Posts

[VIDEO] Tragedi Kepala air: Hanya enam mayat ditemukan setakat ini bukan 9 - Polis

Image
[VIDEO] Tragedi Kepala air: Hanya enam mayat ditemukan setakat ini bukan 9 - Polis CHUKAI  -- Polis mengesahkan hanya empat mayat mangsa tragedi kepala air di Jeram Air Putih di sini ditemukan pada hari kedua operasi mencari dan menyelamat (SAR) hari ini, dan bukannya tujuh seperti yang dimaklumkan sebelum ini. Ketua Polis Terengganu Datuk Mazli Mazlan berkata kekeliruan itu timbul susulan masalah komunikasi di lokasi pencarian dengan Pusat Kawalan Operasi di Balai Polis Air Putih, di sini.  "Untuk makluman, setakat hari ini kita telah jumpa enam mayat dan telah disahkan waris serta keluarga mangsa. Semalam kita jumpa dua, dan hari ini kita jumpa empat, menjadikan baki empat lagi mangsa masih hilang.  "Pasukan pencarian di lokasi berdepan masalah komunikasi apabila alat komunikasi yang digunakan tidak boleh berfungsi dengan baik ekoran keadaan geografi hutan tebal dan berbukit-bukau," katanya pada sidang media di sini, petang ini.  Beliau berkata operasi pada hari ini ju

[VIDEO] Tragedi kepala air Jeram Mawar: 7 lagi mayat ditemukan

Image
[VIDEO] Tragedi kepala air Jeram Mawar: 7 lagi mayat ditemukan BACA seterusnya di: https://pakdin.my/166259 KEMAMAN – Tujuh lagi dipercayai mangsa tragedi kepala air di Jeram Mawar, Air Putih di sini ditemui lemas setakat pukul 1 tengah hari ini. Ketua Polis Terengganu, Datuk Mazli Mazlan berkata, bilangan terbaharu itu menjadikan mangsa yang terkorban dalam tragedi bencana alam tersebut setakat ini seramai sembilan orang. Menurut Mazli, setakat ini hanya tiga identiti mangsa dikenal pasti manakala bakinya enam lagi identiti mangsa belum disahkan. “Mayat ketiga yang ditemui ialah Muhammad Haziq Ziqree Karim berusia enam tahun yang ditemui di kawasan sektor B pencarian iaitu berhampiran Kampung Teladas,” katanya ketika ditemui di Pusat Kawalan Operasi di Balai Polis Air Putih di sini hari ini. Mazli berkata, kesemua mangsa ditemui pada pukul 11 pagi sehingga 1 tengah hari di sekitar lokasi kejadian sejauh 20 kilometer (km) dari lokasi kejadian. “Mayat mangsa ditemui terapung dan ada jug

[VIDEO] Kepala Air: Mayat ketiga dan keempat ditemui pada pukul 11 dan 11.25 pagi hari kedua SAR

Image
[VIDEO] Kepala Air: Mayat ketiga dan keempat ditemui pada pukul 11 dan 11.25 pagi hari kedua SAR KEMAMAN - Operasi hari kedua mencari dan menyelamat (SAR) lapan lagi mangsa yang masih hilang dalam kejadian kepala air di Jeram Mawar, Air Putih, dekat sini diteruskan pada 9 pagi ini.  Mayat ketiga dan keempat mangsa tragedi kepala air Jeram Mawar, Air Putih dekat sini berjaya ditemui setakat ini sebentar tadi. Mayat Muhammad Haziq Ziqree Karim, 6, dipercayai ditemui pasukan mencari dan menyelamat di sektor kedua iaitu berhampiran Sungai Teladas di sini pada pukul 11.05 pagi. Seorang lagi mayat kanak-kanak perempuan pula dipercayai dijumpai tidak jauh dari lokasi penemuan Muhammad Haziq Ziqree pada 11.25 pagi. Begitupun, identiti mayat masih belum dikenal pasti sama ada Puteri Aryana Umairah, 4, atau Puteri Nurerina Natasya, 10. Jarak penemuan kedua-dua mayat dengan lokasi kejadian dianggarkan lebih 15 kilometer. Usaha untuk membawa keluar kedua-dua mangsa sedang dilakukan pasukan mencari

