[VIDEO] PRU15: GRS setuju sokong calon BN, kata Zahid


[VIDEO] PRU15: GRS setuju sokong calon BN, kata Zahid

BACA seterusnya di: https://pakdin.my/160882/

Gabungan Rakyat Sabah (GRS) bersetuju menyokong semua calon Barisan Nasional (BN) pada pilihan raya umum ke-15 (PRU15), kata Presiden Umno Ahmad Zahid Hamidi.

Dalam sidang media, Zahid berkata beliau amat menghargai keputusan dibuat GRS selepas rundingan antara BN dan gabungan itu.

Kerajaan Sabah adalah gabungan antara ADUN daripada GRS dan BN.

GRS yang diterajui Ketua Menteri Sabah, Hajiji Noor terdiri daripada Bersatu, PBS, SAPP, STAR, dan Usno.

Dalam pada itu, Zahid turut memaklumkan BN menerima permohonan daripada parti-parti untuk menyertai gabungan itu.

Beliau berkata, permohonan yang dikemukakan akan diputuskan oleh Dewan Tertinggi BN.

https://youtu.be/uRVPj7Zh3X8

“Kami yakin dengan empat parti teras, lapan parti gabungan dan tujuh lagi parti baru yang mahu menyertai BN sebagai ‘friends of BN’ atau parti teras,” katanya.

Enam parti dilaporkan ingin menyertai gabungan itu termasuk Parti Bangsa Malaysia (PBM) yang dianggotai Zuraida Kamaruddin.

Comments

Popular posts from this blog

Jadual Perjalanan Dan Tambang KTM Komuter Sektor Utara - Padang Rengas - Bukit Mertajam

Tiga pasangan negara mara ke pusingan ketiga Kejohanan Dunia

Malaysia Milk tarik balik penjualan produk Marigold HL