Posts

[VIDEO] ACC 2023: Azizulhasni kembali pastikan gelaran Jaguh Pecut Asia miliknya

Image
[VIDEO] ACC 2023: Azizulhasni kembali pastikan gelaran Jaguh Pecut Asia miliknya BACA seterusnya di: https://pakdin.my/165867 Jaguh berbasikal trek negara Datuk Mohd Azizulhasni Awang kembali memastikan gelaran Jaguh Pecut Asia miliknya selepas memenangi final acara pecut elit lelaki di Kejohanan Berbasikal Trek Asia (ACC) 2023 yang berlangsung di Velodrom Nasional di sini malam ini 16 Jun 2023.   Pelumba berusia 35 tahun itu yang merupakan jaguh enam kali acara pecut pada  2008, 2009, 2014, 2017, 2019 dan 2020 - sebelum terlepas edisi tahun lepas  setelah menjalani pembedahan jantung pada tahun sama, menewaskan pemenang pingat perak  Piala Negara-Negara di Jakarta, Kaiya Ota dari Jepun 2-0 (9.924s, 9.828s) di dalam acara itu untuk merangkul pingat emas ke-11nya dalam kejohanan kali ini. Terdahulu di peringkat separuh akhir, Azizulhasni yang juga dikenali sebagai "The Pocket Rocketman” menewaskan juara bertahan  Kento Yamasaki dari Jepun 2-0.    Selepas rehat sehari, Mohd Azizulha

Empat polis, penduduk kampung cedera dalam pengeboman di tepi jalan Yala

Image
Empat polis, penduduk kampung cedera dalam pengeboman di tepi jalan Yala BACA seterusnya di: https://pakdin.my/165856 Empat pegawai polis memberi perlindungan kepada guru dan seorang penduduk kampung cedera dalam serangan bom di tepi jalan di daerah Raman wilayah Yala pada pagi Khamis 15 Jun 2023. Letupan berlaku di jalan tempatan di kampung Na Toey Moo 3 di tambon Kotabaru, kata polis di balai Kotabaru. Kejadian dilaporkan sekitar jam 7.10 pagi. Sejurus tiba, pegawai mendapati sebuah trak pikap polis rosak sebahagiannya diletakkan kira-kira 50 meter dari tempat kejadian. Bahagian kiri kenderaan itu ditebuk serpihan bom. Letupan itu meninggalkan kawah dalam kira-kira 5x3 kaki di atas jalan. Cebisan bom dan batang besi bertaburan di kawasan itu. VIDEO berkaitan: Sub-Leftenan  bdulrosa Masaning, timbalan ketua penindasan jenayah di balai Kotabaru; Sarjan Mejar Natthawut Paduka dan Sarjan Mejar Masaidee Karee mengalami sakit dada dan telinga berdengung, manakala  Lans Koperal Theeradol Si

Pakaian ‘ketat’: Kesatuan jururawat, MMA bidas Ahli Parlimen PAS

Image
Pakaian ‘ketat’: Kesatuan jururawat, MMA bidas Ahli Parlimen PAS BACA seterusnya di: https://pakdin.my/165846 Ahli Parlimen PAS ditempelak kerana dikatakan lebih kisah tentang etika pakaian jururawat berbanding kemampanan sistem penjagaan kesihatan negara. Beberapa organisasi dan individu hari ini membidas Ahli Parlimen Kuantan Wan Razali Wan Nor atas kenyataannya, pakaian seragam jururawat terlalu ketat dan tidak patuh syariah. Kesatuan jururawat mempertahankan pakaian seragam itu, manakala Persatuan Perubatan Malaysia (MMA) berkata, sangat memalukan apabila Ahli Parlimen PAS lebih kisah mengenai etika berpakaian jururawat ketika orang ramai bimbang kemampanan sistem penjagaan kesihatan negara. Presiden Kesatuan Jururawat Malaya, Nor Hayati Abd Rashid, berkata pakaian seragam jururawat direka untuk berfungsi dan memudahkan mereka menjalankan tugas. VIDEO berkaian: https://youtu.be/8tXBPy2bXE8 Katanya, ia tidak ketat dan mematuhi garis panduan ditetapkan Kementerian Kesihatan (KKM). “P

