Posts

[Video] Bukan setiap hari semenjak merdeka mereka menggunakan “zip line” dan rakit buloh, hanya kerana banjir besar pada Mac

Image
[Video] Bukan setiap hari semenjak merdeka mereka menggunakan “zip line” dan rakit buloh, hanya kerana banjir besar pada Mac Selanjutnya di:  https://pakdin.my/158315   - Ayat biasa lepas kes tular… rompak harta rakyat, negara dah merdeka, tak ada kemajuan…  Sedangkan bukan setiap hari semenjak dari merdeka mereka menggunakan “zip line” ataupun rakit buloh tetapi ekoran jambatan yang mereka biasa gunakan untuk ke sekolah telah runtuh akibat banjir besar di Nabawan pada bulan Mac tempoh hari.  Rujukan - https://www.utusanborneo.com.my/2020/03/10/lima-kampung-di-nabawan-digenangi-banjir? Tidak ada tindakan ke?  Ada dan sedang disegerakan malah Ahli Parlimen telah turun dan sedang menyelesaikan perkara ini, malah Perdana Menteri juga maklum dan bersetuju memberikan peruntukan kecemasan di beberapa kawasan tersebut.  Sumber -  https://www.bernama.com/bm/wilayah/news.php?id=2076789 Di mana lokasinya?  Nabawan ni merupakan sebuah daerah di kawasan pedalaman Sabah berkeluasan 6,089 kilometer

[Video] Tempat pelupusan mercun di Sentul terbakar, tiga cedera ringan

Image
[Video] Tempat pelupusan mercun di Sentul terbakar, tiga cedera ringan Selanjutnya di:  https://pakdin.my/158303   - KUALA LUMPUR: Tiga pekerja pembersihan cedera ringan dalam satu kebakaran yang mengakibatkan letupan kuat sehingga menggegarkan kawasan Sentul, petang tadi. Kejadian kira-kira jam 6.30 itu berpunca dari stor simpanan bunga api yang dirampas oleh Ibu Pejabat Polis (IPD) Sentul di Jalan Perhentian, di sini hari ini. Ia turut tular di media sosial apabila gambar kepulan asap berbentuk cendawan dimuat naik oleh warganet. Ketua Polis Daerah Sentul, Asisten Komisioner Beh Eng Lai mengesahkan kejadian dan berkata, tiga yang cedera hanya mengalami sedikit kecederaan. Katanya, mereka cedera ketika menjalankan kerja-kerja membersihkan tapak pelupusan mercun dan bunga api di stor berkenaan. "Tiga lelaki yang berasal dari Sabah ini diupah bagi membersihkan kawasan pelupusan rampasan mercun dan bunga api yang dilakukan kami pada jam 3 petang tadi. "Ketika membersihkan kawas

[Video] Penduduk Jawa dan Sumatera diarah peka kemungkinan tsunami waktu malam

Image
[Video] Penduduk Jawa dan Sumatera diarah peka kemungkinan tsunami waktu malam Selanjutnya di:  https://pakdin.my/158299   - JAKARTA – Ketua Badan Meteorologi, Klimatologi dan Geofizik Indonesia, (BMKG) Dwikorita Karnawati mengeluarkan amaran kemungkinan berlaku ombak tsunami dalam masa terdekat, lapor laman berita Kompas, kelmarin. Dwikorita meminta penduduk yang tinggal di pantai selatan Jawa dan Sumatera supaya peka dengan pembentukan ombak tsunami terutama pada waktu malam. Amaran ini disampaikan berikutan peningkatan status aktiviti Gunung Anak Krakatau daripada berjaga-jaga (tahap II) kepada berwaspada (tahap III). “Kehadiran ombak tsunami sukar untuk dikesan atau disedari pada waktu malam yang gelap maka saya minta agar penduduk di kawasan terlibat untuk sentiasa berjaga-jaga,” kata Dwikorita. Beliau berkata BMKG bersama Pusat Vulkanologi Tebatan Bahaya Geologi (PVMBG) akan terus memantau paras laut dari masa ke semasa. Pemangku Ketua Pusat Penerangan dan Komunikasi Bencana Bada

