Posts

Pekerja seks didakwa selepas lelaki berusia 70 tahun ditemui mati di hotel selatan Thailand

Image
Pekerja seks didakwa selepas lelaki berusia 70 tahun ditemui mati di hotel selatan Thailand BACA seterusnya di: https://pakdin.my/162734 Polis mendakwa seorang pekerja seks Thailand selepas seorang lelaki Thai berusia 70 tahun ditemui mati di sebuah hotel di wilayah Nakhon Si Thammarat di bahagian selatan Thailand. Pegawai dari Balai Polis Tung Yai dimaklumkan mengenai kematian lelaki itu kira-kira jam 10 malam tadi dan segera bergegas untuk menyiasat tempat kejadian bersama-sama sukarelawan dari Pasukan Penyelamat Pu-in Tung Yai. Seorang kakitangan hotel menunjukkan mereka ke bilik di mana kejadian itu berlaku dan pegawai menemui mayat lelaki berusia 70 tahun bernama Chang di atas katil. Chang berbogel hanya dibaluti tuala di pergelangan tangannya manakala mukanya sudah menjadi gelap. Tiada kesan luka dikesan di badannya. Beg silang birunya diletakkan di atas meja berhampiran katil. Buku dan wang tunai kira-kira 1,000 baht ditemui di dalam beg itu. Motosikalnya masih diparkir di hadap

[VIDEO] Khemah bazar Aidilfitri diterbangkan ribut, pokok tumbang

Image
[VIDEO] Khemah bazar Aidilfitri diterbangkan ribut, pokok tumbang BACA seterusnya di: https://pakdin.my/162724 ALOR SETAR - Hujan dan ribut kencang menumbangkan pokok dan khemah diterbangkan di beberapa lokasi di Pekan Jitra dan kawasan berhampiran pada Khamis. Dalam kejadian kira-kira jam 3 petang itu, difahamkan sejumlah khemah gerai buah-buahan telah diterbangkan angin kencang ke jalan raya mengakibatkan laluan terhalang. Selain itu, kejadian pokok tumbang turut dilaporkan di beberapa kawasan hingga menutup laluan. Terdapat juga khemah bazar Aidilfitri berhampiran sebuah pasar raya besar yang terjejas dalam insiden tersebut. Pegawai Pertahanan Awam Daerah Kubang Pasu, Kapten (PA) Mohd Adenin Suhaimi berkata, hujan dan ribut telah berlaku di Pekan Jitra pada jam 3 petang. "Hujan dan angin kuat tersebut telah mengakibatkan pokok tumbang dan khemah jualan di bahu jalan diterbangkan angin lalu menutup jalan utama Jitra-Changlun. "Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) telah m

Malaysia kalahkan Turkmenistan 1-0 pada perlawanan persahabatan antarabangsa Tier 1

Image
Malaysia kalahkan Turkmenistan 1-0 pada perlawanan persahabatan antarabangsa Tier 1 BACA seterusnya di: https://pakdin.my/162714 Malaysia kalahkan Turkmenistan 1-0 pada perlawanan persahabatan antarabangsa Tier 1 di Stadium Sultan Ibrahim, Iskandar Puteri, di sini malam ini. PENJARING ----------------- MALAYSIA: Muhammad Akhyar Abdul Rashid (minit ke-29) PEMAIN ----------- MALAYSIA: Ahmad Syihan Hazmi Mohamed, Matthew Davies, Dominic Tan, Mohamad Faisal Abdul Halim (Muhamad Feroz Baharudin), Darren Lok (Muhammad Syafiq Ahmad), Paulo Josue (Mohamed Syamer Kutty Abba), Brendan Gan (Muhamad Nor Azam Abdul Azih), Muhammad Akhyar Abdul Rashid (Mohammad Fayadh Mohd Zulkifli Amin), Dion Cools (C), Corbin Ong, Endrick Dos Santos (Nooa Laine). TURKMENISTAN: Rasul Charyyev, Soyunov Shohrat, Ata Geldiyev (C), Ruslan Mingazov (Begench Akmammedov), Elman Tagayev (Arslanmyrat Amanov), Didar Durdyyev (Myelis Diniyev), Ybrayym Mammedov (Arzuvguly Sapargulyyev), Ilya Tamurkin, Abdy Bashimov, Altymyrat

