[VIDEO] Pantai Morib ditutup kepada orang ramai, peniaga sehingga 2 Julai


[VIDEO] Pantai Morib ditutup kepada orang ramai, peniaga sehingga 2 Julai

BACA seterusnya di: https://pakdin.my/165838

Kawasan rekreasi di Pantai Morib, Banting ditutup kepada orang awam dan peniaga  sehingga 2 Julai  depan untuk tujuan pemotongan pokok-pokok yang tumbang serta pembersihan kawasan ekoran hujan lebat dan angin kencang semalam. 

Majlis Perbandaran Kuala Langat (MPKL) menerusi kenyataan di Facebooknya berkata persetujuan untuk menutup kawasan pantai itu dibuat hasil perbincangan dan rangka kerja pembersihan dan pembaikan kerosakan oleh pihak pengurusan tertinggi majlis itu. 

MPKL berkata kerja-kerja pengalihan pokok bagi membersihkan laluan awam telah giat dilaksanakan Skuad Pantas MPKL bersama bomba, Jabatan Pertahanan Awam Malaysia, Jabatan Kerja Raya dan polis sejak petang semalam. 



Comments

Popular posts from this blog

Jadual Perjalanan Dan Tambang KTM Komuter Sektor Utara - Padang Rengas - Bukit Mertajam

Tiga pasangan negara mara ke pusingan ketiga Kejohanan Dunia

Malaysia Milk tarik balik penjualan produk Marigold HL