Jalan Puncak Alam ke Taman Subang banjir kilat


Jalan Puncak Alam ke Taman Subang banjir kilat

Selanjutnya di: https://pakdin.my/157228 -

SHAH ALAM - Jalan Puncak Alam menghala ke Taman Subang berdekatan Kampung Melayu Subang dilanda banjir kilat berikutan hujan, pada Rabu.

Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor, Norazam Khamis berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan pada jam 5.38 petang.

Menurutnya, seramai lapan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Kota Anggerik digerakkan ke lokasi kejadian.

"Paras air dilaporkan naik setinggi 0.30 meter di jalan terbabit, namun ia tidak membabitkan mangsa dan kenderaan.

"Keadaan banjir kilat di kawasan itu (pada masa ini) semakin surut," katanya dalam kenyataan, pada Rabu.

Comments

Popular posts from this blog

🎦 'Now And Then', lagu terakhir The Beatles

DUA MAUT NAHAS 14 KENDERAAN DEKAT LEMBAH BERINGIN

CINA MENGGUNAKAN UNDI MEREKA UNTUK MENGAJAR DAP PENGAJARAN