Posts

Showing posts with the label UMNO

[VIDEO] 140 ketua bahagian minta jawatan tertinggi Umno tidak dipertandingkan

Image
[VIDEO] 140 ketua bahagian minta jawatan tertinggi Umno tidak dipertandingkan BACA seterusnya di https://pakdin.my/161741/?amp=1 Seramai 140 Ketua Bahagian Umno seluruh negara hari ini menyatakan solidariti agar jawatan presiden yang kini disandang Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi tidak dipertandingkan pada pemilihan Perhimpunan Agung Umno yang dijangka Mei nanti. Mewakili kumpulan itu, Ketua Umno Bahagian Wangsa Maju Datuk Seri Dr Mohd Shafie Abdullah berkata ketua-ketua bahagian itu turut bersepakat jawatan timbalan presiden juga tidak dipertandingkan. Beliau berkata tumpuan Umno ketika ini perlu terarah kepada memperkukuh parti daripada pelbagai peringkat untuk berdepan enam pilihan raya negeri (PRN) yang dijangka diadakan tahun ini. "Seramai 126 Ketua Umno Bahagian hadir malam ini meskipun ada lagi 14 tidak hadir kerana menghadiri Perhimpunan Agung Umno 2022 (malam ini), tetapi semua sepakat jawatan (presiden dan timbalan presiden) tidak dipertandingkan. "Untuk berdepan e

[VIDEO] Pemilihan UMNO perlu dibuat sebelum 19 Mei ini – Ahmad Maslan

Image
[VIDEO] Pemilihan UMNO perlu dibuat sebelum 19 Mei ini – Ahmad Maslan BACA seterusnya di https://pakdin.my/161730/?amp=1 Datuk Seri Ahmad Maslan mengesahkan UMNO perlu membuat pemilihan di semua peringkat jawatan tertinggi sebelum 19 Mei depan. Jelas Setiausaha Agung UMNO itu, ia ekoran permohonan parti itu untuk menangguhkan pemilihan selama enam bulan selepas Pilihan Raya Umum ke 15 (PRU15) baru-baru ini. “Pemilihan parti UMNO di semua peringkat iaitu cawangan dan bahagian serta Majlis Kerja Tertinggi termasuk Exco Wanita, Pemuda dan Puteri hendaklah diadakan sebelum 19 Mei. “Ini kerana pada 9 November tahun lalu, PRU15 diadakan, tempoh dalam enam bulan itu adalah apabila tarikh PRU15. “Jadi campur enam bulan bermakna sebelum 19 Mei depan,” katanya dalam sidang media selepas merasmikan Laman Media sempena Perhimpunan Agung UMNO (PAU2022) hari ini. Jelas Ahmad lagi, PAU2022 kali juga tidak akan memuktamadkan tarikh bagi pemilihan kerana UMNO mempunyai tempoh beberapa minggu lagi untuk

[VIDEO] UMNO tidak akan meminda perlembagaan mengenai pertandingan jawatan tertinggi

Image
[VIDEO] UMNO tidak akan meminda perlembagaan mengenai pertandingan jawatan tertinggi BACA seterusnya di https://pakdin.my/161570/ Isham berkata UMNO tidak akan sesekali meminda perlembagaannya bagi membolehkan dua jawatan tertinggi iaitu Presiden dan Timbalan Presiden tidak dipertanding pada pemilihan parti. Beliau berkata parti tidak pernah membangkitkan perkara itu dan mendakwa ia dibawa oleh pihak tertentu dengan niat memecahbelahkan UMNO. Mengulas mengenai Perhimpunan Agung UMNO 2022 minggu depan, Isham berkata pelbagai perkara berbangkit akan dibincang termasuk isu kekalahan pada PRU15, kerjasama dalam Kerajaan Perpaduan dan pemilihan parti. "Kita akan bincang mengenai pemilihan UMNO kerana dalam waktu kritikal ini, keadaan ekonomi tidak elok, kita berdepan risiko kerajaan bertukar lagi dan sekiranya UMNO tak stabil, banyak perkara akan terjadi. "Jika tumbang kerajaan, berlaku lagi ketidakstabilan politik maka pelabur tak akan masuk. Apa akan jadi pada negara kita, jadi

