Posts

PM umum boleh keluarkan RM10 ribu, laman web dan aplikasi KWSP terus down

Image
PM umum boleh keluarkan RM10 ribu, laman web dan aplikasi KWSP terus down Selanjutnya:  https://pakdin.my/157236 - Pengumuman Perdana Menteri berhubung pengeluaran khas Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) sebanyak RM10,000 dianggap seperti khabar gembira buat rakyat negara ini. Selepas Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob membuat pengumuman itu pada pukul 1.30 petang, Rabu, rata-rata netizen tampil meluahkan kelegaan dan rasa gembira di media sosial. Semakan mStar sekitar jam 2 petang Rabu mendapati laman web KWSP mengalami kesukaran untuk untuk diakses secara normal oleh para pencarum. Malah, ramai yang turut mengalami kesukaran untuk mendaftar masuk (log in) bagi membuat semakan akaun masing-masing. Selain laman web rasmi KWSP, aplikasi KWSP i-Akaun juga gagal diakses oleh pengguna. Gangguan teknikal itu dipercayai berlaku kerana trafik sesak dalam laman web dan aplikasi tersebut. Difahamkan, ramai pencarum cuba mengakses akaun masing-masing selepas pengumuman rasmi PM sebentar tadi. &q

Polis nafi dakwaan tiada pembelaan terhadap mangsa cabul ketika mandi kolam di Serendah

Image
Polis nafi dakwaan tiada pembelaan terhadap mangsa cabul ketika mandi kolam di Serendah Selanjutnya di:  https://pakdin.my/157232 - HULU SELANGOR - Polis Diraja Malaysia (PDRM) menafikan dakwaan seorang wanita menerusi satu ciapan di Twitter yang menggambarkan seolah-olah tiada tindakan diambil pihak polis terhadap laporan dibuat individu terbabit. Ketua Polis Daerah Hulu Selangor, Superintendan Arsad Kamaruddin berkata, polis telah menerima satu laporan daripada wanita berusia 36 tahun tersebut di Balai Polis Serendah pada 15 Januari lalu mendakwa dirinya dicabul seorang lelaki dikenali. "Mangsa memaklumkan pada 11 Januari sekitar jam 10 hingga 11 malam semasa mangsa bersama suami serta rakan mandi di sebuah kolam di Serendah, rakannya seorang lelaki tempatan telah mecabul mangsa. "Suspek memeluk dan meraba kemaluan mangsa semasa mandi di kolam renang tersebut. "Bertindak atas maklumat, sepasukan polis dari Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Hulu Langat berjaya menangkap s

Jalan Puncak Alam ke Taman Subang banjir kilat

Image
Jalan Puncak Alam ke Taman Subang banjir kilat Selanjutnya di:  https://pakdin.my/157228 - SHAH ALAM - Jalan Puncak Alam menghala ke Taman Subang berdekatan Kampung Melayu Subang dilanda banjir kilat berikutan hujan, pada Rabu. Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor, Norazam Khamis berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan pada jam 5.38 petang. Menurutnya, seramai lapan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Kota Anggerik digerakkan ke lokasi kejadian. "Paras air dilaporkan naik setinggi 0.30 meter di jalan terbabit, namun ia tidak membabitkan mangsa dan kenderaan. "Keadaan banjir kilat di kawasan itu (pada masa ini) semakin surut," katanya dalam kenyataan, pada Rabu.

Trafik sesak di Plaza Tol Taman Rimba Templer

Image
Trafik sesak di Plaza Tol Taman Rimba Templer Selanjutnya di: https://pakdin.my/157223 - Sebahagian siling dan sistem di Plaza Tol Taman Rimba Templer dari arah Kuala Selangor ke Selayang/Rawang mengalami gangguan berikutan hujan dan angin kencang pada Rabu. Lebuhraya Kuala Lumpur-Kuala Selangor (LATAR) dalam kenyataannya memaklumkan, aliran trafik ketika ini sesak berikutan kejadian terbabit. "Sila patuhi arahan pegawai trafik di lokasi dan kesulitan amatlah dikesali," kata kenyataan itu di Facebook LATAR pada Rabu. Sementara itu, pada ruangan komen, LATAR memberitahu, empat lorong laluan tol kini sudah kembali pulih. "Pihak LATAR sedang menjalankan kerja pembersihan. Kesabaran dan keprihatinan anda amatlah dihargai," kata kenyataan itu.

