DAP tuduh PAS Kelantan Main Isu Perkauman - Sebenarnya Merujuk Kepada Mereka Sendiri

Hari ini, Lim Guan Eng menggunakan data statistik  Jabatan Perangkaan untuk menghina PAS dan Kelantan dengan mengatakan Kelantan mempunyai pendapatan per kapita KDNK paling rendah di kalangan semua negeri.

Lim Guan Eng telah menggunakan data ini dengan mendakwa Kerajaan negeri PAS Kelantan tidak tahu menguruskan ekonomi mereka dan terpaksa memainkan isu perkauman - seperti dilaporkan dalam artikel Mkini hari ini: ''Those who can't manage economy, will play racial card": http://www.malaysiakini.com/news/358424

Lim Guan Eng bangga apabila menggunakan ini untuk menghentam PAS dan Kelantan.

Walau bagaimanapun, Lim Guan Eng tidak menyebut bahawa berdasarkan statistik yang sama yang digunapakai oleh beliau, Pulau Pinang berada jauh dibawah dari segi peratus pertumbuhan asas per kapita KDNK Negeri sejak 2007.

Sementara  Kuala Lumpur naik lebih daripada dua kali ganda, per kapita KDNK Pulau Pinang hanya meningkat 44.5% dan telah dipintas oleh Labuan!

Malah, Kelantan mencatatkan pertumbuhan lebih cepat daripada Pulau Pinang pada pertumbuhan 73.9% - jauh mengatasi Pulau Pinang 44.5%.

Lebih membimbangkan bagi rakyat Pulau Pinang yang telah ditipu adalah berdasarkan kadar pertumbuhan semasa Pulau Pinang tidak lama lagi akan dipintas  oleh Sarawak, Selangor, Melaka dan Negeri Sembilan.

Lim Guan Eng gagal. DAP juga gagal.

Jika Malaysia muflis seperti apa yang sering di gembar gemburkan oleh DAP maka DAP dan Lim Guan Eng perlu memikul tanggungjawab besar kerana prestasi mereka paling teruk berbanding yang lain.

Tetapi propaganda DAP berterusan untuk menipu rakyat Pulau Pinang dengan propaganda berterusan RBA dan menipu kenyataan akhbar walaupun Pulau Pinang  terus tenggelam ldan kilang-kilang meninggalkan negeri tersebut.

Sepertimana apa yang dikatakan oleh Lim Guan Eng hari ini 'Mereka yang tidak boleh mengurus ekonomi, akan memainkan isu perkauman' ".

Tidak hairanlah superman DAP, Hew Kuan Yau mahu menggunakan Melayu untuk Skrew Melayu.

Sungguhpun kenyataannya ultra-perkauman, DAP berdiam dan tidak pernah menghukum Superman Hew atas oerbuatan beliau.

Nor did DAP punish Nga Kor Ming's dedak raya or America raya insults.

DAP juga tidak menghukum Nga Kor Ming atas penghinaan dedak raya atau raya Amerika.

-------------
Rujukan:
2007: https://www.statistics.gov.my/images/stories/files/LatestReleases/gdp%20negeri/Jadual_5.pdf

2015:
https://www.statistics.gov.my/index.php?r=column/cthemeByCat&cat=102&bul_id=Y1NNYUhXOG14MTNQeEpCbXJVNURkZz09&menu_id=TE5CRUZCblh4ZTZMODZIbmk2aWRRQT09
----
Ketahui lebih lanjut:
DAP Penang: If you repeat them enough times ...(PART I)
http://limsiansee.blogspot.my/2016/07/dap-penang-if-you-repeat-them-enough.html

Penang financial management: An unsustainable bloat?
http://limsiansee.blogspot.my/2016/01/penang-financial-management.html

Comments

Popular posts from this blog

Jadual Perjalanan Dan Tambang KTM Komuter Sektor Utara - Padang Rengas - Bukit Mertajam

Tiga pasangan negara mara ke pusingan ketiga Kejohanan Dunia

Malaysia Milk tarik balik penjualan produk Marigold HL