Rayuan Tajuddin ditolak, penggantungan berkuatkuasa semalam

Image
Rayuan Tajuddin ditolak, penggantungan berkuatkuasa BACA seterusnya di https://pakdin.my/161560/ Rayuan bekas ketua Umno bahagian Pasir Salak, Tajuddin Abdul Rahman berhubung tindakan penggantungan keahliannya sebelum ini ditolak Majlis Kerja Tertinggi (MKT). Ketua Penerangan Umno Isham Jalil, berkata permohonan Tajuddin itu bersandarkan kepada keputusan Lembaga Disiplin parti sebelum ini. “Rayuan daripada Tajuddin hari tu dia digantung, rayuan dia telah ditolak. Penggantungannya dikuatkuasakan semalam 5 Januari 2023. “Alasan-alasan disiplin (kerana penggantungan) seperti yang terkandung dalam Perlembagaan Umno,” kata nya yang ditemui pemberita selepas menghadiri mesyuarat MKT Umno di Menara Dato’ Onn hari ini. Sebelum ini, keahlian Tajuddin digantung selama enam tahun pada Oktober tahun lalu namun beliau memperlekehkan keputusan itu dengan mendakwa ia bukan “hukuman mat Keputusan tersebut dibuat selepas beliau dilihat secara terbuka mengkritik Umno berikutan penyingkirannya sebagai ah

Geng Broker baru keluar gua

Image
Geng Broker baru keluar gua BACA seterusnya di https://pakdin.my/161290/ Menjilat luka diri sendiri selepas PN gagal membentuk kerajaan, geng broker mula mendiamkan diri selama lebih sebulan sejak berakhir PRU15. Kemudian pada hari Jumaat, Hishammuddin muncul membuka mulut. Dan semalam, Nazri Aziz dan Tajuddin Rahman turut serta membuka mulut selepas keluar dari gua. Secara kebetulan, Nazri dan Tajuddin adalah antara tokoh dalam UMNO yang paling dibenci oleh orang ramai kerana keangkuhan dan kelakuan biadab mereka. Nampaknya geng broker geng dah mula mengarut lagi. ....... Vdeo berkaitan:

AJK Pemuda Umno Ketereh ditembak: Seorang lelaki direman

Image
AJK Pemuda Umno Ketereh ditembak: Seorang lelaki direman BACA selanjutnya di: https://pakdin.my/161011/ Ahli Jawatankuasa Pemuda UMNO Bahagian Ketereh, Kamarul Fadzreen Kamaruzaman, 30, yang cedera ditembak dari jarak dekat oleh individu tidak dikenali malam kelmarin, masih ditidurkan setelah pembedahan membuang peluru berjaya dilakukan. Keadaannya juga dilaporkan semakin stabil dan tidak lagi perlu menggunakan alat bantuan pernafasan. Adik ipar mangsa, Shazwan Razali, 33, berkata Kamarul Fadzreen yang juga sukarelawan polis, semakin stabil berbanding semalam. “Kami bersyukur keadaannya semakin baik. Doktor memaklumkan keadaan abang ipar semakin stabil berbanding semalam dan kini sudah tidak menggunakan bantuan alat pernafasan. “Namun, dia masih perlu ditidurkan dan hanya keluarga terdekat dibenarkan melawat di Hospital Raja Perempuan Zainab II (HRPZ II),” katanya menurut laporan BH, hari ini. Sementara itu, ibu mangsa, Fadzliza Ilias, 53, berkata, anaknya memaklumkan mahu keluar berte

#PRU15: MIC kekal bertanding di Parlimen Hulu Selangor

Image
#PRU15: MIC kekal bertanding di Parlimen Hulu Selangor BACA seterusnya di: https://pakdin.my/160981/ MIC akan kekal bertanding di kerusi Parlimen Hulu Selangor pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) biarpun terdapat desas-desus mengatakan kerusi itu perlu diserahkan kepada calon UMNO. Timbalan Presiden MIC Datuk Seri M. Saravanan berkata sekiranya terdapat permintaan berhubung pengagihan kerusi sesama parti di bawah Barisan Nasional (BN), perkara itu akan dibincangkan di peringkat akar umbi terlebih dahulu bagi mengambil pendekatan bersesuaian untuk memenangi kerusi berkenaan. “Situasi sama pernah wujud sebelum ini dari segi permintaan untuk ‘bertukar’ kerusi, (namun) pucuk kepimpinan BN terdiri daripada empat parti penting akan bincang di peringkat BN,” katanya kepada Bernama hari ini. Terdapat ura-ura bahawa UMNO Bahagian Hulu Selangor mahu mempertaruhkan calon UMNO bagi kerusi Parlimen Hulu Selangor pada PRU15, bagi membuktikan kemampuan parti itu untuk merampas kerusi berkenaan darip