[VIDEO] Pantai Morib ditutup kepada orang ramai, peniaga sehingga 2 Julai

Image
[VIDEO] Pantai Morib ditutup kepada orang ramai, peniaga sehingga 2 Julai BACA seterusnya di: https://pakdin.my/165838 Kawasan rekreasi di Pantai Morib, Banting ditutup kepada orang awam dan peniaga  sehingga 2 Julai  depan untuk tujuan pemotongan pokok-pokok yang tumbang serta pembersihan kawasan ekoran hujan lebat dan angin kencang semalam.  Majlis Perbandaran Kuala Langat (MPKL) menerusi kenyataan di Facebooknya berkata persetujuan untuk menutup kawasan pantai itu dibuat hasil perbincangan dan rangka kerja pembersihan dan pembaikan kerosakan oleh pihak pengurusan tertinggi majlis itu.  MPKL berkata kerja-kerja pengalihan pokok bagi membersihkan laluan awam telah giat dilaksanakan Skuad Pantas MPKL bersama bomba, Jabatan Pertahanan Awam Malaysia, Jabatan Kerja Raya dan polis sejak petang semalam. 

Piala Malaysia: Aksi final JDT bertemu SELANGOR berulang?

Image
Piala Malaysia: Aksi final JDT bertemu SELANGOR berulang? BACA seterusnya di  https://pakdin.my/165826 Peminat bola sepak tanah air dijangka berpeluang menyaksikan sekali lagi pertembungan antara penyandang juara, Johor Darul Ta’zim (JDT) dan Selangor FC di pentas final Piala Malaysia 2023 selepas kedua-dua pasukan diundi dalam laluan berbeza kecuali bertemu di final. Pada final musim lalu, JDT mengalahkan Selangor FC  2-1. Menerusi undian dijalankan secara maya oleh Liga Bolasepak Malaysia (MFL), hari ini, JDT, selaku juara sembilan kali berturut-turut Liga Super, diundi bertemu pasukan tercorot liga, Kelantan FC, dalam perlawanan yang dimulakan dengan pusingan 16 terbaik. Skuad Harimau Selatan dilihat tidak berdepan masalah untuk mara ke suku akhir dan akan menentang antara pasukan Kelantan United dan Negeri Sembilan FC sebelum bertemu sama ada Perak FC, Kedah Darul Aman FC, Kuching City FC atau Sabah FC di peringkat separuh akhir. Sementara itu, ancaman buat Selangor bermula seawal

[VIDEO] Tuntutan Sulu: Tindakan undang-undang terhadap pihak bersekongkol

Image
[VIDEO] Tuntutan Sulu: Tindakan undang-undang terhadap pihak bersekongkol BACA seterusnya di: https://pakdin.my/165817 Kerajaan tidak akan teragak-agak untuk mengambil tindakan jenayah menurut undang-undang yang sedang berkuat kuasa terhadap mana-mana pihak termasuk warganegara Malaysia yang memberikan sebarang sokongan, bantuan atau bersekongkol dengan penuntut kumpulan Sulu. Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menegaskan Polis Diraja Malaysia (PDRM) telah memulakan siasatan terhadap penuntut Sulu, penimbang tara, peguam serta pihak-pihak lain yang berkaitan di bawah Seksyen 124K Kanun Keseksaan bagi kesalahan sabotaj. "Kerajaan Malaysia juga akan terus membantah sebarang bentuk pembiayaan oleh pihak ketiga, yang menyokong penyalahgunaan proses yang telah dimulakan oleh pihak yang membuat tuntutan," kata beliau. Anwar berkata demikian ketika memberi penerangan mengenai tuntutan daripada lapan warga Filipina yang mendakwa kononnya sebagai waris Sultan Sulu terhadap kera

[VIDEO] Budak lelaki 11 tahun dicekup tular pandu kereta bapa

Image
Budak lelaki 11 tahun dicekup tular pandu kereta bapa BACA seterusnya di: https://pakdin.my/165795 KLANG – Tindakan seorang kanak-kanak lelaki berusia 11 tahun yang tular memandu sebuah kereta milik bapanya di Jalan Banting-Pandamaran, di sini, kelmarin mengundang padah apabila ditahan polis, hari ini. Ketua Polis Daerah Klang Selatan, Asisten Komisioner Cha Hoong Fong berkata, pihaknya menerusi Bahagian  Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (BSPT) menerima satu klip video memaparkan kanak-kanak yang memandu Proton Saga berwarna perak tersebut. Kata beliau, siasatan awal mendapati kejadian itu berlaku di jalan berkenaan, kira-kira pukul 6 petang kelmarin. “Bertindak atas maklumat, polis kemudian menyerbu sebuah rumah di Pandamaran, kira-kira pukul 1.15 pagi tadi. “Kereta Saga itu bersama kanak-kanak berkenaan dan pemilik kenderaan yang juga bapanya berusia 49 tahun ditahan bagi membantu siasatan,” katanya dalam kenyataan, hari ini. Jelas Hoong Fong, dua beranak itu dibawa ke Balai Polis