Posts

Showing posts with the label Sabah

[Video] Angkara cemburu, wanita maut ditetak suami di Segama, Sabah

Image
[Video] Angkara cemburu, wanita maut ditetak suami di Segama, Sabah Sumber:  https://pakdin.my/157521 - KOTA KINABALU - Seorang wanita maut ditetak di bahagian leher oleh suaminya kerana cemburu dalam kejadian di sebuah bilik sewa di Segama di sini pada pada malam Selasa. Dalam kejadian kira-kira jam 10.50 malam, mangsa berusia 23 tahun dilaporkan tidak sedarkan diri akibat kecederaan parah sebelum dilaporkan meninggal dunia. Ketua Polis Daerah Kota Kinabalu, Asisten Komisioner Mohd Zaidi Abdullah berkata, bilik gerakan Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kota Kinabalu menerima panggilan telefon daripada suspek lelaki berusia 31 tahun berhubung kejadian itu pada jam 11.47 malam. Menurutnya, suspek memaklumkan telah menetak isterinya dengan pisau sehingga tidak sedarkan diri dan disyaki telah meninggal dunia. "Sepasukan pegawai dan anggota polis yang bergegas ke lokasi mengesahkan kejadian itu apabila terdapat mayat seorang wanita dalam keadaan terbaring dan terdapat kesan kecederaan d

[Video] Wanita rentung, terperangkap dalam rumah terbakar di Tambunan

Image
[Video] Wanita rentung, terperangkap dalam rumah terbakar di Tambunan  -  https://pakdin.my/155175 - TAMBUNAN - Seorang wanita rentung selepas terperangkap dalam kebakaran rumah di Kampung Tikolod, di sini, tengah malam Selasa. Dalam kejadian kira-kira jam 12 tengah malam itu, mangsa, Norhabibah Awang, 30, ditemukan rentung di ruang tamu selepas dipercayai terjatuh dari biliknya di tingkat atas. Bagaimanapun, sembilan lagi ahli keluarganya sempat menyelamatkan diri. Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Tambunan, Desmond Micky @ Dominic berkata, pihaknya menerima panggilan berhubung kejadian pada jam 12.25 tengah malam. "Kebakaran membabitkan sebuah rumah jenis kayu kekal dan terbakar 90 peratus. Operasi memadamkan kebakaran segera dilakukan menggunakan tangki jentera dan pili bomba terdekat. "Terdapat 10 penghuni di dalam rumah terbabit bagaimanapun seorang wanita dipercayai terperangkap sebelum mayatnya ditemui rentung di ruang tamu rumah berkenaan," katanya ketika d

Ebit Lew hadapi 11 pertuduhan termasuk gangguan seksual

Image
Ebit Lew hadapi 11 pertuduhan termasuk gangguan seksual [Sumber: https://pakdin.my/?p=154918 ] TENOM: Pendakwah terkenal, Ebit Lew, hari ini dihadapkan di mahkamah, di sini, dipercayai membabitkan 11 pertuduhan, termasuk berkaitan gangguan seksual. Ebit, 37, tiba di Mahkamah Litar di Pejabat Daerah Tenom, di sini, kira-kira jam 9 pagi tadi dengan menaiki sebuah kereta Toyota Vellfire, ditemani sekumpulan individu lain. Sementara itu, pekarangan Pejabat Daerah Tenom turut dikawal pihak polis sejak awal pagi tadi. Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Bukit Aman, Datuk Seri Abd Jalil Hassan, turut dijadualkan membuat sidang media berhubung kes itu selepas selesai proses pertuduhan terhadap Ebit. Difahamkan, Ebit kini berada di Sabah untuk menjalankan kerja amal.

[Video] Lebih 50 rumah atas air di Kampung Landung Ayang terbakar

Image
[Video] Lebih 50 rumah atas air di Kampung Landung Ayang terbakar [Sumber: https://pakdin.my/?p=154863 ] KUDAT: Dianggarkan lebih 50 rumah atas air di Kampung Landung Ayang, di sini, musnah dalam kebakaran setakat jam 7 malam ini. Bagaimanapun, tiada sebarang kecederaan atau kemalangan jiwa dilaporkan dan usaha memadamkan api sedang giat dijalankan. Jurucakap Pusat Gerakan Operasi (PGO) Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sabah berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan pada jam 4.26 petang. Katanya, sepasukan 15 anggota dan pegawai bersama dua jentera serta van Unit Bantuan Perkhidmatan Kecemasan (ERMS) dikerahkan bergegas ke lokasi kejadian. "Operasi memadam kebakaran dilakukan pasukan Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Kudat dengan dibantu pasukan BBP Kota Marudu. "Sehingga kini, usaha memadamkan api kebakaran sedang giat dijalankan dan api masih belum dapat dikawal ," katanya dalam kenyataan media, hari ini. Katanya, operasi pemadaman itu juga turut dijala

[Video] Polis tembak tayar kejar wanita pandu kereta curi di Jalan Lintas Likas Kota Kinabalu