Umno panggil mesyuarat khas MKT malam ini

Image
Umno panggil mesyuarat khas MKT malam ini BACA seterusnya di: https://pakdin.my/160947/ Satu mesyuarat khas Majlis Kerja Tertinggi Umno akan diadakan pada malam ini (Isnin 10 Oktober 2022), kata sumber kanan parti. “Agenda mesyuarat masih belum diketahui. Kemungkinan perbincangan mengenai tarikh pilihan raya umum ke-15,” kata sumber. Sebelum ini terdapat desas desus Parlimen akan dibubarkan seminggu lagi bagi membolehkan PRU15 diadakan. Pilihan raya umum mesti diadakan dalam tempoh 60 hari selepas Parlimen dibubarkan. Perdana Menteri Ismail Sabri Yaakob yang juga naib presiden Umno menerima tekanan daripada partinya sendiri untuk segera membubarkan Parlimen, namun pembangkan membantah PRU15 diadakan tahun ini atas alasan musim banjir, masalah ekonomi serta pandemik Covid-19. Satu lagi topik yang mungkin dibincangkan esok dipercayai pendirian Umno terhadap kerjasama dengan PAS untuk PRU15. Pada Selasa lalu, Presiden Umno, Ahmad Zahid Hamidi berkata, PAS perlu memilih Umno atau Perikatan

[VIDEO] PRU-15: Sah akan diadakan tahun ini

Image
[VIDEO] PRU-15: Sah akan diadakan tahun ini BACA seterusnya di: https://pakdin.my/160897/ Presiden UMNO, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi sekali lagi mengesahkan Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU-15) akan diadakan pada tahun ini juga. Ahli Parlimen Bagan Datuk itu berkata, walaupun mendapat tentangan oleh pihak pembangkang yang menyifatkan akan berlakunya banjir, perkara itu tidak menjadi penghalang pihaknya. “Kami sudah berjumpa dan selidik dengan Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia), jadi kita adakan PRU sebelum banjir. “Ini juga berkemungkinan perjumpaan dengan semua ketua bahagian buat kali terakhir sebelum PRU-15 diadakan,” tegasnya ketika sidang akhbar selepas mengadakan perjumpaan bersama semua ketua bahagian UMNO di sini hari ini. https://youtu.be/KpzZd21A4lg

[VIDEO] PRU-15: Zahid, PM adakan pertemuan khas dengan 191 Umno bahagian

Image
[VIDEO] PRU-15: Zahid, PM adakan pertemuan khas dengan 191 Umno bahagian BACA seterusnya di: https://pakdin.my/160892/ Perdana Menteri Ismail Sabri Yaakob dan Presiden Umno Ahmad Zahid Hamidi mengadakan perjumpaan khas bersama 191 bahagian Umno hari ini. Setiausaha Agung Umno Ahmad Maslan berkata pertemuan tersebut akan berlangsung di Dewan Tun Hussein Onn, Pusat Dagangan Dunia (WTC) di Kuala Lumpur. Dia diminta mengulas jika pertemuan terbabit dibuat mengenai desas-desus pilihan raya umum ke 15 (PRU). “Benda baik-baik sahaja,” jawab Ahmad Maslan ringkas. Jelasnya, pertemuan hari ini membabitkan lebih 700 perwakilan yang hadir merangkumi Ketua Bahagian, Ketua Pemuda, Ketua Wanita dan Ketua Puteri dari setiap bahagian Umno. https://youtu.be/jMRw6XqCxWA "Perdana Menteri akan memberi ucapan kemudian ucapan oleh Presiden, itu sahaja sebenarnya," katanya ketika ditemui pemberita di WTC Kuala Lumpur. Ahmad Maslan turut memaklumkan sidang media akan diadakan selepas pertemuan itu se

