Posts

[VIDEO] Tiga remaja maut kereta terbabas

Image
[VIDEO] Tiga remaja maut kereta terbabas BACA selanjutnya di: https://pakdin.my/161167 Tiga remaja maut, manakala dua lagi cedera selepas kereta jenis Honda dinaiki mereka terbabas di Kilometer 63.5 Jalan Alor Setar -Butterworth, di sini, awal pagi tadi. Dalam kejadian kira-kira 2.30 pagi, mangsa yang meninggal dunia adalah pemandu kereta, Muhammad Aiman Rusdi, 17, dan dua penumpang, Muhammad Izani Mohd Tuah, 15, Mohd Iman Mohd Akhir, 17. Kesemua mereka meninggal dunia di tempat kejadian, manakala rakan mereka, Muhammad Zulhakim Zulkhairi, 17, parah dan dirawat di Hospital Sultan Abdul Halim (HSAH) Sungai Petani, serta seorang lagi rakan cedera ringan. Ketua Polis Daerah Kuala Muda, Asisten Komisioner Zaidy Che Hassan berkata, kemalangan berlaku ketika kereta dinaiki mangsa dari arah Bakar Arang menghala ke Padang Temusu, hilang kawalan dan melanggar pembahagi kiri jalan. "Kereta terbabit dipercayai dipandu laju dengan impak perlanggaran yang kuat menyebabkan pemandu dan penumpang

[VIDEO] Seramai 13 mangsa tragedi tanah runtuh Batang Kali disahkan terkorban setakat 11 pagi

Image
[VIDEO] Seramai 13 mangsa tragedi tanah runtuh Batang Kali disahkan terkorban setakat 11 pagi  BACA selanjutnya di: https://pakdin.my/161163 Mangsa yang terkorban ada yang telah dihantar ke Hospital Sungai Buloh, manakala sebahagiannya lagi masih berada di lokasi tragedi  ........... Tanah runtuh Batang Kali: Lapan maut, 60 ditemukan selamat setakat ini Lapan maut manakala 60 orang lagi ditemukan selamat dalam kejadian tanah runtuh berhampiran tapak perkhemahan di Father's Organic Farm, Gohtong Jaya, Batang Kali, setakat 9.15 pagi tadi. Menurut Jurucakap Ketua Jabatan Keselamatan Dalam Negeri dan Ketenteraman Awam Polis Selangor, daripada jumlah itu, seorang daripadanya sudah dikenal pasti sebagai wanita dewasa manakala dua lagi adalah kanak-kanak. "Bagaimanapun, identiti mereka yang terkorban masih belum dikenal pasti. Tujuh daripada mereka mengalami kecederaan. Ini menjadikan, 68 orang mangsa terlibat telah ditemukan setakat ini," katanya dalam kenyataan terkini agensi

[VIDEO] Kenyataan Media BRN Mengenai Roodmap Rundingan Damai antara BRN dengan RTG

Image
[VIDEO] Kenyataan Media BRN Mengenai Roodmap Rundingan Damai antara BRN dengan RTG BACA selanjutnya di: https://pakdin.my/161158 Assalammu'alaikum Wr. Wb. Semenjak 1960, Barisan Revolusi Nasional Melayu Patani (BRN) memperjuangkan hak-hak rakyat Patani untuk kemerdekaan, pembebasan, keadilan, dan pengiktirafan petuanan komuniti Melayu Patani. Tetapi BRN tidak pernah menolak rundingan damai dan ini terbukti dimana rundingan damai pada tahun 2020 adalah kesinambungan tahun 2013 dibawah pemudah cara oleh Kerajaan Malaysia. Pada 31 Oktober 2022, BRN telah mengeluarkan kenyataan untuk memberitahu kepada rakyat dan bangsa Patani, bahwa konflik di Patani mesti diselesaikan secara bermaruah sesuai dengan roh inisiatif Berlin, dan prinsip-pronsip am proses dialog damai, pada tanggal 31 Mac 2022. Respon positif oleh rakyat Patani terhadap pengumuman itu, maka pada kali ini BRN ingin mengumumkan bahwa Kerajaan Thai dan BRN sedang membuat draf roodmap sebagai suatu perjanjian tentang prinsip-p

