[VIDEO] Dakwaan seleweng RM600 bilion: 'Muhyiddin, jangan cabar saya' - PM Anwar


[VIDEO] Dakwaan seleweng RM600 bilion: 'Muhyiddin, jangan cabar saya' - PM Anwar

BACA selanjutnya di: https://wp.me/pbqKaR-8WQ

Datuk Seri Anwar Ibrahim mengingatkan Pengerusi Perikatan Nasional (PN) Tan Sri Muhyiddin Yassin supaya tidak mencabar beliau mengenai isu dana kerajaan berjumlah RM600 bilion yang didakwa diseleweng.

Perdana Menteri berkata, Kementerian Kewangan sudahpun dimaklumkan mengenai beberapa pelanggaran melibatkan isu dana itu.

"Jadi saya nak berikan peringatan kepada Tan Sri Muhyiddin Yassin.

"Jangan cabar kerana memang ternyata ada proses dan prosedur yang tidak dipatuhi selain ada beberapa syarikat berkepentingan atau berkait dengan keluarga yang terlibat," katanya pada sidang media pertama selepas memulakan tugas rasmi sebagai Menteri Kewangan, di sini, pada Selasa.

Terdahulu, Muhyiddin menyatakan tidak takut untuk disiasat susulan dakwaan menyeleweng dana kerajaan berjumlah RM600 bilion ketika beliau menerajui kerajaan.

Muhyiddin memberitahu, beliau yakin tidak melakukan penyelewengan duit rakyat yang diamanahkan kepada kerajaan untuk digunakan bagi tujuan membantu orang ramai, terutamanya ketika pandemik COVID-19.

https://youtu.be/9T9_q6VAnXw


Comments

Popular posts from this blog

Tiga ADUN Perak sertai PBM tidak beri kesan kepada kerajaan Negeri

Politik Perkauman di Malaysia: Konteks, Isu, dan Impak

登州海滩频现海龟尸体·专家吁设特委会查死因