Posts

Showing posts with the label Barisan Nasional

#PRNJohor: Rakyat muak drama politik, PRN terbaik stabilkan negeri – Norshida

Image
#PRNJohor: Rakyat muak drama politik, PRN terbaik stabilkan negeri – Norshida [Sumber:  https://pakdin.my/?p=154586 ] Rakyat di negeri Johor sudah muak dengan drama politik yang terjadi dan memahami keperluan untuk mengadakan Pilihan Raya Negeri (PRN), kata Ketua Penerangan Wanita UMNO, Datuk Norshida Ibrahim. Jelas beliau lagi, ini kerana rakyat sudah merasai pengalaman berada di bawah pentadbiran Pakatan Harapan (PH) yang disifatkan sebagai gagal meneruskan agenda pembangunan negeri. “Sekarang Dewan Undangan Negeri (DUN) telah dibubarkan dan kita melihat pelbagai isu yang dibawa dan dimainkan rakyat khususnya PH yang telah gagal tadbir dan memakmurkan negeri. “Kita katakan begitu sebab tidak nampak kestabilan dalam politik Johor itu dengan jelas bila berlakunya perbezaaan satu kerusi di DUN dan yang paling takut apabila pelaburan dalam negeri dan ekonomi rakyat terjejas. “Kita dapat merasakan rakyat terkesan daripada perbalahan dan ketidakstabilan politik… sekarang rakyat telah dapat

#PRNJohor: Jentera perlu bekerja keras, pastikan BN menang – Tok Mat

Image
  #PRNJohor: Jentera perlu bekerja keras, pastikan BN menang – Tok Mat [Sumber:  https://pakdin.my/?p=154363 ] Setiap jentera perlu berusaha keras bagi memastikan kemenangan berpihak kepada BN serta mengenepikan segala sikap penting diri termasuk unsur khianat dan sabotaj kepada parti, pesan Pengarah Pilihan Raya bagi Barisan Nasional (BN) Datuk Seri Mohamad Hasan kepada jentera Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor malam tadi. “Jangan mengkhianati sesiapa, jangan cakap kita khianat kita pujuk. Di Melaka kita pujuk, berunding tetapi pinangan kita ditolak ke tingkap kerana menyatakan BN tidak boleh menang. Dengan senang hati BN mentadbir Melaka tanpa ada gangguan mana-mana pihak. “Kita menang pilihan raya kerana kita bersama, kita menang pilihan raya kerana bersungguh-sungguh untuk menang, jangan berselisih faham kerana banyak kerusi yang kalah pada PRU (Pilihan Raya Umum) ke 14 kerana berselisih faham dan mensabotaj sesama sendiri,” kata Timbalan Pengerusi BN itu. Beliau berkata demikian ket

#PRNJohor: ‘Boleh kembali kepada Umno tapi tanpa keistimewaan’, Zahid beritahu bekas ahli

Image
  #PRNJohor: ‘Boleh kembali kepada Umno tapi tanpa keistimewaan’, Zahid beritahu bekas ahli [Sumber:  https://pakdin.my/?p=154358 ] Umno sedia menerima ahli atau pemimpin yang meninggalkan parti itu untuk kembali semula ke pangkuannya namun bersyarat. Presiden Ahmad Zahid Hamidi berkata, pintu Umno sentiasa terbuka kepada semua, namun seandainya ada pemimpin atau ahli mahu kembali, mereka perlu melalui proses seperti yang termaktub dalam perlembagaan parti. “Kami (Umno) tidak mengira umur atau asal-usul, jadi andainya ada antara mereka yang meninggalkan Umno dan berhasrat kembali, kecil tapak tangan nyiru kami tadahkan. “Mereka hanya diterima sebagai ahli biasa. Tanpa syarat, keistimewaan atau kelebihan. Ingat, Umno adalah gerakan menabur bakti dan kebaikan,” katanya di Facebook. Terdapat ura-ura beberapa pemimpin kanan Bersatu akan kembali menyokong Umno dan Barisan Nasional (BN). Sebelum ini, penyandang kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Puteri Wangsa, Mazlan Bujang dan DUN Larkin Mo

#PRNJohor: Tanding solo kerana trend sokongan kembali kepada BN, kata Zahid

Image
#PRNJohor: Tanding solo kerana trend sokongan kembali kepada BN, kata Zahid [Sumber: https://pakdin.my/?p=154210 ] Barisan Nasional (BN) bertanding secara solo pada pilihan raya negeri (PRN) Johor berikutan trend sokongan yang kembali semula terhadap parti itu, kata Presiden Umno Ahmad Zahid Hamidi. Beliau berkata, pendekatan diambil BN adalah sama seperti dalam PRN Melaka, sebelum ini. “BN iaitu Umno, MCA dan MIC akan memperkasakan gerak kerja dan jentera parti di mana dari 56 kerusi ditandingi, BN akan meletak calon-calon di seluruh 56 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) di Johor. “Strategi BN bertanding dengan mengambil kira bahawa trend sokongan telah datang semula kepada BN. Untuk itu, sebagaimana yang berlaku berlaku dalam PRN Melaka, acuan yang sama kita akan gunakan dalam PRN Johor,” katanya menurut laporan Utusan Malaysia. Berhubung perundingan kerjasama dengan PAS dalam PRN Johor, Zahid berkata, perbincangan telah diadakan antara Pengerusi BN Johor dan Pesuruhjaya PAS negeri i

