[Video] Hilux terjunam dalam sungai ditarik keluar, pemandu masih hilang




Hilux terjunam dalam sungai ditarik keluar, pemandu masih hilang

[Sumber: https://pakdin.my/?p=154876]

BESUT - Kenderaan pacuan empat roda jenis Toyota Hilux yang terjunam ke dalam Sungai Keluang Besar dekat jambatan Tembila, disini telah dijumpai dan dinaikkan ke darat dengan bantuan kren pada petang Rabu.

Ketua Balai Bomba Dan Penyelamat (BBP) Besut, Mohamad Jusoh berkata, kenderaan itu dijumpai di dasar sungai sedalam kira-kira empat meter pada jam 5.15 petang dan berjaya dinaikkan jam 6.25 petang.

Beliau bagaimanapun berkata, hasil pemeriksaan mendapati jasad mangsa, Shukri Wahab, 52 tidak ditemui dalam kenderaan tersebut.

"Jarak kenderaan ketika ditemui dari lokasi kejadian di Jambatan Tembila dianggarkan kira-kira 10 meter," katanya ketika kepada pemberita pada Rabu.

Menurut Mohamad, pasukan penyelamat akan meluaskan radius pencarian jika mangsa masih belum ditemui pada Khamis.

Katanya, operasi mencari dan menyelamat mangsa akan diteruskan menerusi teknik pencarian di permukaan.

Pada Rabu, seorang peniaga dikhuatiri lemas selepas kenderaan Toyota Hilux dipandu bersama isterinya, Azizah Mohamad Yusof, 51, hilang kawalan sebelum terjunam ke dalam sungai dalam kejadian jam 6 pagi.

Pasangan suami isteri itu dikatakan dalam perjalanan ke Kuala Terengganu dari rumah mereka di Tawang, Bachok, Kelantan.

Isteri mangsa bagaimanapun dijumpai selamat selepas berpaut pada sebatang pokok di tebing sungai dan kini dirawat di Hospital Besut.

Hilux terjunam dalam Sungai Keluang Besar, Besut ditarik keluar, pemandu masih hilang

Comments

Popular posts from this blog

Jadual Perjalanan Dan Tambang KTM Komuter Sektor Utara - Padang Rengas - Bukit Mertajam

Tiga pasangan negara mara ke pusingan ketiga Kejohanan Dunia

Malaysia Milk tarik balik penjualan produk Marigold HL