龟尸体·专家吁设特委会查死因