[VIDEO] PRU15: PAS bebas guna lambang sendiri jika bersama BN kata Zahid Hamidi

Image
[VIDEO] PRU15: PAS bebas guna lambang sendiri jika bersama BN kata Zahid Hamidi BACA seterusnya di: https://pakdin.my/160887 “Presiden Umno, Ahmad Zahid Hamidi sekali lagi menegaskan bahawa PAS perlu segera memutuskan kerjasamanya dengan Perikatan Nasional (PN) jika mahu terus bekerjasama dengan mereka. Tegas Ahmad Zahid, PAS juga sedia maklum dengan syarat Umno itu dan telah menetapkan tarikh akhir untuk berbuat demikian. Bagaimanapun, Ahmad Zahid tidak menjelaskan lebih lanjut bila tempoh masa tersebut. "Keputusan MKT (Majlis Kerja Tertinggi) ialah mengabsahkan jika PAS mahu bersama-sama dengan kita (Umno) setelah memenuhi syarat-syarat yang telah kita tentukan. "(Oleh itu PAS perlu putuskannya) secepat yang mungkin dan mereka tahu tarikh akhir yang diberikan kepada mereka," katanya. Dia berkata demikian dalam sidang media selepas pertemuan khas pemimpin bahagian dengannya dan Perdana Menteri Ismail Sabri Yaakob di Pusat Dagangan Dunia (WTC), Kuala Lumpur, hari ini. Um

[VIDEO] PRU15: GRS setuju sokong calon BN, kata Zahid

Image
[VIDEO] PRU15: GRS setuju sokong calon BN, kata Zahid BACA seterusnya di: https://pakdin.my/160882/ Gabungan Rakyat Sabah (GRS) bersetuju menyokong semua calon Barisan Nasional (BN) pada pilihan raya umum ke-15 (PRU15), kata Presiden Umno Ahmad Zahid Hamidi. Dalam sidang media, Zahid berkata beliau amat menghargai keputusan dibuat GRS selepas rundingan antara BN dan gabungan itu. Kerajaan Sabah adalah gabungan antara ADUN daripada GRS dan BN. GRS yang diterajui Ketua Menteri Sabah, Hajiji Noor terdiri daripada Bersatu, PBS, SAPP, STAR, dan Usno. Dalam pada itu, Zahid turut memaklumkan BN menerima permohonan daripada parti-parti untuk menyertai gabungan itu. Beliau berkata, permohonan yang dikemukakan akan diputuskan oleh Dewan Tertinggi BN. https://youtu.be/uRVPj7Zh3X8 “Kami yakin dengan empat parti teras, lapan parti gabungan dan tujuh lagi parti baru yang mahu menyertai BN sebagai ‘friends of BN’ atau parti teras,” katanya. Enam parti dilaporkan ingin menyertai gabungan itu termasuk

[VIDEO] Ahmad Zahid Sahkan Pertemuan Dengan Presiden Pas, Jawab Pelbagai Spekulasi

Image
[VIDEO] Ahmad Zahid Sahkan Pertemuan Dengan Presiden Pas, Jawab Pelbagai Spekulasi BACA seterusnya di: https://pakdin.my/160872/ Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi mengesahkan Presiden PAS, Tan Sri Haji Abdul Hadi Awang ada mengunjungi dan mengadakan pertemuan di kediamannya pada 17 September lalu. Beliau dalam kenyataan media hari ini mengesahkan berikutan pelbagai spekulasi timbul berkenaan dengan pertemuan beliau yang juga Pengerusi Barisan Nasional (BN) dengan Abdul Hadi. “Pertemuan empat mata tersebut berlangsung dengan penuh harmoni berteraskan semangat mahabbah dan ukhuwwah persaudaraan Islamiah.” Katanya, banyak perkara diperbincangkan termasuklah mengenai agenda penyatuan ummah yang pernah digerakkan bersama satu ketika. “Semangat kerjasama politik atau taawun siyasi antara UMNO-PAS pada waktu itu berpaksikan kepada keinsafan betapa perlunya dua Parti Induk Bumiputera Melayu-Islam terlebih dahulu diperkasakan bagi memungkinkan terlaksananya penyatuan ummah dalam e

