[Video] Dua buah rumah terbakar di Serendah


[Video] Dua buah rumah terbakar di Serendah

Selanjutnya di: https://pakdin.my/159087 

HULU SELANGOR: Enam sekeluarga yang sedang menikmati makan malam nyaris rentung apabila rumah mereka musnah dalam kebakaran di Jalan Dahlia 4, Kampung Seri Serendah, di sini, malam tadi.

Kebakaran kira-kira jam 9.20 malam itu mengakibatkan rumah berkenaan musnah 80 peratus, selain memusnahkan sebuah lagi rumah dan kereta Proton Saga.

Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor, Norazam Khamis, berkata pihaknya menerima panggilan kecemasan berhubung kejadian itu jam 9.30 malam.

Katanya, sepasukan 16 anggota bersama jentera dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Kuala Kubu Bharu, Bukit Sentosa dan Rawang dikejarkan ke lokasi kejadian.

"Sejurus tiba, anggota dapati dua rumah sedang terbakar dengan satu daripadanya terbakar 100 peratus, manakala satu lagi 80 peratus.

"Turut terbakar, kereta Proton Saga yang berada di salah sebuah rumah dan hangus 100 peratus," katanya ketika dihubungi hari ini.

Norazam berkata, semua penghuni rumah berjaya menyelamatkan diri.

"Anggota bomba segera menjalankan operasi pemadaman dan api berjaya dikawal jam 10.02 malam.

"Siasatan masih dijalankan bagi mengenal pasti punca kebakaran dan juga jumlah kerugian yang dialami mangsa," katanya.





Comments

Popular posts from this blog

Jadual Perjalanan Dan Tambang KTM Komuter Sektor Utara - Padang Rengas - Bukit Mertajam

Tiga pasangan negara mara ke pusingan ketiga Kejohanan Dunia

Malaysia Milk tarik balik penjualan produk Marigold HL