[Video] Serangan di Tak Bai: PDRM atur aset tingkat kawalan sempadan


[Video] Serangan di Tak Bai: PDRM atur aset tingkat kawalan sempadan

Selanjutnya di: https://pakdin.my/158521 

Polis Diraja Malaysia (PDRM) menambah anggota dan aset Pasukan Gerakan Udara (PGU) untuk mempertingkat kawalan sempadan susulan kejadian tembakan dan letupan bom berlaku di Tak Bai, wilayah Narathiwat, Thailand yang bersempadan di daerah Tumpat, Kelantan.

Pengarah Jabatan Keselamatan Dalam Negeri dan Ketenteraman Awam (JKDNKA) Bukit Aman, Datuk Seri Hazani Ghazali berkata, aset ini meliputi pemantauan helikopter dan dron.

"Kita (PDRM) dalam keadaan siap sedia bagi menghadapi apa sahaja kemungkinan.

"Selain kawalan sempadan oleh anggota Pasukan Gerakan Am (PGA), PDRM telah menambah anggota dan aset PGU melibatkan pemantauan helikopter dan dron," katanya kepada Sinar Harian pada Khamis.

Tambahnya, penduduk di kawasan berhampiran dinasihatkan untuk sentiasa berhati-hati dan segera melaporkan kepada pihak polis sekiranya mengesan sesuatu yang mencurigai.

Dalam kejadian yang dilaporkan berlaku kira-kira jam 9.40 malam (waktu Malaysia) pada Rabu, beberapa rakaman video yang tular di media sosial menunjukkan insiden keadaan huru-hara dan situasi tegang.

Difahamkan, pihak berkuasa Thailand mengawal keadaan dan turut melakukan tangkapan.

Sementara itu, Pemangku Ketua Polis Kelantan, Datuk Muhamad Zaki Harun mengesahkan kejadian berlaku di sempadan Malaysia-Thailand berdekatan Tumpat.

Comments

Popular posts from this blog

Jadual Perjalanan Dan Tambang KTM Komuter Sektor Utara - Padang Rengas - Bukit Mertajam

Tiga pasangan negara mara ke pusingan ketiga Kejohanan Dunia

Malaysia Milk tarik balik penjualan produk Marigold HL