Posts

[Video] Hujan dengan angin kencang landa Aceh Besar dan Banda Aceh

Image
[Video] Hujan dengan angin kencang landa Aceh Besar dan Banda Aceh Selanjutnya di:  https://pakdin.my/159094   Hujan disertai angin kencang terjadi di kota Banda Aceh dan Aceh Besar, Ahad (29/5/2022). Akibatnya, banyak dahan pokok dan beberapa kanopi kedai penduduk runtuh. Dari pemerhatian, kebanyakan kanopi kedai penduduk rosak akibat angin kencang. Bukan itu sahaja, beberapa zink dan papan tanda terjatuh ke tengah jalan. Hujan dan angin kencang berlarutan selama kira-kira 30 minit. Selepas angin dan hujan reda, penduduk membersihkan sendiri saki baki pokok tumbang dan membaiki zink serta bumbung rumah yang diterbangkan angin. Di lokasi berbeza, beberapa gerai dagangan rakyat di kawasan Simpang Dodik juga kelihatan bersepah. Sejumlah khemah peniaga terbang.

[Video] Dua buah rumah terbakar di Serendah

Image
[Video] Dua buah rumah terbakar di Serendah Selanjutnya di:  https://pakdin.my/159087   HULU SELANGOR: Enam sekeluarga yang sedang menikmati makan malam nyaris rentung apabila rumah mereka musnah dalam kebakaran di Jalan Dahlia 4, Kampung Seri Serendah, di sini, malam tadi. Kebakaran kira-kira jam 9.20 malam itu mengakibatkan rumah berkenaan musnah 80 peratus, selain memusnahkan sebuah lagi rumah dan kereta Proton Saga. Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor, Norazam Khamis, berkata pihaknya menerima panggilan kecemasan berhubung kejadian itu jam 9.30 malam. Katanya, sepasukan 16 anggota bersama jentera dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Kuala Kubu Bharu, Bukit Sentosa dan Rawang dikejarkan ke lokasi kejadian. "Sejurus tiba, anggota dapati dua rumah sedang terbakar dengan satu daripadanya terbakar 100 peratus, manakala satu lagi 80 peratus. "Turut terbakar, kereta Proton Saga yang berada di salah sebuah rumah dan hangus 100 peratus," katanya ke

[Video] 14 mayat dikeluarkan dari pesawat terhempas di Nepal

Image
[Video] 14 mayat dikeluarkan dari pesawat terhempas di Nepal Selanjutnya di:  https://pakdin.my/159068   POKHARA: Pasukan penyelamat Nepal berjaya mengeluarkan 14 mayat penumpang dari bangkai pesawat yang terhempas selepas dilaporkan hilang semalam. Pesawat yang membawa seramai 22 orang penumpang ditemui berkecai di kawasan pergunungan. Pesawat Twin Otter yang dikendalikan Tara Air itu dilaporkan terputus hubungan dengan menara kawalan sejurus berlepas dari Pokhara di Barat pagi semalam, ketika sedang menuju ke Jomsom, destinasi popular aktiviti mendaki gunung. Helikopter yang dikendalikan oleh tentera dan syarikat swasta menjelajah kawasan pergunungan terpencil sepanjang hari semalam dengan dibantu pasukan darat, namun terpaksa menghentikan pencarian apabila menjelang malam berikutan cuaca buruk menghalang operasi terbabit di kawasan sekitar 3,800 hingga 4,000 meter di atas paras laut. Operasi diteruskan semula hari ini dengan pasukan tentera berkongsi di media sosial gambar bahagian

Selepas Hans Isaac, Altimet, giliran Afdlin pula tewas pemilihan Ketua Cabang PKR

Image
Selepas Hans Isaac, Altimet, giliran Afdlin pula tewas pemilihan Ketua Cabang PKR Selanjutnya di:  https://pakdin.my/159064   Pelakon, penerbit dan pengarah Datuk Afdlin Shauki tewas dalam saingan merebut jawatan Ketua Cabang PKR Setiawangsa. Cabang itu dimenangi penyandang yang juga Ahli Parlimen Setiawangsa, Nik Nazmi Nik Ahmad selepas memperoleh 482 undi, sementara Afdlin sekadar berpuas hati dengan 372 undi. Dengan keputusan terbaru itu, menyaksikan saingan membabitkan personaliti dan artis dalam Pemilihan PKR kali ini gagal meraih kejayaan. Terdahulu, pengarah dan pelakon terkenal, Datuk Hans Isaac juga tewas dalam saingan merebut jawatan Ketua Cabang Ampang. Hans atau nama sebenarnya Gerald Hans Isaac, 51, sekadar memproleh 609 undi sementara pesaing selebriti lain, Syed Ahmad Abdul Rahman Alhadad atau Altimet, yang turut tewas, memperoleh 589 undi. Pemilihan bagi Ketua Cabang Ampang dimenangi Daing Muhammad Reduan Bachok, yang memperoleh 942 undi.