[VIDEO] MKT UMNO mahu Parlimen bubar dalam masa terdekat, PRU15 tahun ini

Image
[VIDEO] MKT UMNO mahu Parlimen bubar dalam masa terdekat, PRU15 tahun ini BACA seterusnya di: https://pakdin.my/160855/ MESYUARAT Majlis Kerja Tertinggi (MKT) Umno pada malam Jumaat mencapai ketetapan untuk Parlimen dibubarkan dalam masa terdekat bagi membolehlan Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) diadakan tahun ini. Menurut Setiausaha Agung Umno, Datuk Seri Ahmad Maslan, berdasarkan keputusan itu, Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob akan mempersembahkan tarikh pembubaran kepada Yang di-Pertua Agong selaras Perkara 40(1) Perlembagaan Persekutuan. Keputusan yang dibuat oleh MKT itu, katanya, konsisten dengan pendirian parti sejak awal untuk mengembalikan mandat kepada rakyat Malaysia selepas kejatuhan kerajaan Pakatan Harapan pada Februari 2020. Ahmad berkata seluruh jentera parti telah diarah untuk memuktamadkan semua persiapan pilihan raya. Tambahnya, hanya dengan mengembalikan hak rakyat bagi membolehkan mandat sebenar diperolehi sahaja kerajaan yang stabil boleh dibentuk un

[VIDEO] Andai UMNO-BN kembali berkuasa, Zahid ikrar tiada langkah politik balas dendam

Image
[VIDEO] Andai UMNO-BN kembali berkuasa, Zahid ikrar tiada langkah politik balas dendam BACA seterusnya https://pakdin.my/160732/ Kerana setiap rakyat (tidak kira apa warna politiknya) berhak mendapat keadilan secara saksama. Inilah UMNO-BN, koalisi politik berprinsip dan akan terus teguh mempertahan dan mendaulatkan undang-undang sebagaimana yang termaktub di dalam pillar Rukun Negara! AKAR UMBI BERDIRI TEGUH BERSAMA INSTITUSI PRESIDEN...

[VIDEO] Pasca Muktamar PAS :Jangan sampai diperguna politik palsu PPBM, tegur penganalisis

Image
[VIDEO] Pasca Muktamar PAS :Jangan sampai diperguna politik palsu PPBM, tegur penganalisis BACA seterusnya di https://pakdin.my/160684/ Ada benarnya kata-kata kritis Dr Tawfiq Yaakob ini, namun gerak politik PAS telah melangkau terlalu jauh untuk lebih memesrai PPBM sekaligus mengabaikan UMNO di Muafakat Nasional. Pelbagai label menghiris dilempar sehingga dilihat begitu gigih berusaha meminggirkan UMNO sebagai teras politik orang Melayu, seolah-olah cuba memenuhi tanggapan Muhyiddin Yassin dahulu bahawa UMNO telah mati tersungkur ke longkang! APAPUN BAGI SELURUH JEMAAH AHLI PAS DAN PARA SIMPATIS PARTI, PENILAIAN KALIAN TENTANG HALATUJU TERKINI WAJAR DIRENUNGI KEMBALI... Edisi Siasat https://web.facebook.com/100005964318997/videos/637770177968830/

Kembali bersatu, ikut ‘haluan Umno’ demi menang PRU, kata Khaled

Image
Kembali bersatu, ikut ‘haluan Umno’ demi menang PRU, kata Khaled Selanjutnya di:  https://pakdin.my/160209 Haluan yang perlu diikut itu adalah ‘haluan Umno’, bukan haluan presiden, perdana menteri, mana-mana kelompok atau kluster. Ini penting untuk Umno menang pilihanraya dan mendapat mandat baharu. Perdana menteri harus menjadi suara kepada Umno manakala presiden parti pula menjadi jurubicara bangsa Umno mesti bersatu dengan satu haluan dan mencari jalan keluar daripada kerajaan sedia ada yang bersifat sementara melalui pilihan raya yang demokratik. Naib Presiden Umno, Mohamed Khaled Nordin berkata, haluan yang perlu diikut itu adalah ‘haluan Umno’, bukan haluan presiden atau perdana menteri, mahupun mana-mana kelompok atau kluster. Beliau juga mengingatkan parti agar tidak terikut-ikut dengan segala percaturan atau perbalahan yang hanya akan melemahkan parti secara dalaman terutama ketika fokus utamanya adalah untuk memenangi pilihan raya umum ke-15 (PRU15). “Untuk menang pilihanraya

