Posts

Penggunaan ICU, katil hospital, PKRC di Kelantan meningkat

Image
Penggunaan ICU, katil hospital, PKRC di Kelantan meningkat [Sumber: https://pakdin.my/?p=154912] KOTA BHARU: Peningkatan kes COVID-19 di Kelantan sejak dua minggu lalu menyebabkan penggunaan unit rawatan rapi (ICU), katil hospital dan Pusat Kuarantin dan Rawatan COVID-19 Berisiko Rendah (PKRC) meningkat Pengarah Jabatan Kesihatan Negeri Kelantan (JKNK), Datuk Dr Zaini Hussin, berkata penggunaan ICU untuk pesakit COVID-19 adalah 47 peratus, diikuti katil hospital bukan kritikal adalah 84 peratus dan PKRC sebanyak 63 peratus. Katanya, peningkatan ini disebabkan ada kes individu yang positif COVID-19 dalam kategori 3, 4 dan 5. "Namun, kes bagi ketiga-tiga kategori itu tidak membimbangkan kerana kebanyakan kes yang positif COVID-19 harian adalah dalam kategori 1 dan 2. "Kebanyakan pesakit juga hanya menjalani kuarantin kendiri di rumah dalam tempoh yang ditetapkan bagi mengelakkan jangkitan kepada individu yang lain," katanya ketika dihubungi di sini, hari ini. Dr Zaini berk

10 fakta Bangkok tukar nama kepada Krung Thep Maha Nakhon

Image
10 fakta Bangkok tukar nama kepada Krung Thep Maha Nakhon [Sumber:  https://pakdin.my/?p=154909 ] BANGKOK adalah ibu negara Thailand dan ia sebuah tempat yang padat dengan penduduk serta pelancong asing dari pelbagai negara. Ia merupakan sebuah destinasi yang sangat menakjubkan dan luar biasa untuk dilawati. Bangkok juga diberi jolokan 'Venice Timur' kerana memiliki laluan Sungai Chao Phraya yang begitu menakjubkan. Namun kini nama rasmi ibu kota Thailand itu telah ditukarkan menjadi Krung Thep Mana Nakhon. Perkara tersebut telah diumumkan Pejabat Diraja Thailand (ORST). Menurut laporan The Bangkok Post, berikut 10 fakta mengenainya; 1. Bagaimanapun, nama Bangkok masih digunakan sebagai sandaran rujukan. 2. Kabinet Thailand pada Selasa (15 Feb) meluluskan draf pengumuman Pejabat Perdana Menteri mengenai kemas kini nama negeri, wilayah, zon pentadbiran dan ibu kota, seperti dicadangkan ORST. 3. Nama rasmi baru Bangkok iaitu Krung Thep Maha Nakhon, tidak akan digunakan sehingga i

[Video] BATC 2022: Zii Jia tewaskan juara dunia dengan kemenangan 'straight set'

Image
BATC 2022: Zii Jia tewaskan juara dunia dengan kemenangan 'straight set' [Sumber: https://pakdin.my/?p=154884 ] SKUAD badminton lelaki negara menyingkap tirai kempen peringkat Kumpulan B Kejuaraan Badminton Berpasukan Asia (BATC) 2022 dengan langkah penuh bergaya apabila menewaskan Singapura 5-0 di Pusat Konvensyen Setia City, Shah Alam pada Rabu. Pemain perseorangan nombor satu negara, Lee Zii Jia menghadirkan mata pertama Malaysia apabila mudah menjinakkan pemain Singapura, Loh Kean Yew straight set 21-6, 21-14. Kemenangan juara Seluruh England itu ke atas juara Kejuaraan Dunia dalam aksi pertama sekali gus menyamakan rekod pertemuan sebelum ini kepada 2-2. Pasangan beregu lelaki negara Aaron Chia-Soh Wooi Yik pula tidak berdepan masalah menjinakkan Danny Chrisnanta-Koh Eng Keat 21-14, 21-12, sekali gus membolehkan Malaysia mendahului 2-0. Bagaimanapun permain perseorangan kedua negara, Ng Tze Yong dipaksa bermandi peluh bagi meneruskan momentum positif pasukan apabila bangki