[Video] Pesawat bawa 22 penumpang dikhuatiri terhempas di Pergunungan Himalaya

Image
[Video] Pesawat bawa 22 penumpang dikhuatiri terhempas di Pergunungan Himalaya Selanjurnya di:  https://pakdin.my/159059    KATHMANDU – Sebuah pesawat penumpang kecil milik syarikat penerbangan Tara Air di Nepal dikhuatiri terhempas selepas terputus hubungan dengan menara kawalan pagi tadi, lapor stesen penyiaran NDTV. Menurut pegawai syarikat penerbangan itu, terdapat 22 penumpang di dalam pesawat termasuk empat warganegara India. Pesawat enjin berkembar Tara Air 9 NAET itu  terputus hubungan semasa terbang dari bandar pelancongan Pokhara, kira-kira 200 kilometer ke barat laut ibu negara Nepal, Kathmandu menuju ke Jomsom. Pesawat itu yang dalam penerbangan berjadual selama 15 minit terputus hubungan sejurus selepas berlepas pada 9.55 pagi (waktu tempatan). “Pesawat itu dilihat di langit Jomsom di daerah Mustang dan kemudian melencong ke Gunung Dhaulagiri selepas itu ia terputus hubungan,” kata Pegawai Daerah, Netra Prasad Sharma. Pesawat itu membawa empat warga India dan tiga rakyat J

[Video] Serangan di Tak Bai: PDRM atur aset tingkat kawalan sempadan

Image
[Video] Serangan di Tak Bai: PDRM atur aset tingkat kawalan sempadan Selanjutnya di:  https://pakdin.my/158521   Polis Diraja Malaysia (PDRM) menambah anggota dan aset Pasukan Gerakan Udara (PGU) untuk mempertingkat kawalan sempadan susulan kejadian tembakan dan letupan bom berlaku di Tak Bai, wilayah Narathiwat, Thailand yang bersempadan di daerah Tumpat, Kelantan. Pengarah Jabatan Keselamatan Dalam Negeri dan Ketenteraman Awam (JKDNKA) Bukit Aman, Datuk Seri Hazani Ghazali berkata, aset ini meliputi pemantauan helikopter dan dron. "Kita (PDRM) dalam keadaan siap sedia bagi menghadapi apa sahaja kemungkinan. "Selain kawalan sempadan oleh anggota Pasukan Gerakan Am (PGA), PDRM telah menambah anggota dan aset PGU melibatkan pemantauan helikopter dan dron," katanya kepada Sinar Harian pada Khamis. Tambahnya, penduduk di kawasan berhampiran dinasihatkan untuk sentiasa berhati-hati dan segera melaporkan kepada pihak polis sekiranya mengesan sesuatu yang mencurigai. Dalam kej

[Video] Suspek tembak lelaki di Sungai Petani ditahan

Image
[Video] Suspek tembak lelaki di Sungai Petani ditahan Selanjutnya di:  https://pakdin.my/158517 Polis menahan suspek dipercayai menembak mati seorang lelaki di depan ahli keluarganya di Sungai Petani, Kedah, semalam. Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kedah, GS Suresh Kumar, berkata lelaki berusia 36 tahun itu ditahan semalam. “Kami tidak mahu membuat spekulasi mengenai motif pembunuhan kerana siasatan masih dijalankan,” katanya kepada FMT. Suresh berkata, kelongsong peluru yang ditemui di lokasi kejadian tembakan juga sedang dianalisis. Mangsa, Murali Shunmugam, 36, dari Bukit Selambau, didatangi empat lelaki menaiki dua motosikal sebelum salah seorang suspek melepaskan beberapa tembakan di depan sebuah restoran di Jalan Bakar Arang, semalam. Tembakan itu mengenai kepalanya dan mangsa meninggal dunia di tempat kejadian. Kejadian berlaku ketika mangsa baru sahaja memasuki keretanya manakala isteri dan anak lelakinya sedang berjalan keluar dari restoran di seberang jalan. Semalam, Ketua Pol