Posts

Suspek buang bayi ditahan selepas 60 jam larikan diri

Image
SIBU: Seorang wanita ditahan di Jambatan Sungai Selumit, Tanjung Manis petang semalam bagi membantu siasatan kes penemuan bayi lelaki berhampiran tong sampah di sini, Rabu lalu. Ketua Polis Daerah Sibu, Asisten Komisioner Saiful Bahri Abdullah, ketika dihubungi mengesahkan penahanan itu yang dibuat hasil maklumat risikan dan aduan awam. "Kita menahan suspek sekitar jam 6 petang di bawah Jambatan Sungai Selumit, Tanjung Manis, selepas menjejakinya dalam tempoh 60 jam susulan penemuan bayi itu," katanya. Hasil keterangan direkodkan mendapati suspek yang berusia 23 tahun bertindak demikian kerana berasa malu dan takut diketahui hamil luar nikah. "Sejurus melahirkan bayi itu, suspek meletakkannya di tepi tong sampah di Jalan Lai Chee sebelum melarikan diri ke kampung dengan menaiki bas. "Tiga murid yang dalam perjalanan ke sekolah menyedari kehadiran bayi itu sebelum diselamatkan oleh seorang wanita yang dimaklumkan mengenainya," katanya. Gadis berasal

Lompat parti kerana kekayaan Shafie Apdal - Ketua DAP Sarawak

Image
Ketua DAP Sarawak, Chong Chieng Jen menyelar bekas rakan-rakan seangkatannya di Sabah yang keluar dari parti untuk menyertai parti berasaskan tempatan. Chong berkata, hujah berbuat demikian kerana hanya 'parti tempatan boleh mempertahankan hak tempatan' hanyalah alasan. Sebaliknya, beliau mendakwa sebab sebenar mereka 'melompat' berkait dengan kekayaan yang dimiliki oleh bekas naib presiden Umno, Datuk Mohd Shafie Apdal. "Sekarang, ekoran kekayaan Shafie Apdal, ramai ahli politik telah meraih manfaat dan meninggalkan agenda sebenar ideologi politik dan pembaharuan. "Ini adalah ciri-ciri katak politik," kata Chong dalam kenyataan, hari ini. "Bagi mereka yang telah keluar DAP dan PKR atas alasan sentimen 'parti tempatan', komen saya adalah mereka adalah ahli politik oportunis," katanya dalam kenyataan berbahasa Inggeris. Baru-baru ini, Pengerusi PKR Sabah Datuk Lajim Ukin mengumumkan keluar dari parti itu bersama du

MAD: SINGKATAN UNTUK ‘MAHATHIR ACCEDES DEFEAT’

Image
Apabila Mahathir menghina (atau menyangka bahawa beliau telah menghina) pasukan media Najib dan ' Boffin Boys ' pada 28 September 2016, dia tidak sedar dia bukan sahaja memuji pesaing tetapi beliau juga pada masa yang sama mengakui kekalahannya. Tanpa disedari, Mahathir mengakui beliau telah kehilangan pasukan media atau perang propaganda. 2. Apabila Tun Dr Mahathir Mohamad menulis pada posting blog, Propaganda, pada 28 September 2016, kita boleh melihat, bahwa ia benar-benar meroyan, atau terlalu gila, 'mad as hell' kata orang putih. Orang tua tidak menahan tumbukan dan dengan pantas mengecam dan marah. ( BACA DI SINI ) 3. Dalam artikel itu, Mahathir bercakap mengenai Goebbels , yang ditujukan kepada Salleh Said Keruak, Tengku Adnan Tengku Mansor, Abdul Rahman Dahlan, dan Tengku Sariffuddin Tengku Ahmad, ditambah blogger ' Big Dog ' (Zakir Mohamad) dan ' Rocky Bru ' (Ahirudin Attan), sebagai ' Goebbels ' Perdana Mente

Bendera Malaysia Dijadikan Seluar Dalam Di F1 Sepang

Image
ADAKAH litar F1 kini dijadikan medan untuk mempersenda dan menghina negara kita? Siapa dalang disebalik tindakan keji ini? Semalam bendera Malaysia dijadikan seluar dalam dan di pakai oleh beberapa anak muda di litar F1 Sepang. Kita tidak dapat memastikan samada mereka rakyat Malaysia atau bukan. Cuma kita pasti mereka ini tidak layak digelar rakyat Malaysia. Sejak kebelakangan ini pembangkang dan penyokong mereka sering mengeluarkan kenyataan dan mengambil tindakan yang memalukan agama Islam, bangsa Melayu dan negara. Oleh itu kami mendesak agar pihak berkuasa mengambil tindakan tegas terhadap mereka yang tidak beradab dan tidak bermaruah ini. Mereka tidak layak tinggal di bumi bertuah ini. Menurut sumber terkini, kesemua mereka telah ditahan namun kami tidak dapat memastikan bentuk hukuman ke atas mereka yang tidak beradab ini.

