Posts

DAP Tak Perlu Rayu, PAS Tidak Akan Sertai Bersih

Image
DAP perlu faham dengan pendirian PAS bahawa parti Islam itu tidak akan berganjak daripada keputusan asal untuk tidak menyertai perhimpunan Bersih pada 19 November ini. Meskipun dirayu Setiausaha Agungnya, Lim Guan Eng, namun Ketua Penerangan PAS, Nasruddin Hassan berkata keputusan telah dibuat dengan lebih awal dan sepatutnya semua pihak perlu hormat dengan keputusan tersebut. "Dia (Lim Guan Eng) nak cakap apa pun cakaplah, kita tak kisah, sebab apa yang Datuk Takiyuddin dah cakap adalah keputusan parti, bukan keputusan peribadi. "Jadi mereka semua perlu hormatlah," katanya ketika dihubungi. DAP seolah-olah terus merayu ahli-ahli PAS supaya turut serta dalam perhimpunan Bersih 5.0 yang akan diadakan pada 19 November ini. Ini kerana Guan Eng berkata, beliau berharap pihak yang sebelum ini pernah menyokong Bersih tetapi bertindak meninggalkan organisasi itu kembali semula kononnya untuk memperjuangkan pilihan raya umum yang bersih. Namun sebelum ini Setiausaha

Muhyiddin Kena Kencing Lagi Oleh Mahathir

Image
Terlalu malang bagi Muhyiddin kena U-turn dan KENCING oleh Mahathir di dalam satu temu bual terkini Mahathir bersama Malaysiakini. Memberi laluan kepada Boboi  kerana sebagai bapa beliau sudah  membmeangkang masa depan  Biboi mungkin menjadi Perdana Menteri. (Seolah-olah dunia tak tahu hasrat dia tetapi sekurang-kurangnya sekarang dia lebih jujur). Gerakan "Selamatkan Boboi" diteruskan oleh Mahathir dengan sokongan geng Cap Bunga. --- http://www.malaysiakini.com/news/358489

DAP tuduh PAS Kelantan Main Isu Perkauman - Sebenarnya Merujuk Kepada Mereka Sendiri

Image
Hari ini, Lim Guan Eng menggunakan data statistik  Jabatan Perangkaan untuk menghina PAS dan Kelantan dengan mengatakan Kelantan mempunyai pendapatan per kapita KDNK paling rendah di kalangan semua negeri. Lim Guan Eng telah menggunakan data ini dengan mendakwa Kerajaan negeri PAS Kelantan tidak tahu menguruskan ekonomi mereka dan terpaksa memainkan isu perkauman - seperti dilaporkan dalam artikel Mkini hari ini: ''Those who can't manage economy, will play racial card": http://www.malaysiakini.com/news/358424 Lim Guan Eng bangga apabila menggunakan ini untuk menghentam PAS dan Kelantan. Walau bagaimanapun, Lim Guan Eng tidak menyebut bahawa berdasarkan statistik yang sama yang digunapakai oleh beliau, Pulau Pinang berada jauh dibawah dari segi peratus pertumbuhan asas per kapita KDNK Negeri sejak 2007. Sementara  Kuala Lumpur naik lebih daripada dua kali ganda, per kapita KDNK Pulau Pinang hanya meningkat 44.5% dan telah dipintas oleh Labuan! Malah, Kelantan

Suspek buang bayi ditahan selepas 60 jam larikan diri

Image
SIBU: Seorang wanita ditahan di Jambatan Sungai Selumit, Tanjung Manis petang semalam bagi membantu siasatan kes penemuan bayi lelaki berhampiran tong sampah di sini, Rabu lalu. Ketua Polis Daerah Sibu, Asisten Komisioner Saiful Bahri Abdullah, ketika dihubungi mengesahkan penahanan itu yang dibuat hasil maklumat risikan dan aduan awam. "Kita menahan suspek sekitar jam 6 petang di bawah Jambatan Sungai Selumit, Tanjung Manis, selepas menjejakinya dalam tempoh 60 jam susulan penemuan bayi itu," katanya. Hasil keterangan direkodkan mendapati suspek yang berusia 23 tahun bertindak demikian kerana berasa malu dan takut diketahui hamil luar nikah. "Sejurus melahirkan bayi itu, suspek meletakkannya di tepi tong sampah di Jalan Lai Chee sebelum melarikan diri ke kampung dengan menaiki bas. "Tiga murid yang dalam perjalanan ke sekolah menyedari kehadiran bayi itu sebelum diselamatkan oleh seorang wanita yang dimaklumkan mengenainya," katanya. Gadis berasal