[VIDEO] Usaha haramkan UMNO gagal kerana ‘seseorang’ menyelamatkannya

Image
[VIDEO] Usaha haramkan UMNO gagal kerana ‘seseorang’ menyelamatkannya BACA selanjutnya di: https://pakdin.my/161154/ Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi membidas kenyataan Pengerusi Perikatan Nasional (PN) Pahang, Datuk Seri Saifuddin Abdullah bahawa matlamat dan objektif penubuhan Bersatu untuk menggantikan UMNO tercapai. Ahmad Zahid menegaskan cubaan untuk mengharamkan UMNO pada suatu ketika ini pernah digagalkan seseorang. Namun Pengerusi Barisan Nasional (BN) itu tidak mendedahkan identiti sebenar ‘seseorang’ yang beliau maksudkan itu. “Saya telah bagi tahu daripada awal-awal bahawa matlamat penubuhan Bersatu jelas secara tersurat dan tersirat untuk membunuh UMNO. Jelas bahawa di dalam PRU15, matlamat ini sebenarnya jauh daripada sasaran mereka. “Kita harap, ini akan menimbulkan kesedaran dalam kalangan rakyat, khususnya ahli-ahli akar umbi bahawa tujuan halus mereka itu mesti ditolak ahli-ahli UMNO keseluruhannya,” katanya kepada pemberita selepas menghadiri sambutan u

Ajakan ditolak bekas kekasih, ikon permotoran ditahan ugut sebar gambar bogel

Image
Ajakan ditolak bekas kekasih, ikon permotoran ditahan ugut sebar gambar bogel BACA selanjutnya di: https://pakdin.my/161150/ Seorang lelaki yang juga ikon permotoran ditahan polis kerana disyaki mengugut akan menyebarkan gambar dan video lucah bekas kekasih selepas menolak ajakannya. Timbalan Ketua Polis Daerah Gombak, Noor Ariffin Mohamad Nasir berkata, siasatan awal mendapati suspek dipercayai mengugut mangsa selepas menolak ajakannya untuk bertemu pada Oktober lalu. “Siasatan mendapati suspek menghantar satu mesej di WhatsApp kepada mangsa pada 3.30 petang 19 Okt lalu mengajak mangsa keluar pada 11 malam. “Bagaimanapun, mangsa menolak ajakan itu dan perkara terbabit dipercayai menyebabkan suspek mengugut mahu menyebarkan video mangsa melakukan hubungan terlarang bersamanya di media sosial,” katanya dalam kenyataan. Beliau berkata, mangsa yang takut, tertekan dan tidak tahan dengan ugutan itu membuat laporan di Ibu Pejabat Polis Daerah Gombak pada 5.40 petang Rabu lalu. Susulan itu,

[VIDEO] Mangsa banjir di Terengganu meningkat pagi Sabtu

Image
[VIDEO] Mangsa banjir di Terengganu meningkat pagi Sabtu BACA selanjutnya di: https://pakdin.my/161144/ KUALA TERENGGANU -- Jumlah mangsa banjir di Terengganu meningkat kepada 339 orang daripada 91 keluarga pagi ini, berbanding 324 orang daripada 87 keluarga malam tadi. Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JPBN) dalam kenyataan memaklumkan setakat 8 pagi, sebanyak tujuh pusat pemindahan sementara (PPS) dibuka di empat daerah iaitu Kuala Terengganu, Kuala Nerus, Besut dan Setiu. “Di Kuala Nerus sebanyak dua PPS dibuka iaitu Sekolah Kebangsaan (SK) Tok Jembal yang menempatkan 126 mangsa daripada 33 keluarga dan SK Bukit Nanas seramai 72 mangsa daripada 17 keluarga,” menurut kenyataan itu. Kenyataan berkenaan turut memaklumkan di Kuala Terengganu sebanyak dua PPS dibuka iaitu SK Chendering yang menempatkan 34 mangsa (10 keluarga) dan SK Atas Tol seramai 63 mangsa (20 keluarga). Di Setiu, dua PPS dibuka iaitu SK Kampung Seri Kasar yang menempatkan 16 mangsa (empat keluarga)

[VIDEO] Dakwaan seleweng RM600 bilion: 'Muhyiddin, jangan cabar saya' - PM Anwar

Image
[VIDEO] Dakwaan seleweng RM600 bilion: 'Muhyiddin, jangan cabar saya' - PM Anwar BACA selanjutnya di: https://wp.me/pbqKaR-8WQ Datuk Seri Anwar Ibrahim mengingatkan Pengerusi Perikatan Nasional (PN) Tan Sri Muhyiddin Yassin supaya tidak mencabar beliau mengenai isu dana kerajaan berjumlah RM600 bilion yang didakwa diseleweng. Perdana Menteri berkata, Kementerian Kewangan sudahpun dimaklumkan mengenai beberapa pelanggaran melibatkan isu dana itu. "Jadi saya nak berikan peringatan kepada Tan Sri Muhyiddin Yassin. "Jangan cabar kerana memang ternyata ada proses dan prosedur yang tidak dipatuhi selain ada beberapa syarikat berkepentingan atau berkait dengan keluarga yang terlibat," katanya pada sidang media pertama selepas memulakan tugas rasmi sebagai Menteri Kewangan, di sini, pada Selasa. Terdahulu, Muhyiddin menyatakan tidak takut untuk disiasat susulan dakwaan menyeleweng dana kerajaan berjumlah RM600 bilion ketika beliau menerajui kerajaan. Muhyiddin memberitah