ADUN DAP Sabah: Dulu Anti Katak Sekarang Jadi Katak.

Image
ADUN Likas, Junz Wong mengumumkan bahawa dia telah meninggalkan DAP hari ini bersama sebilangan besar pemimpin DAP tetapi dia tidak meletakkan jawatan sebagai ADUN. Mari kita lihat apa Junz Wong lakukan dan kata kurang daripada 3 tahun yang lalu. "DAP Sabah telah melancarkan kempen tandatangan bagi memaksa bekas penasihatnya, Hiew King Cheu, mengosongkan kerusi DUN Luyang berikutan peletakan jawatan beliau daripada parti. Anggota Dewan Undangan Negeri Likas DAP Junz Wong berkata usaha untuk mendapatkan sokongan orang ramai untuk menghantar mesej kepada semua ahli-ahli politik yang dipilih untuk menolak "budaya politik katak' yang telah wujud di Sabah sejak 50 tahun yang lalu." Kurang dari 3 tahun yang lalu, beliau telah melancarkan kempen untuk menamatkan "budaya katak politik ' Kurang dari 3 tahun kemudian, Junz sendiri menjadi katak politik. Masih mahu percaya dengan pemimpin DAP? - http://www.thestar.com.my/news/nation/2013/10/09/sabah-dap

Pelajar Senior Rogol Rakan Sekolah Dalam Bilik Stor

Image
MELAKA:  Dua pelajar senior didakwa merogol pelajar perempuan berusia 13 tahun di dalam kawasan sekolah di Jasin dekat sini. Pelajar perempuan tingkatan satu itu mendakwa diheret masuk ke dalam bilik stor oleh dua pelajar senior kira-kira pukul 2.30 petang Selasa. Sebaik berada di bilik itu, kedua-dua pelajar senior itu didakwa menanggalkan pakaian mangsa sebelum merogolnya. Seorang kakitangan pentadbiran yang melalui kawasan kejadian, terdengar bunyi teriakan dan bergegas masuk ke dalam bilik stor itu untuk melakukan pemeriksaan. Terkejut dengan kehadirannya, dua pelajar lelaki itu melarikan diri dan pelajar perempuan itu dibawa ke pejabat pengetua. Semasa di bilik pengetua, pelajar wanita itu menceritakan bagaimana dia diheret masuk ke dalam bilik stor dan dibogelkan sebelum dirogol. Difahamkan salah seorang pelajar lelaki mengaku melakukan perbuatan itu ketika disoal siasat pada keesokan harinya. Namun dia mendakwa pelajar pere

Kerajaan layan pemimpin DAP dengan baik, beri pinjaman mudah RM16.2 juta

Image
Kerajaan layan pemimpin Kerajaan layan pemimpin DAP dengan baik, beri pinjaman mudah RM16.2 juta Special Purpose Vehicle(SPV), Forest Plantation Development Sdn. Bhd. Yang ditubuhkan oleh Lembaga Perindustrian Kayu Malaysia (MTIB) telah memberikan pinjaman mudah RM16.2 juta kepada Nga Kor Ming dan syarikat pembalakan Ngeh Koo Ham. MTIB ini adalah di bawah Kementerian Perusahaan Perladangan dan Komoditi, yang Presiden Gerakan Mah Siew Keong baru-baru ini mengambil alih sebagai Menteri. Adakah benar bahawa kerajaan memberi pinjaman mudah RM16.2 juta kepada YB Nga dan YB Ngeh itu Upayapadu Plantation Bhd. Pinjaman mudah RM16.2 juta pada mulanya diberikan kepada pemilik Upayapadu sebelum ini oleh Forest Development Plantation Sdn Bhd. Special Purpose Vehicle (SPV), Forest Plantation Development Sdn. Bhd. Telah ditubuhkan oleh Lembaga Perindustrian Kayu Malaysia (MTIB) untuk menguruskan pengeluaran pinjaman mudah, menjalankan proses pengaudita