Semua pemimpin berkait #PASleaks akan dipanggil, kata polis


Semua pemimpin berkait #PASleaks akan dipanggil, kata polis

Selanjutnya di: https://pakdin.my/158295  ..

Semua ahli politik yang disebut dalam minit mesyuarat merujuk kepada dokumen yang dkenali sebagai “PAS leak” akan dipanggil polis.

Ketua Polis Kuala Lumpur, Azmi Abu Kassim berkata, pihaknya sudah memulakan siasatan terhadap kes itu.

“Jabatan Siasatan Jenayah Kuala Lumpur akan memanggil semua ahli politik yang dinamakan dalam dokumen tersebut untuk dirakam keterangan bagi membantu siasatan,” katanya.

Bagaimanapun, Azmi tidak menjelaskan secara lanjut tarikh dan masa ahli politik terbabit akan dipanggil.

Jumaat lalu, Naib Presiden PAS Idris Ahmad, menyifatkan penyebaran dokumen yang didakwa sebagai minit mesyuarat PAS itu adalah cubaan untuk meretakkan hubungan antara parti Melayu.

Katanya, tindakan itu merupakan suatu perbuatan tidak bertanggungjawab.

Idris mendakwa tindakan menyebarkan tangkap layar dokumen itu juga dilihat bertujuan meraih perhatian rakyat.

Pada hari sama, Perdana Menteri Ismail Sabri Yaakob, enggan mengulas lanjut mengenai kebocoran dokumen minit mesyuarat yang didakwa milik PAS itu.

Beliau berkata, dokumen empat muka surat yang tular Rabu lalu, tidak dapat dipastikan kesahihannya.

Sebelum ini, empat keping tangkap layar mengenai percaturan politik PAS yang antaranya menyentuh isu campur tangan dalam urusan mahkamah tular di media sosial.

Dokumen yang diklasifikasikan sebagai sulit itu dipercayai minit mesyuarat PAS yang diwakili Setiausaha Agungnya Takiyuddin Hassan dan Naib Presiden PAS Ahmad Samsuri Mokhtar dengan beberapa pemimpin kanan Bersatu; Pengerusi Pejuang Dr Mahathir Mohamad dan pemimpin Umno Hishamuddin Hussein.

Comments

Popular posts from this blog

Jadual Perjalanan Dan Tambang KTM Komuter Sektor Utara - Padang Rengas - Bukit Mertajam

Majlis Raja-Raja isytihar Sultan Johor, Yang di-Pertuan Agong ke-17

Racun perosak dalam makanan mengurangkan jumlah sperma