Tiada DNA babi pada gegelang sotong sejuk beku

Image
Tiada DNA babi pada gegelang sotong sejuk beku Selanjutnya di: https://pakdin.my/157215 - Tiada identifikasi porsin (DNA babi) dikesan pada sampel gegelang sotong sejuk beku seperti ditularkan di media sosial. Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna, Alexander Nanta Linggi berkata, kementeriannya melalui makmal Jabatan Kimia sudah menjalankan identifikasi analisis porsin ke atas sampel gegelang sotong itu. “Keputusan yang diterima mengesahkan tiada DNA babi dikesan dalam sampel terbabit. “Sehubungan itu, KPDNHEP menasihatkan pengguna supaya berhati-hati ketika menyebarkan maklumat di media sosial termasuk isu berkaitan status halal kerana ia boleh menimbulkan kegusaran dalam kalangan orang ramai,” katanya menurut laporan Harian Metro. Beliau berkata, siasatan dilakukan kementerian susulan mesej tular di media sosial daripada seorang pengguna mendakwa gegelang sotong mengandungi rektum babi ditemui di sebuah premis di Perlis. “Bertindak atas aduan Bahagian Penguatkuasa K

Selepas Omicron, kini muncul lagi varian baharu, Deltacron. Ini fakta yang perlu kita tahu

Image
Selepas Omicron, kini muncul lagi varian baharu, Deltacron. Ini fakta yang perlu kita tahu Selanjutnya di:  https://pakdin.my/157206 - SEPERTI sudah dijangka, virus Covid-19 akan terus bermutasi. Kebimbangan Omicron belum lagi terlerai, kini muncul varian baharu yang dikenali sebagai Deltacron iaitu 'gabungan' Delta dan Omicron. Pun demikian, pakar penyelidik antarabangsa meminta penduduk dunia supaya tidak terlalu gusar atau panik terhadap penemuan varian terkini itu. CNN Indonesia memetik artikel yang disiarkan oleh New York Post berkata, sehingga kini masih belum disahkan atau belum ada sebarang bukti kukuh yang menunjukkan wabak tersebut boleh menjangkiti dengan pantas. Menurut Pakar Virus, Institut Pasteur, Perancis, Etienne Simon-Loriere memaklumkan, ciri virus sementara yang dikenal pasti tidak menunjukkan tanda-tanda menyebabkan fasa baharu wabak itu. Ia turut disahkan melalui pemeriksaan jujukan genom keseluruhan oleh saintis di IHU Méditerranee Infection di Marseille

[Video] Pengeluaran Khas KWSP sebanyak RM10,000

Image
[Video] Pengeluaran Khas KWSP sebanyak RM10,000 Selanjutnya di:  https://pakdin.my/157191 - Kerajaan sebelum ini membenarkan pengeluaran caruman Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) melalui tiga skim iaitu i-Lestari, i-Sinar dan i-Citra berjumlah RM101 bilion, melibatkan 7.34 juta pencarum sejak pandemik COVID-19 melanda negara dua tahun lalu. Berdasarkan dapatan kajian dan penelitian secara menyeluruh dalam fasa pemulihan selepas pandemik ini, ada dalam kalangan Keluarga Malaysia yang masih terkesan dari segi ekonomi, hilang pendapatan dan sedang membina semula kehidupan. Kerajaan mendengar, mengkaji dan meneliti permintaan  daripada semua pihak untuk mengeluarkan caruman KWSP. Justeru itu, pada hari ini Kerajaan bersetuju membenarkan pengeluaran khas KWSP sebanyak RM10,000. Penjelasan lanjut mengenai pengeluaran khas KWSP ini akan dibuat oleh Kementerian Kewangan dan KWSP. Ini merupakan keputusan yang sukar kerana ia melibatkan simpanan hari tua rakyat dan pengeluaran khas ini adal