[VIDEO] UMNO tidak akan meminda perlembagaan mengenai pertandingan jawatan tertinggi
[VIDEO] UMNO tidak akan meminda perlembagaan mengenai pertandingan jawatan tertinggi
BACA seterusnya di https://pakdin.my/161570/
Isham berkata UMNO tidak akan sesekali meminda perlembagaannya bagi membolehkan dua jawatan tertinggi iaitu Presiden dan Timbalan Presiden tidak dipertanding pada pemilihan parti.
Beliau berkata parti tidak pernah membangkitkan perkara itu dan mendakwa ia dibawa oleh pihak tertentu dengan niat memecahbelahkan UMNO.
Mengulas mengenai Perhimpunan Agung UMNO 2022 minggu depan, Isham berkata pelbagai perkara berbangkit akan dibincang termasuk isu kekalahan pada PRU15, kerjasama dalam Kerajaan Perpaduan dan pemilihan parti.
"Kita akan bincang mengenai pemilihan UMNO kerana dalam waktu kritikal ini, keadaan ekonomi tidak elok, kita berdepan risiko kerajaan bertukar lagi dan sekiranya UMNO tak stabil, banyak perkara akan terjadi.
"Jika tumbang kerajaan, berlaku lagi ketidakstabilan politik maka pelabur tak akan masuk. Apa akan jadi pada negara kita, jadi sebab itu saya kata pemilihan UMNO ini bukan hanya memberi kesan kepada UMNO sahaja sebaliknya seluruh negara terkesan dan menentukan apa akan jadi pada negara ini," katanya.
Perhimpunan Agung UMNO 2022, yang sebelum ini dijadualkan berlangsung dari 21 hingga 24 Dis 2022, telah ditangguhkan kepada 11 hingga 14 Jan 2023.
Comments
Post a Comment