[Video] Hilux terjunam dalam sungai ditarik keluar, pemandu masih hilang

Image
Hilux terjunam dalam sungai ditarik keluar, pemandu masih hilang [Sumber: https://pakdin.my/?p=154876 ] BESUT - Kenderaan pacuan empat roda jenis Toyota Hilux yang terjunam ke dalam Sungai Keluang Besar dekat jambatan Tembila, disini telah dijumpai dan dinaikkan ke darat dengan bantuan kren pada petang Rabu. Ketua Balai Bomba Dan Penyelamat (BBP) Besut, Mohamad Jusoh berkata, kenderaan itu dijumpai di dasar sungai sedalam kira-kira empat meter pada jam 5.15 petang dan berjaya dinaikkan jam 6.25 petang. Beliau bagaimanapun berkata, hasil pemeriksaan mendapati jasad mangsa, Shukri Wahab, 52 tidak ditemui dalam kenderaan tersebut. "Jarak kenderaan ketika ditemui dari lokasi kejadian di Jambatan Tembila dianggarkan kira-kira 10 meter," katanya ketika kepada pemberita pada Rabu. Menurut Mohamad, pasukan penyelamat akan meluaskan radius pencarian jika mangsa masih belum ditemui pada Khamis. Katanya, operasi mencari dan menyelamat mangsa akan diteruskan menerusi teknik pencarian di

[Video] Rompakan di Lukut seperti aksi dalam filem

Image
[Video] Rompakan di Lukut seperti aksi dalam filem [Sumber: https://pakdin.my/?p=154871 ] PORT DICKSON: Seperti dalam filem. Itu aksi kes rompakan barangan kemas oleh sekumpulan perompak sebelum kenderaan dinaiki mereka terbabas dan kemudian terbalik ketika dikejar mangsa. Namun semua suspek berjaya melarikan diri dengan kenderaan lain milik rakan mereka. Ketua Polis Daerah Port Dickson, Superintendan Aidi Sham Mohamed, berkata dalam kejadian di sebuah stesen minyak di Lukut, dekat sini, kira-kira jam 10.15 pagi tadi, suspek melarikan tiga beg berisi barang kemas, sebuah telefon bimbit, wang tunai dan dokumen peribadi milik mangsa sebelum melarikan diri. "Mangsa berusia 50 tahun yang juga pemilik kedai emas di bandar Port Dickson, menaiki kereta Toyota Camry mendakwa, semasa berhenti di stesen minyak Shell menghala Lukut, dia diserang sekumpulan lima lelaki bersenjatakan parang dan menaiki dua kenderaan. "Suspek dikatakan menghalang kereta mangsa dari arah hadapan dan belakan

[Video] Lebih 50 rumah atas air di Kampung Landung Ayang terbakar

Image
[Video] Lebih 50 rumah atas air di Kampung Landung Ayang terbakar [Sumber: https://pakdin.my/?p=154863 ] KUDAT: Dianggarkan lebih 50 rumah atas air di Kampung Landung Ayang, di sini, musnah dalam kebakaran setakat jam 7 malam ini. Bagaimanapun, tiada sebarang kecederaan atau kemalangan jiwa dilaporkan dan usaha memadamkan api sedang giat dijalankan. Jurucakap Pusat Gerakan Operasi (PGO) Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sabah berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan pada jam 4.26 petang. Katanya, sepasukan 15 anggota dan pegawai bersama dua jentera serta van Unit Bantuan Perkhidmatan Kecemasan (ERMS) dikerahkan bergegas ke lokasi kejadian. "Operasi memadam kebakaran dilakukan pasukan Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Kudat dengan dibantu pasukan BBP Kota Marudu. "Sehingga kini, usaha memadamkan api kebakaran sedang giat dijalankan dan api masih belum dapat dikawal ," katanya dalam kenyataan media, hari ini. Katanya, operasi pemadaman itu juga turut dijala

Malaysia 'smash' Jepun

Image
Malaysia 'smash' Jepun [Sumber: https://pakdin.my/?p=154860 ] SKUAD badminton wanita negara membuka tirai peringkat kumpulan Y Kejohanan Badminton Berpasukan Asia (BATC) 2022 dengan langkah kanan apabila berjaya menewaskan Jepun 3-2 dalam aksi di Pusat Konvensyen Setia City, Shah Alam pada Selasa. Pada perlawanan tersebut, Malaysia terlebih dahulu ketinggalan 0-2 susulan kekalahan dua pemain perseorangan wanita utama, S Kisona dan Eoon Xi Quan. Kisona terpaksa akur apabila tewas di tangan pemain Jepun, Natsuki Nidaira 12-21, 16-21, manakala Xi Quan tunduk kepada Riko Gunji 17-21, 7-21. Bagaimanapun, perseorangan remaja negara, Siti Nurshuhaini Azman berjaya menyekat Jepun daripada mendahului 3-0 ke atas Malaysia apabila berjaya meraih kemenangan straight set 21-16, 22-20 menumpaskan perseorangan Jepun, Hina Akechi. Kemenangan itu nyata menyuntik semangat beregu wanita, Pearly Tan dan Valeree Siow yang meneruskan momentum positif apabila menewaskan Rui Hirokami dan Yuna Kato. Pe