Posts

Ahli Parlimen PKR, Darell Leiking hina Sultan Selangor: JAIS, lima NGO buat laporan polis

Image
Dalam kenyataannya yang merujuk satu laporan Malaysiakini bertajuk "Jais' Hari Raya sermon lauds Hadi's Bill, win over SIS in court", Darell menyatakan "It is beginning to look like the extremists are running the State of Selangor." Shah Alam: Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) bersama lima NGO lain membuat laporan polis terhadap Ahli Parlimen Penampang Darell Leiking di Balai Polis Seksyen 6, hari ini. Ia mengenai status yang dimuat naik Darell seolah-olah mendakwa kumpulan ekstremis kini mentadbir Selangor berikutan kandungan khutbah Aidilfitri yang menyentuh mengenai Rang Undang Undang Syariah. Pengarah JAIS Datuk Haris Kasim berkata, sehingga hari ini tiada penafian daripada Darell yang juga Naib Presiden PKR selepas memuat naik status dalam Facebooknya pada 7 Julai lalu jam 7.24 petang. "Laporan polis ini dbuat kerana kenyataan Darell yang dipetik daripada portal Malaysiakini merujuk kepada khutbah Hari Raya yang dibacakan di masjid di sel

Raja Muda Selangor jalani latihan bersama 17 RAMD

Image
Penglibatan anggota keluarga diraja dalam pasukan keselamatan Angkatan Tentera Malaysia bukan baharu. Bukan sahaja dilantik sebagai ahli kehormat, ramai daripada anggota keluarga diraja mengikuti latihan bersama pasukan atau unit-unit di bawah ATM. Terbaharu, Raja Muda Selangor, Tengku Amir Shah yang dilaporkan sedang mengikuti latihan ketenteraan bersama Batalion Ke-17 Rejimen Askar Melayu Diraja (RAMD) di Kem Terendak Melaka. Berdasarkan gambar yang disiarkan laman web Kementerian Pertahanan, Tengku Amir terbabit dalam pelbagai latihan antaranya penggunaan senjata dan kecergasan fizikal. Tengku Amir merupakan putera tunggal kepada baginda Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah dan dilahirkan pada 12 Disember 1990.

Jambatan ketiga: Kenyataan kerajaan Pulau Pinang mengelirukan

Image
Kementerian Kerja Raya tidak pernah meminta kerajaan Pulau Pinang mengemukakan sebarang cadangan baharu mengenai pembinaan jambatan ketiga Pulau Pinang sebagai syarat untuk meluluskan projek berkenaan. Menterinya, Datuk Seri Fadillah Yusof berkata, syarat Kementerian untuk meluluskan projek berkenaan tidak memerlukan kerajaan negeri tersebut berbuat demikian tetapi membuat permohonan dengan menyertakan sekali semua dokumen yang sedia ada sebagai cadangan pembinaan. Saya tidak memahami mengapa perlu ada kekeliruan di sini. Sama ada hendak diluluskan atau tidak, sama ada terdapat cadangan yang sedia ada atau terdapat sebarang cadangan baru, yang penting semua dokumen lain yang berkaitan projek perlu ada dalam setiap surat permohonan. "Kerajaan negeri tidak perlu terus menerus membuat kenyataan yang mengelirukan sedangkan perkara ini telah berlarutan selama dua bulan. Ini bukan sesuatu yang produktif bagi kedua-dua belah pihak untuk menyelesaikan perkara yang berbangkit,"

Pakatan Baharu: Apa pandangan PROTUN dan PAKATUN?

Image
Pakatan Baharu: Apa pandangan PROTUN dan PAKATUN? Mengapa bukan Ketua Pembangkang yang buat pengumuman. Anwar yang sedang dipenjarakan bersetuju?

Polis Tembak Mati Lelaki Bunuh Empat Ahli Keluarga

Image
GEORGE TOWN: Suspek kes bunuh empat sekeluarga di kilang pemprosesan ayam di Batu Maung di sini, ditembak mati oleh polis di Jalan Balik Pulau, Air Itam pada Khamis. Chung Chun Wah, 32, diburu polis sejak awal pagi Rabu selepas dia menembak mati empat anggota keluarganya termasuk anak saudaranya yang berusia dua tahun pada pukul 2.55 pagi. Chung ditembak berhampiran kuil Buddha Kek Lok Si, kuil Buddha yang terbesar di Asia Tenggara yang merupakan tempat tumpuan pelancong. Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Pulau Pinang Datuk Razaruddin Hussain berkata polis menembak mati lelaki itu kira-kira pukul 7 malam ini. "Penjenayah berjaya ditumpaskan di pekan Air Itam," katanya. Dalam kejadian pukul 2.55 pagi semalam, empat sekeluarga Toh Hock Choon, 50, dan pasangannya Tan Saw Sim, 55, serta Chung Wah Tong, 28, dan anak lelakinya Chung Ay Dey, 2, yang dikenali sebagai Ah Bee. Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar dalam twitternya ketika mengucapkan tahniah atas kejayaan

#LGErasuah - Mana dokumen projek Jambatan Ketiga Pulau Pinang...?

Image
Kementerian Kerja Raya mengesahkan bahawa kerajaan negeri Pulau Pinang masih belum mengemukakan sebarang dokumen atau menetapkan tarikh menemui kementerian berhubung projek jambatan ketiga. Menteri, Datuk Seri Fadillah Yusof dalam satu kenyataan pada Rabu berkata, kementeriannya menegaskan lagi bahawa ia komited dalam membuat penilaian adil terhadap cadangan jambatan ketiga itu, untuk menghubungkan Pulau Pinang dengan tanah besar. "Kami mengingatkan kerajaan Pulau Pinang agar berkongsi dengan kami semua dokumentasi relevan, agar kami dapat membuat keputusan bermaklumat demi kepentingan rakyat," kata beliau. Beliau menambah, satu daripada dokumen utama yang dikehendaki ialah kajian kebolehlaksanaan dan reka bentuk bernilai RM305 juta yang hampir siap yang telah ditauliahkan dan dibayar oleh Kerajaan Pulau Pinang untuk projek terowong bawah laut dan hubungan jalan raya berkaitan. Fadillah berkata dua bulan lepas, kerajaan Pulau Pinang telah mengesahkan bahawa kajian ber

Tuntutan China Laut China Selatan - Ambil tindakan terhadap “Superman bodoh” DAP!

Image
Keceluparan ahli DAP yang dikenali 'Superman' Hew Kuan Yau mengeluarkan kenyataan mendakwa Laut China Selatan milik China, diselar netizen. DAP digesa supaya tidak lagi menutup mata tetapi mengambil tindakan segera terhadap kenyataan Hew di laman sosial Facebooknya yang kelihatan tidak patriotik dan memperlekeh kedaulatan negara. Kenyataan berunsur lemah, tidak berasas dan tidak patriotik Hew boleh melemahkan hak dan kedaulatan Malaysia ke atas pulau-pulau yang sedang dipertikai (kepulauan Spratly dan lain-lain). Kenyataan Hew boleh melemahkan usaha yang dilakukan oleh pasukan tentera yang bertungkus-lumus menjaga laut dan sempadan untuk kepentingan dan kedaulatan negara. Kenyataannya juga melemahkan usaha-usaha yang dibuat oleh diplomat, peguam dan pegawai yang bekerja di kementerian hal ehwal luar negara untuk mendapatkan penyelesaian terbaik demi melindungi kedaulatan negara. Kenyataan Hew satu bentuk kejahilan sekali gus menyerlahkan Hew sebagai 'Superman Bodo