[VIDEO] Kepala Air: Dua lemas, lapan lagi masih hilang di Jeram Mawar, Kemaman

Image
[VIDEO] Kepala Air: Dua lemas, lapan lagi masih hilang di Jeram Mawar, Kemaman BACA seterusnya di: https://pakdin.my/166241 Diipercayai dihanyutkan kepala air ketika berkelah di Jeram Mawar, Kampung Air Putih, Kemaman. Mangsa pertama Azizah Eiyi, 40 (ibu) ditemui 24KM dari lokasi kejadian, mangsa kedua Muhammad Zulqarnain Haikal Karim, 11 (anak) ditemui jarak 2KM. Sembilan mangsa disahkan daripada keluarga yang sama, manakala identiti seorang lagi masih belum dikenal pasti SAR lapan lagi mangsa yang hilang terpaksa dihentikan lebih awal pada sebelah petang kerana dikhuatiri kepala air mungkin berulang. Akan disambung pagi esok. KEMAMAN: Seorang lelaki dan wanita ditemukan lemas selepas dipercayai dihanyutkan kepala air ketika berkelah di Jeram Mawar, Kampung Air Putih, di sini pada Ahad, sementara lapan lagi dikhuatiri masih hilang. Pegawai Bertugas Pusat Kawalan Kontinjen (CCC) Ibu Pejabat Kontinjen (IPK) Terengganu, Asisten Superintenden Ahmad Syukri Yusoff berkata, dua korban pertam

[VIDEO] 10 kilang terbakar di Balakong

Image
[VIDEO] 10 kilang terbakar di Balakong BACA seterusnya di: https://pakdin.my/166229 PETALING JAYA: Sebanyak 10 kilang musnah dalam kebakaran di Jalan KPB 3, Kawasan Perindustrian Balakong di sini, awal pagi tadi 30 Jun 2023.  Pusat Gerakan Operasi menerima panggilan pada pukul 2.15 pagi membabitkan kejadian tersebut dan sebanyak sembilan jentera dikejarkan ke lokasi kejadian.  Pengarah Bomba Selangor, Wan Md. Razali Wan Ismail berkata, operasi melibatkan seramai 48 pegawai dan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Bandar Tun Hussein Onn ;BBP Serdang; BBP Pandan; BBP Kajang; BBP Bangi; BBP Petaling Jaya, BBP Shah Alam dan BBP Cyberjaya.  Katanya, kebakaran pada awalnya melibatkan empat namun merebak ke enam kilang lain menjadikan 10 buah kilang terbabit.  “Api merebak dengan pantas disebabkan pengubahsuaian dan penambahan awning kilang. “Malah, jarak antara kilang yang terlalu rapat serta kilang-kilang tersebut mempunyai ‘fire load’ yang tinggi kerana padat dengan bahan yang mud

Badal atau bedal haji?

Image
[VIDEO] Badal atau bedal haji? BACA seterusnya di: https://pakdin.my/166221 Banyak kertas koyak, bersepah di Tanah Suci... Lelaki dedah scammer kantoi laksana ‘amanah’ ramai penama Kebanyakan kertas yang bersepah tertera badal haji bagi penama-penama dari Asia, termasuk Malaysia. apa yang mengejutkan apabila terdapat segelintir jemaah yang kononnya melakukan badal haji dengan menyebut beberapa penama. Selain Malaysia, antara kertas badal haji yang dilihat sudah dikoyakkan dan dibuang adalah bagi penama dari Indonesia dan Thailand. Lembaga Tabung Haji (TH) mengingatkan umat Islam di negara ini supaya lebih berhati-hati dengan tawaran badal atau upah haji oleh agensi pelancongan mahupun individu tertentu BADAL haji atau bedal haji? Ia merupakan persoalan yang disuarakan oleh seorang jemaah haji yang sedang melaksanakan badal haji di Tanah Suci ketika ini. Rakaman yang dibuat di Jabal Rahmah mendedahkan kegiatan segelintir pelaksana yang didakwa terlibat dalam penipuan badal haji. Menerus

PRN: Berkempen secara matang - Mufti Kelantan

Image
PRN: Berkempen secara matang - Mufti Kelantan BACA seterusnya di: https://pakdin.my/166208 Masyarakat Kelantan, khususnya umat Islam diingatkan agar bersikap lebih dewasa dan matang terutamanya dalam tempoh berkempen bagi Pilihan Raya Negeri (PRN) yang bakal berlangsung tidak lama lagi. Mufti Kelantan Datuk Mohamad Shukri Mohamad berkata sikap sedemikian bakal mencerminkan peribadi seseorang sekali gus mengelakkan tercetusnya perbalahan dan perpecahan sesama sendiri. “Kita telah menempuh beberapa kali pilihan raya, sepatutnya perkara ini mendewasakan kita.  “Oleh itu, berkempenlah secara matang dan dewasa dan tidak menimbulkan sebarang provokasi. Kalau timbul perbalahan mahupun perpecahan antara masyarakat itu tandanya masih kebudak-budakan,” katanya. Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas merasmikan Majlis Arafah #QuranHour di Masjid Sultan Muhammad II, di sini hari ini, yang turut dihadiri Ketua Pegawai Eksekutif Yayasan Warisan Ummah Ikhlas (WUIF) Marhaini Yusoff. Mohamad