10 fakta Bangkok tukar nama kepada Krung Thep Maha Nakhon


10 fakta Bangkok tukar nama kepada Krung Thep Maha Nakhon

[Sumber: https://pakdin.my/?p=154909]

BANGKOK adalah ibu negara Thailand dan ia sebuah tempat yang padat dengan penduduk serta pelancong asing dari pelbagai negara.

Ia merupakan sebuah destinasi yang sangat menakjubkan dan luar biasa untuk dilawati.

Bangkok juga diberi jolokan 'Venice Timur' kerana memiliki laluan Sungai Chao Phraya yang begitu menakjubkan.

Namun kini nama rasmi ibu kota Thailand itu telah ditukarkan menjadi Krung Thep Mana Nakhon.

Perkara tersebut telah diumumkan Pejabat Diraja Thailand (ORST).

Menurut laporan The Bangkok Post, berikut 10 fakta mengenainya;

1. Bagaimanapun, nama Bangkok masih digunakan sebagai sandaran rujukan.

2. Kabinet Thailand pada Selasa (15 Feb) meluluskan draf pengumuman Pejabat Perdana Menteri mengenai kemas kini nama negeri, wilayah, zon pentadbiran dan ibu kota, seperti dicadangkan ORST.

3. Nama rasmi baru Bangkok iaitu Krung Thep Maha Nakhon, tidak akan digunakan sehingga ia diteliti jawatankuasa yang menguruskan semua draf rang undang-undang.

4. Kabinet juga meminta panel jawatankuasa itu unutk mempertimbangkan pemerhatian lanjutan dari Kementerian Luar.

5. Pengumuman itu yang diluluskan dalam mesyuarat kabinet mingguan pada Selasa, menyatakan bahawa jawatankuasa ORST mengenai kamus nama geografi antarabangsa, yang merangkumi pakar dari Kementerian Luar, mengemas kini ejaan nama negeri, wilayah, zon pentadbiran dan ibu kota supaya ia sejajar dengan situasi terkini.

6. Panel itu kemudian menyerahkan senarai tersebut kepada Pejabat PM untuk membuat pengumuman.

7. Dalam pengumuman yang sama, ORST juga mengemas kini ejaan rasmi bagi negara-negara lain termasuk Rome dan Roma bagi ibu kota Itali, ibu kota Myanmar dari Yangon kepada Nay Pyi Taw dan mengubah nama Nepal kepada Republik Persekutuan Demokratik Nepal.

8. Menurut Timbalan jurucakap kerajaan, Ratchda Dhanadirek pada Rabu memberitahu, tidak banyak yang berubah apabila nama baharu itu diperkenalkan.

9. Nama Thai, Krung Thep Maha Nakhon, hanya akan digunakan sebagai nama dan urusan rasmi bandar raya itu, sementara nama Bangkok masih ditulis dalam kurungan sebagai rujukan.

10. Di laman Facebook ORST juga dinyatakan bahawa kedua-dua nama itu - Krung Thep Maha Nakhon dan Bangkok, boleh digunakan. Penjelasan itu dibuat selepas pengumuman perubahan itu mengundang kritikan awam.

Comments

Popular posts from this blog

Jadual Perjalanan Dan Tambang KTM Komuter Sektor Utara - Padang Rengas - Bukit Mertajam

Majlis Raja-Raja isytihar Sultan Johor, Yang di-Pertuan Agong ke-17

Racun perosak dalam makanan mengurangkan jumlah sperma