Tuntutan China Laut China Selatan - Ambil tindakan terhadap “Superman bodoh” DAP!
Keceluparan ahli DAP yang dikenali 'Superman' Hew Kuan Yau mengeluarkan kenyataan mendakwa Laut China Selatan milik China, diselar netizen.
DAP digesa supaya tidak lagi menutup mata tetapi mengambil tindakan segera terhadap kenyataan Hew di laman sosial Facebooknya yang kelihatan tidak patriotik dan memperlekeh kedaulatan negara.
Kenyataan berunsur lemah, tidak berasas dan tidak patriotik Hew boleh melemahkan hak dan kedaulatan Malaysia ke atas pulau-pulau yang sedang dipertikai (kepulauan Spratly dan lain-lain).
Kenyataan Hew boleh melemahkan usaha yang dilakukan oleh pasukan tentera yang bertungkus-lumus menjaga laut dan sempadan untuk kepentingan dan kedaulatan negara.
Kenyataannya juga melemahkan usaha-usaha yang dibuat oleh diplomat, peguam dan pegawai yang bekerja di kementerian hal ehwal luar negara untuk mendapatkan penyelesaian terbaik demi melindungi kedaulatan negara.
Kenyataan Hew satu bentuk kejahilan sekali gus menyerlahkan Hew sebagai 'Superman Bodoh'.
Ini lebih-lebih lagi selepas Mahkamah Tetap Timbang Tara di The Hague mengeluarkan teguran undang-undang terhadap tuntutan maritim China di Laut China Selatan.
Menurut 'Superman', China memiliki Laut China Selatan dan sumber asli bernilai berbilion serta kelebihan perlindungan.
Sebagai seorang rakyat Malaysia yang amat prihatin terhadap kedaulatan negara, saya sangat marah dengan kenyataan tidak berasas dan tidak patriotik dilafazkan oleh orang pernah berkata 'screw orang melayu', kira-kira dua bulan lalu.
Hew, Superman Bodoh itu didisiplinkan kerana tiada cara lain selain itu.
Hew juga diserang pengguna-pengguna Facebook selepas memuatnaik status melabelkan mereka yang menentang tuntutan China ke atas Laut China Selatan sebagai anti-komunis.
Ini bukan kali pertama Hew terlibat dalam kontroversi.
Dia pernah menjadi tajuk utama sewaktu pilihan raya negeri Sarawak selepas videonya dia menggesa pengundi Cina di Batu Kitang supaya menyokong calon DAP, Abdul Aziz Isa agar mereka boleh "skru orang Melayu" dan "skru pegawai-pegawai Melayu yang mengamalkan rasuah" dimuatnaik di laman sosial.
Comments
Post a Comment