[VIDEO] Masjid Ibnu Sina di Titiwangsa musnah dalam kebakaran

Image
[VIDEO] Masjid Ibnu Sina di Titiwangsa musnah dalam kebakaran BACA seterusnya di: https://pakdin.my/162695 Kariah Masjid Ibnu Sina di Taman Tasik Titiwangsa, di sini, tidak sempat menunaikan solat sunat tarawih pertama malam ini, apabila hampir 90 peratus ruangan masjid itu musnah dalam kebakaran kira-kira 7 malam tadi. Jurucakap Pusat Gerakan Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Kuala Lumpur ketika dihubungi Bernama berkata pihaknya menerima panggilan kecemasan pada  7.10 petang, sebelum tiba di tempat kejadian pada 7.17 malam. “Sebanyak tiga jentera bomba dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Setapak, BBP Jalan Tun Razak dan BBP Hang Tuah dengan kekuatan 21 anggota, bergegas ke tempat kejadian sebaik menerima panggilan kecemasan. “Kebakaran melibatkan ruangan solat di dalam masjid dengan angaran kemusnahan sebanyak 90 peratus,” katanya. Jurucakap itu berkata kebakaran dapat dikawal pada 7.27 malam dan berjaya dipadamkan sepenuhnya pada 9.36 malam ini. Semasa kejadian tiada jemaah mas

[VIDEO] Guna cek palsu, bekas pembantu tadbir Felda dipenjara, denda

Image
[VIDEO] Guna cek palsu, bekas pembantu tadbir Felda dipenjara, denda BACA seterusnya di: https://pakdin.my/162685 KUANTAN -- Mahkamah Sesyen di sini hari ini memerintahkan bekas pembantu tadbir di Felda Jengka 12 Melor di Maran, dipenjarakan selama 115 bulan selepas beliau mengaku bersalah atas 10 pertuduhan menggunakan cek palsu bernilai RM64,734, dua tahun lepas.  Hakim Datuk Ahmad Zamzani Mohd Zain juga memerintahkan tertuduh Mohd Azlan Jainal, 36, yang beralamat di Bahau, Negeri Sembilan, menjelaskan denda RM68,500 atau jika gagal, dipenjara selama 29 bulan.  Pada prosiding itu, Ahmad Zamzani menjatuhkan hukuman penjara antara lapan, 10, 12 dan 13 bulan bagi setiap pertuduhan, namun semua hukuman tersebut diarahkan berjalan serentak mulai hari ini. Tertuduh didakwa melakukan kesalahan itu antara 26 Mac 2021 hingga 30 April tahun sama di sebuah bank di Bandar Tun Abdul Razak, Maran, melibatkan nilai antara RM6,436 dan RM7,000.  Pertuduhan dibuat di bawah Seksyen 471 Kanun Keseksaan

[VIDEO] Pembinaan MRSM berbayar tidak libatkan peruntukan kerajaan - Ahmad Zahid

Image
[VIDEO] Pembinaan MRSM berbayar tidak libatkan peruntukan kerajaan - Ahmad Zahid BACA seterusnya di: https://pakdin.my/162674 Cadangan mewujudkan Maktab Rendah Sains Mara (MRSM) berbayar kepada golongan berkemampuan tidak akan melibatkan peruntukan daripada kerajaan, menurut Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi. Beliau yang juga Menteri Kemajuan Desa dan Wilayah berkata pelan futuristik yang sedang disusun atur Majlis Amanah Rakyat (Mara) itu akan menggunakan kaedah inisiatif pembiayaan swasta (PFI) serta kerjasama dengan institusi kewangan. Ahmad Zahid juga memberikan jaminan MRSM berbayar berkenaan tidak akan didirikan di atas tanah Mara yang dikhususkan untuk manfaatkan rakyat miskin. “Kita akan bekerjasama dengan beberapa pihak menggunakan jalinan pintar (smart partnership) untuk pembinaannya,” katanya pada sesi Waktu Pertanyaan-Pertanyaan Menteri (MQT) di Dewan Rakyat hari ini. Beliau menjawab soalan tambahan Syed Saddiq Syed Abdul Rahman (PH-Muar) sama ada ke

[VIDEO] Melacurkan diri: Ibu tunggal didenda RM2,500

Image
[VIDEO] Melacurkan diri: Ibu tunggal didenda RM2,500 BACA seterusnya di: https://pakdin.my/162664 GEORGE TOWN - Seorang ibu tunggal dijatuhi hukuman denda RM2,500 oleh Mahkamah Majistret di sini pada Khamis selepas mengaku bersalah atas pertuduhan melacurkan diri di sebuah hotel di sini, Ahad lepas. Nadzirah Azizoh @ Azizam, 43, dari Jalan Pokok Sena, Kedah mengaku bersalah terhadap dakwaan melakukan perbuatan itu di sebuah hotel di Jalan Penang antara jam 2 pagi dan jam 2.25 pagi 19 Mac lepas, selepas pertuduhan dibacakan terhadapnya. Majistret Azlan Basri turut memerintahkan tertuduh dipenjara empat bulan sekiranya gagal membayar denda itu. Sementara itu, di mahkamah yang sama dua lagi wanita, Nurul Najihah Abu Bakar, 23, dan Nor Hafiza Rosli, 32, mengaku tidak bersalah dan memohon bicara selepas pertuduhan sama dibacakan terhadap mereka. Nurul Najihah dan Nor Hafiza masing-masing dibenarkan diikat jamin RM4,000 dengan seorang penjamin dan Azlan menetapkan tarikh 28 Jun untuk sebutan