Semua pemimpin berkait #PASleaks akan dipanggil, kata polis

Image
Semua pemimpin berkait #PASleaks akan dipanggil, kata polis Selanjutnya di:  https://pakdin.my/158295   .. Semua ahli politik yang disebut dalam minit mesyuarat merujuk kepada dokumen yang dkenali sebagai “PAS leak” akan dipanggil polis. Ketua Polis Kuala Lumpur, Azmi Abu Kassim berkata, pihaknya sudah memulakan siasatan terhadap kes itu. “Jabatan Siasatan Jenayah Kuala Lumpur akan memanggil semua ahli politik yang dinamakan dalam dokumen tersebut untuk dirakam keterangan bagi membantu siasatan,” katanya. Bagaimanapun, Azmi tidak menjelaskan secara lanjut tarikh dan masa ahli politik terbabit akan dipanggil. Jumaat lalu, Naib Presiden PAS Idris Ahmad, menyifatkan penyebaran dokumen yang didakwa sebagai minit mesyuarat PAS itu adalah cubaan untuk meretakkan hubungan antara parti Melayu. Katanya, tindakan itu merupakan suatu perbuatan tidak bertanggungjawab. Idris mendakwa tindakan menyebarkan tangkap layar dokumen itu juga dilihat bertujuan meraih perhatian rakyat. Pada hari sama, Perda

Tidak Aneh Jika Ada Yang Percaya Kesahihan Pasleaks

Image
Tidak Aneh Jika Ada Yang Percaya Kesahihan Pasleaks  Selanjutnya di:  https://pakdin.my/158285   .. SATU demi satu pimpinan Perikatan Nasional (PN) menggambarkan bahawa tidak wajar atau tidak logik untuk sesiapa melayan kemungkinan bahawa dokumen Pasleaks adalah sahih dan benar. Ramai yang namakan ia dokumen sampah. Ada juga yang menggelar sesiapa yang melayan isu ini sebagai “loyar buruk”. Seolah-olah kalau percaya maka orangnya tak waras. Sedangkan tiada yang aneh dan mengejutkan jika ramai dalam kalangan UMNO yang tertanya. Kerana apa yang digambarkan melalui perbincangan-perbincangan yang didakwa berlaku dalam ‘Pasleaks’ itu seakan konsisten dengan pelbagai tindakan terhadap UMNO selama ini. CUBA CAMPURTANGAN DALAM UMNO. Cuba mengajar dan mengarah UMNO apa yang ia perlu buat, dengan siapa ia mesti bekerjasama dengan siapa ia tak boleh bekerjasama. Cuba pecah-belahkan UMNO dengan adu domba. Ini semua sudah berlangsung lama dan nyata dalam tindakan dan kenyataan pimpinan dalam PN. La

[Video] Peluncur udara maut, ditemukan tersangkut atas pokok balak

Image
[Video] Peluncur udara maut, ditemukan tersangkut atas pokok balak Selanjutnya di:  https://pakdin.my/158280 ... HULU SELANGOR: Seorang lelaki warga Pakistan maut selepas mengalami kecederaan ketika melakukan aktiviti luncur udara (paragliding) di Bukit Batu Pahat, Kuala Kubu Bharu. Mangsa, Mohammad Farhad Khalid, 44, disahkan meninggal dunia di tempat kejadian setelah ditemukan tersangkut di pokok balak pada ketinggian 12 meter (m) di tepi cerun bukit. Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor, Norazam Khamis, berkata terdahulu mangsa yang dijumpai kira-kira jam 4.50 petang didapati patah kaki dan mengalami pendarahan. Beliau berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan berhubung kejadian itu pada jam 4.56 petang, sebelum sepasukan tujuh anggota bersama jentera dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Kuala Kubu Bharu dikejarkan ke lokasi. "Menurut laporan awal, akses ke pokok balak itu melalui trek 'hiking' sejauh 100m dari tapak 'take off' B

Pas Leak: Tepuk dada tanya selera, kata Zahid kepada Annuar

Image
Pas Leak: Tepuk dada tanya selera, kata Zahid kepada Annuar Selanjutnya di:  https://pakdin.my/158274 ... "Apakah kandungan 'Pas Leak' dianggap bukan luar biasa? Tepuk dada tanya selera. Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi mempersoalkan pendirian Ketua UMNO Bahagian Ketereh, Tan Sri Annuar Musa yang menyifatkan dokumen 'Pas Leak' bukan sesuatu yang luar biasa dan tidak perlu diperbesarkan. Beliau sebaliknya mengganggap perkara tersebut perlu diambil serius. "Sudah pasti ahli parti setia akan sentiasa berwaspada setiap kenyataan, setiap langkah, pendirian dan tindak tanduk pemimpin mereka dan pemimpin lawan mereka. Jangan mudah terpedaya!,"katanya menerusi satu hantaran di Facebook pada Sabtu. 'Pas Leak' didakwa mengandungi perancangan sulit untuk menjatuhkan pemimpin UMNO tular di media sosial sebelum ini. Ia adalah beberapa keratan didakwa minit mesyuarat Pas yang menggariskan pelan untuk menjatuhkan UMNO dan Barisan Nasional (BN) te