UMNO Sabah sedia pertimbang letak calon PRK Bugaya – Bung Moktar

 


UMNO Sabah sedia pertimbang letak calon PRK Bugaya – Bung Moktar

[SUMBER: https://pakdin.my/?p=153548]

UMNO Sabah sedia mempertimbangkan untuk meletakkan calonya sekiranya Pilihan Raya Kecil (PRK) kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Bugaya yang akan diadakan dalam tempoh terdekat ini.

Ketuanya Datuk Seri Bung Moktar Radin berkata, pertimbangan ini akan mengambil kira beberapa aspek terutamanya dari sudut sokongan rakyat di kawasan tersebut.

“Pada Pilihan Raya Negeri (PRN) lepas kita (BN) tidak meletakkan calon untuk bertanding di kawasan ini, ianya diwakili oleh calon dari PBBM, Daud Tampokon bagaimana pun tewas di tangan parti Warisan yang diwakili ketika itu oleh Manis Muka Mohd Darah,” katanya ketika ditemui selepas mengadakan perjumpaan dengan kepimpinan UMNO Bahagian Semporna di pejabat UMNO Bahagian itu baru-baru ini.

PRK Dun Bugaya diisytiharkan kosong setelah penyandangnya Manis Muka meninggal dunia akibat masalah buah pinggang pada 17 November 2020, namun PRK ditangguhkan setelah negara diisytiharkan darurat ekoran penularan pandemik COVID-19.

Menurut Bung, kemungkinan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) akan mengadakan PRK DUN Bugaya dalam tempoh terdekat, ini disebabkan perkembangan penularan pandemik COVID-19 semakin menurun di negara ini.

“Keputusan untuk mengadakan PRK di kawasan ini akan ditetapkan oleh SPR, dan dipihak kita (BN) bersedia menghadapinya ini termasuklah akan mempertimbangkan untuk meletakkan calon kita sekiranya PRK berlaku,” jelas Bung.

Bung yang juga Pengerusi BN Sabah berkata kekalahan calon BN Datuk Abd Razak Tun Sakaran yang bertanding dalam Pilihan Raya Umum (PRU) 14 bukanlah satu ukuran dan ianya tidak akan melemahkan semangat untuk meletakan calon jika berlaku PRK dalam tempoh terdekat ini.

“Kita faham pengaruh Datuk Seri Shafie Apdal sebagai Presiden Warian ketika itu masih kuat, bagaimanapun dalam situasi sekarang penerimaan semula rakyat kepada BN semakin meningkat. Ini dibuktikan dalam beberapa siri PRK dan terkini kemenangan bergaya BN semasa PRN Melaka baru-baru ini,” katanya.

Bung menambah di kawasan Bugaya sahaja UMNO mempunyai seramai 180 cawangan dan yakin jika ahli memberikan sokongan padu kepada calon BN/UMNO tidak ada sebab parti itu sukar untuk merampas kawasan tersebut.

“Apa yang penting kepimpinan UMNO bahagian ini perlu berkerja keras mendekati akar umbi dan semua struktur UMNO bahagian, Wanita, Pemuda dan Puteri perlu digerakkan secara proaktif, keahlian parti perlu dibersihkan dan jika maklum balas posiitif, kita akan membuat ketetapan sama ada meletakan calon atau sebaliknya,” tambah Bung.

Pada PRN lepas yang diadakan 26 Oktober 2019, penyandangnya Manis Muka berjaya mempertahankan kerusi di kawasan tersebut dengan majoriti 6,0005 undi mengatasi enam pencabarnya.

Comments

Popular posts from this blog

Jadual Perjalanan Dan Tambang KTM Komuter Sektor Utara - Padang Rengas - Bukit Mertajam

Tiga pasangan negara mara ke pusingan ketiga Kejohanan Dunia

Malaysia Milk tarik balik penjualan produk Marigold HL