#PRNJohor: Jangan ambil mudah - Mohamad Hasan

Image
  #PRNJohor: Jangan ambil mudah - Mohamad Hasan [Sumber:  https://pakdin.my/?p=154196 ] Jentera Barisan Nasional (BN) diingatkan supaya tidak mengambil mudah Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor akan datang. Timbalan Pengerusi BN Datuk Seri Mohamad Hasan berkata parti itu tidak seharusnya terbawa-bawa sentimen kemenangan di PRN Melaka dan harus menyusun strategi sebaik mungkin. "Masalah atau isu pembahagian kerusi kita belum lihat dan kita buat setelah adakan Mesyuarat Jawatankuasa Tertinggi BN.  "Saya dan rakan-rakan akan berbincang strategi dan taktikal untuk strategi dan seperti saya sebut, PRN Johor ini penting dan tak semudah disangka," katanya kepada pemberita selepas menghadiri Majlis Sambutan Tahun Baharu Cina parti MCA, di sini hari ini. 

#PRNJohor: Keadaan politik negeri hanya tenang di permukaan - Mohamad Hasan

Image
#PRNJohor: Keadaan politik negeri hanya tenang di permukaan - Mohamad Hasan [Sumber: https://pakdin.my/?p=154192 ] Keputusan mengadakan Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor adalah berasaskan keadaan politik di negeri itu dan bukan atas faktor kepentingan politik. Pengarah Pilihan Raya Negeri Johor yang juga Timbalan Pengerusi Barisan Nasional (BN) dan Timbalan Presiden UMNO, Datuk Seri Mohamad Hasan berkata, tanggapan yang mengatakan momentum Barisan Nasional dalam beberapa pilihan raya negeri sebelum ini menjadi punca PRN Johor, adalah salah sama sekali. "Keadaan politik di Johor nampak tenang di bahagian atasnya, dalamnya menggelegak. Pernah satu hari Sidang DUN Johor, tidak ada keputusan kalau Speaker tidak guna casting vote, tak dapat luluskan satu bil. "Majoriti kerajaan Johor lebih satu kerusi sahaja, jadi hari itu ada seorang ADUN kerajaan kena kuarantin jadi tak dapatlah luluskan bil tanpa casting vote Speaker. "Apa yang kita nampak, bagaimana nak urus negeri dalam ke

#PRNJohor: Strategi dan pendekatan mesti dipelbagaikan

Image
#PRNJohor: Strategi dan pendekatan mesti dipelbagaikan [Sumber: https://pakdin.my/?p=154179 ] Pengarah Komunikasi Barisan Nasional (BN), Datuk Seri Shamsul Anuar Nasarah berkata Pilihanraya Negeri (PRN) Johor kali ini adalah berbeza dan lebih mencabar. Menurut beliau, jentera Komunikasi dan Penerangan BN UMNO mesti menggunakan pendekatan dan strategi yang berbeza serta dipelbagaikan bagi menghadapi pengundi kerana rakyat Johor mungkin berbeza sikap dan pemikirannya. “Perlu diingat, kita akan ditinggalkan atau tidak digemari oleh sebahagian pengundi mungkin kerana pendekatan yang diguna dan apa yang disampaikan oleh kita tidak mereka minati. “Maka jentera Komunikasi BN semua parti UMNO, MCA , MIC atau PBRS serta Parti sahabat BN mesti bijaksana,” katanya menerusi kenyataan di Facebook. Justeru itu, tanggungjawab besar sebagai jentera Komunikasi dan Penerangan UMNO BN adalah terlebih dahulu memahami latarbelakang dan kedudukan serta sikap pengundi. “Saya yakin jika pendekatan kita digema

#PRNJohor: Tok Mat dilantik Pengarah Pilihan Raya BN

Image
#PRNJohor: Tok Mat dilantik Pengarah Pilihan Raya BN [Sumber: https://pakdin.my/?p=154003 ] Timbalan Pengerusi Barisan Nasional (BN), Mohamad Hasan dilantik sebagai Pengarah pilihan raya negeri (PRN) Johor parti itu. Setiausaha Agung BN, Zambry Abdul Kadir, berkata pelantikan itu dibuat hasil mesyuarat Dewan Tertinggi BN yang bersidang semalam. Sementara itu, Menteri Besar Johor, Hasni Muhammad yang juga Pengerusi Perhubungan Umno negeri dilantik sebagai Ketua Penyelaras. “Mesyuarat sebulat suara bersetuju bagi memperkukuhkan jentera BN dan bergerak atas lambang BN secara bersama,” katanya dalam kenyataan. BERITA LANJUT MENYUSUL