Ahli Parlimen PKR, Darell Leiking hina Sultan Selangor: JAIS, lima NGO buat laporan polis

Dalam kenyataannya yang merujuk satu laporan Malaysiakini bertajuk "Jais' Hari Raya sermon lauds Hadi's Bill, win over SIS in court", Darell menyatakan "It is beginning to look like the extremists are running the State of Selangor."

Shah Alam: Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) bersama lima NGO lain membuat laporan polis terhadap Ahli Parlimen Penampang Darell Leiking di Balai Polis Seksyen 6, hari ini.

Ia mengenai status yang dimuat naik Darell seolah-olah mendakwa kumpulan ekstremis kini mentadbir Selangor berikutan kandungan khutbah Aidilfitri yang menyentuh mengenai Rang Undang Undang Syariah.

Pengarah JAIS Datuk Haris Kasim berkata, sehingga hari ini tiada penafian daripada Darell yang juga Naib Presiden PKR selepas memuat naik status dalam Facebooknya pada 7 Julai lalu jam 7.24 petang.

"Laporan polis ini dbuat kerana kenyataan Darell yang dipetik daripada portal Malaysiakini merujuk kepada khutbah Hari Raya yang dibacakan di masjid di seluruh negeri pada 6 Julai lalu.

"Status dalam Facebooknya pada pandangan JAIS, dengan sengaja menghina Sultan Selangor sebagai Ketua Agama Islam Negeri Selangor, Jabatan Agama Islam, pihak berkuasa agama Islam serta pemimpin kerajaan di negeri ini.

"Kenyataan Darell juga boleh menghasut dan menimbulkan kemarahan umat Islam khususnya di negeri ini serta ketegangan di kalangan masyarakat dengan menganggap institusi agama Islam di Selangor cenderung ke arah fahaman 'ekstrimism'," katanya ditemui selepas membuat laporan itu.

Darrel dalam Facebooknya menuduh Selangor diperintah kumpulan ekstremis berikutan kandungan khutbah Aidilfitri yang menyentuh mengenai Rang Undang Undang Syariah.

"Ia kelihatan seperti ekstremis sedang mentadbir Selangor," kata Darrel dalam Facebooknya.

Haris berkata, teks khutbah itu hanya sekadar menyokong Rang Undang Undang yang dibentangkan di parlimen untuk memartabatkan serta memperkasakan Undang-undang Syariah dan Mahkamah Syariah di negara ini.

Selain itu katanya, ia juga dapat menggalakkan perpaduan dan kerjasama antara umat Islam di Selangor.

Comments

Popular posts from this blog

Jadual Perjalanan Dan Tambang KTM Komuter Sektor Utara - Padang Rengas - Bukit Mertajam

Tiga pasangan negara mara ke pusingan ketiga Kejohanan Dunia

Malaysia Milk tarik balik penjualan produk Marigold HL