Image
[Video] Polis tembak tayar kejar wanita pandu kereta curi di Jalan Lintas Likas Kota Kinabalu [Sumber: https://pakdin.my/?p=154773 ] KOTA KINABALU - Polis terpaksa melepaskan tembakan ke arah tayar sebuah pacuan empat roda selepas seorang wanita bertindak memandu secara agresif cuba melarikan diri daripada ditahan dalam kejadian di Jalan Sepanggar di sini, pada Isnin. Dalam kejadian kira-kira jam 10 pagi itu, pacuan empat roda jenis Toyota Hilux dilaporkan sebagai kenderaan curi dikesan berada di tepi Jalan Tun Fuad Stephen, Pasar Kraftangan yang dipandu seorang wanita tidak dikenali. Orang awam yang menyedari kenderaan terbabit bertindak memaklumkan kepada bilik gerakan Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kota Kinabalu untuk tindakan selanjutnya. Pemangku Ketua Polis Daerah Kota Kinabalu, Superintendan George Abd Rakman berkata, sebaik menerima laporan itu, pasukan unit peronda kenderaan pelbagai guna (MPV) polis berjaya mengesan kedudukan kenderaan yang berada di Jalan Tanjung Lipat. &quo

Tak payah nak putar belit, niat kamu, kami tahu, Najib jawab Muhyiddin

Image
  Tak payah nak putar belit, niat kamu, kami tahu, Najib jawab Muhyiddin [Sumber: https://pakdin.my/?p=154269 ] Muhyiddin kata: "Mengenai calon Ketua Menteri Sabah, saya telah menyatakan kepada Dato' Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi, Presiden UMNO supaya menamakan calon KM Sabah daripada UMNO. Tetapi dia tidak menamakan sesiapa pun 𝘀𝗲𝗵𝗶𝗻𝗴𝗴𝗮𝗹𝗮𝗵 𝗸𝗲𝗺𝗽𝗲𝗻 𝗣𝗥𝗡 𝗦𝗮𝗯𝗮𝗵 𝗯𝗲𝗿𝗮𝗸𝗵𝗶𝗿.  Kerana itu saya telah menamakan Datuk Seri Panglima Hajiji sebagai calon KM Sabah daripada PN sekiranya PN memenangi jumlah kerusi yang terbesar dalam kalangan parti-parti yang membentuk Gabungan Rakyat Sabah (GRS) ." Tapi internet tak lupa. Hari dia kata Hajiji bakal Ketua Menteri Sabah: 12 Sept 2020 Hari penamaan calon (iaitu bermulanya kempen PRN Sabah: 12 Sept 2020 Jadi, tang mana yang kamu tunggu hingga kempen tamat sedangkan sebelum kempen bermula pun kamu sudah berniat nak namakan Hajiji sebagai Ketua Menteri Sabah? Awal-awal lagi dia sudah rancang - bukan sehingga tempo

20 rumah setinggan di Kolombong, KK musnah terbakar

Image
 20 rumah setinggan di Kolombong, KK musnah terbakar [Sumber: https://pakdin.my/?p=153609 ] Kira-kira 20 rumah setinggan yang terletak berhampiran Sekolah Jenis Kebangsaan Cina (SJKC) Chung Hwa, Kolombong, Kota Kinabalu musnah dalam kebakaran pada awal pagi tadi. Dalam kejadian pada 4 pagi itu, tiada kemalangan jiwa dilaporkan, bagaimanapun seorang lelaki dilaporkan mengalami sesak nafas. Jurucakap Pusat Gerakan Operasi (PGO) Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sabah berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan pada 4.10 pagi tadi. Katanya, sepasukan 28 anggota dan pegawai bersama tiga jentera serta van Unit Bantuan Perkhidmatan Kecemasan (ERMS) dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Lintas, Penampang dan Kota Kinabalu dikerah ke lokasi kejadian. “Sebaik tiba di lokasi kejadian, kebakaran didapati membabitkan rumah setinggan berkeluasan 5,574 meter persegi. “Operasi pemadaman segera dijalankan bagi mengawal api daripada terus merebak ke sebahagian besar lagi rumah setinggan b

UMNO Sabah sedia pertimbang letak calon PRK Bugaya – Bung Moktar

Image
  UMNO Sabah sedia pertimbang letak calon PRK Bugaya – Bung Moktar [SUMBER: https://pakdin.my/?p=153548 ] UMNO Sabah sedia mempertimbangkan untuk meletakkan calonya sekiranya Pilihan Raya Kecil (PRK) kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Bugaya yang akan diadakan dalam tempoh terdekat ini. Ketuanya Datuk Seri Bung Moktar Radin berkata, pertimbangan ini akan mengambil kira beberapa aspek terutamanya dari sudut sokongan rakyat di kawasan tersebut. “Pada Pilihan Raya Negeri (PRN) lepas kita (BN) tidak meletakkan calon untuk bertanding di kawasan ini, ianya diwakili oleh calon dari PBBM, Daud Tampokon bagaimana pun tewas di tangan parti Warisan yang diwakili ketika itu oleh Manis Muka Mohd Darah,” katanya ketika ditemui selepas mengadakan perjumpaan dengan kepimpinan UMNO Bahagian Semporna di pejabat UMNO Bahagian itu baru-baru ini. PRK Dun Bugaya diisytiharkan kosong setelah penyandangnya Manis Muka meninggal dunia akibat masalah buah pinggang pada 17 November 2020, namun PRK ditangguhkan s