Lompat parti kerana kekayaan Shafie Apdal - Ketua DAP Sarawak

Image
Ketua DAP Sarawak, Chong Chieng Jen menyelar bekas rakan-rakan seangkatannya di Sabah yang keluar dari parti untuk menyertai parti berasaskan tempatan. Chong berkata, hujah berbuat demikian kerana hanya 'parti tempatan boleh mempertahankan hak tempatan' hanyalah alasan. Sebaliknya, beliau mendakwa sebab sebenar mereka 'melompat' berkait dengan kekayaan yang dimiliki oleh bekas naib presiden Umno, Datuk Mohd Shafie Apdal. "Sekarang, ekoran kekayaan Shafie Apdal, ramai ahli politik telah meraih manfaat dan meninggalkan agenda sebenar ideologi politik dan pembaharuan. "Ini adalah ciri-ciri katak politik," kata Chong dalam kenyataan, hari ini. "Bagi mereka yang telah keluar DAP dan PKR atas alasan sentimen 'parti tempatan', komen saya adalah mereka adalah ahli politik oportunis," katanya dalam kenyataan berbahasa Inggeris. Baru-baru ini, Pengerusi PKR Sabah Datuk Lajim Ukin mengumumkan keluar dari parti itu bersama du

MAD: SINGKATAN UNTUK ‘MAHATHIR ACCEDES DEFEAT’

Image
Apabila Mahathir menghina (atau menyangka bahawa beliau telah menghina) pasukan media Najib dan ' Boffin Boys ' pada 28 September 2016, dia tidak sedar dia bukan sahaja memuji pesaing tetapi beliau juga pada masa yang sama mengakui kekalahannya. Tanpa disedari, Mahathir mengakui beliau telah kehilangan pasukan media atau perang propaganda. 2. Apabila Tun Dr Mahathir Mohamad menulis pada posting blog, Propaganda, pada 28 September 2016, kita boleh melihat, bahwa ia benar-benar meroyan, atau terlalu gila, 'mad as hell' kata orang putih. Orang tua tidak menahan tumbukan dan dengan pantas mengecam dan marah. ( BACA DI SINI ) 3. Dalam artikel itu, Mahathir bercakap mengenai Goebbels , yang ditujukan kepada Salleh Said Keruak, Tengku Adnan Tengku Mansor, Abdul Rahman Dahlan, dan Tengku Sariffuddin Tengku Ahmad, ditambah blogger ' Big Dog ' (Zakir Mohamad) dan ' Rocky Bru ' (Ahirudin Attan), sebagai ' Goebbels ' Perdana Mente

Bendera Malaysia Dijadikan Seluar Dalam Di F1 Sepang

Image
ADAKAH litar F1 kini dijadikan medan untuk mempersenda dan menghina negara kita? Siapa dalang disebalik tindakan keji ini? Semalam bendera Malaysia dijadikan seluar dalam dan di pakai oleh beberapa anak muda di litar F1 Sepang. Kita tidak dapat memastikan samada mereka rakyat Malaysia atau bukan. Cuma kita pasti mereka ini tidak layak digelar rakyat Malaysia. Sejak kebelakangan ini pembangkang dan penyokong mereka sering mengeluarkan kenyataan dan mengambil tindakan yang memalukan agama Islam, bangsa Melayu dan negara. Oleh itu kami mendesak agar pihak berkuasa mengambil tindakan tegas terhadap mereka yang tidak beradab dan tidak bermaruah ini. Mereka tidak layak tinggal di bumi bertuah ini. Menurut sumber terkini, kesemua mereka telah ditahan namun kami tidak dapat memastikan bentuk hukuman ke atas mereka yang tidak beradab ini.