Tiada DNA babi pada gegelang sotong sejuk beku


Tiada DNA babi pada gegelang sotong sejuk beku

Selanjutnya di: https://pakdin.my/157215 -

Tiada identifikasi porsin (DNA babi) dikesan pada sampel gegelang sotong sejuk beku seperti ditularkan di media sosial.

Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna, Alexander Nanta Linggi berkata, kementeriannya melalui makmal Jabatan Kimia sudah menjalankan identifikasi analisis porsin ke atas sampel gegelang sotong itu.

“Keputusan yang diterima mengesahkan tiada DNA babi dikesan dalam sampel terbabit.

“Sehubungan itu, KPDNHEP menasihatkan pengguna supaya berhati-hati ketika menyebarkan maklumat di media sosial termasuk isu berkaitan status halal kerana ia boleh menimbulkan kegusaran dalam kalangan orang ramai,” katanya menurut laporan Harian Metro.

Beliau berkata, siasatan dilakukan kementerian susulan mesej tular di media sosial daripada seorang pengguna mendakwa gegelang sotong mengandungi rektum babi ditemui di sebuah premis di Perlis.

“Bertindak atas aduan Bahagian Penguatkuasa KPDNHEP menjalankan pemeriksaan dan siasatan ke atas beberapa premis di peringkat peruncit, pemborong, pengedar dan pengimport produk terbabit di sekitar Perlis, Kedah, Pulau Pinang, Selangor dan Johor Bahru.

“Hasil pemeriksaan dan siasatan, KPDNHEP menyita semua produk terbabit bersama beberapa dokumen perniagaan untuk siasatan lanjut,” katanya.

Comments

Popular posts from this blog

Jadual Perjalanan Dan Tambang KTM Komuter Sektor Utara - Padang Rengas - Bukit Mertajam

Tiga pasangan negara mara ke pusingan ketiga Kejohanan Dunia

Malaysia Milk tarik balik penjualan produk Marigold HL