RoS lulus pindaan perlembagaan UMNO

Image
RoS lulus pindaan perlembagaan UMNO Selanjutnya di:  https://pakdin.my/160188/ Jabatan Pendaftar Pertubuhan (RoS) meluluskan pindaan Perlembagaan UMNO agar pemilihan parti tidak lebih dari enam bulan selepas Pilihan Raya Umum (PRU). Setiausaha Agung UMNO, Datuk Seri Ahmad Maslan memaklumkan, perkara itu dimaklumkan menerusi sepucuk surat yang diterima beliau pada petang ini. Menurut beliau, surat itu memaklumkan RoS meluluskan dengan sedikit pindaan kepada permohonan berkaitan Perlembagaan UMNO dengan kelulusan itu berkuat kuasa hari ini. “RoS bersetuju kepada pindaan perlembagaan UMNO agar pemilihan di semua peringkat diadakan tidak boleh lebih daripada enam bulan selepas diadakan sesuatu Pilihan Raya Umum Parlimen (Dewan Rakyat).  “RoS juga meminta agar satu pemilihan perlu diadakan dalam satu penggal Pilihan Raya Umum Parlimen. Ini bermakna pemilihan UMNO untuk penggal ini hanya akan dibuat tidak lewat daripada enam bulan selepas PRU-15 diadakan,” katanya dalam kenyataan hari ini. S
Image
Jangan menari ikut pukulan gendang luar - Mohamad Selanjutnya di:  https://pakdin.my/159645 Setiap pimpinan UMNO perlu bersikap tenang dan tidak mengikut rentak mereka yang hanya mahu melihat perpecahan dalam parti. Enggan melatah dengan tuduhan dilemparkan, selain menyifatkan hanya kepimpinan dalam parti itu yang mengetahui perkara sebenar. Kedudukan pembahagian kerusi antara parti dalam BN masih kekal dengan status quo. Kepimpinan tertinggi UMNO dinasihatkan tidak 'menari' mengikut pukulan gendang pihak luar yang mendakwa UMNO kini berpecah kepada beberapa kem. Timbalan Presiden UMNO, Datuk Seri Mohamad Hassan, berkata setiap pimpinan UMNO perlu bersikap tenang dan tidak mengikut rentak mereka yang hanya mahu melihat perpecahan dalam parti. "Saya tak perasan pula ada banyak kem, tak ada (kem) pun. Orang nak panggil kem siapa-siapa biarlah. Asalkan kami tidak terikut-ikut dengan dakwaan itu. Bak kata orang, kita tak menari ikut apa yang mereka pukul gendang. "Dalam u

Akar umbi UMNO sebulat suara lulus usul pinda perlembagaan

Image
Akar umbi UMNO sebulat suara lulus usul pinda perlembagaan Selanjutnya di:  https://pakdin.my/158445     Kejayaan meluluskan usul meminda perlembagaan UMNO hasil daripada keputusan sebulat suara dari setiap akar umbi parti bagi memastikan parti itu berada dalam landasan terbaik dalam menghadapi pilihan raya umum (PRU) umum akan datang. Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata, apalah ertinya memenangi jawatan Presiden dan Timbalan Presiden akan tetapi UMNO tewas PRU akibat perpecahan parti hasil perebutan jawatan sebelum PRU. “Atas semangat mahukan kestabilan politik diperkukuh, tumpuan untuk memenangi PRU akan datang, kesemua kepimpinan tertinggi parti, bahagian dan akar umbi parti bersetuju untuk bersatu hati fokus kepada keutamaan untuk menang PRU terlebih dahulu,” katanya menerusi catatan di Facebook pada Ahad Menurutnya, UMNO mempunyai visi dan misi yang jelas untuk rakyat, masyarakat dan negara. Idea-idea transformasi telah banyak terbukti berjaya. “ Transformasi U