Posts

[Video] Rangka dalam kereta tenggelam sungai dipercayai Muhammad Iman Aqmar yang hilang 10 bulan lalu

Image
[Video] Rangka dalam kereta tenggelam sungai dipercayai Muhammad Iman Aqmar yang hilang 10 bulan lalu Selanjutnya di:  https://pakdin.my/159664/ Mayat ditemukan dalam kenderaan Nissan Grand Livina yang dijumpai seorang lelaki warga emas Kenderaan itu mempunyai kerosakan pada bahagian hadapan, kiri dan kanan, selain pemeriksaan di dalamnya menemukan mayat diselaputi lumpur Siasatan awal terhadap nombor pendaftaran kenderaan mendapati ia dikaitkan dengan laporan kehilangan dibuat di Pasir Gudang 30 Oktober tahun lalu, seorang wanita, Asmawati Kadir, 55, membuat laporan polis berhubung kehilangan anaknya, Muhammad Iman Aqmar Polis menemukan satu rangka manusia dalam sebuah kereta yang ditarik keluar dari Sungai Api-Api di Nenasi, Pekan, dipercayai mayat seorang lelaki yang dilaporkan hilang sejak hampir 10 bulan lalu. Ketua Polis Daerah Pekan, Superintendan Mohd Zaidi Mat Zin, berkata mayat ditemukan dalam kenderaan Nissan Grand Livina yang dijumpai seorang lelaki warga emas ketika dia me

[Video] Lima termasuk kanak-kanak maut kemalangan di Hentian Titiwangsa, Lebuhraya Timur Barat, Jeli-Gerik

Image
[Video] Lima termasuk kanak-kanak maut kemalangan di Hentian Titiwangsa, Lebuhraya Timur Barat, Jeli-Gerik Selanjutnya di:  https://pakdin.my/159653 GERIK: Lima sekeluarga termasuk seorang kanak-kanak perempuan berusia lima tahun maut dalam nahas membabitkan sebuah kenderaan pelbagai guna (MPV) dengan pacuan empat roda (4WD) berhampiran Hentian Titiwangsa, Lebuhraya Timur Barat, Jeli-Gerik pada 23/7/2022 jam 3:45 petang. Mangsa yang maut adalah Mohd Rodhi Othman, 58; Ahmad Khomaini Abu, 30; Sharifah Rohana Syed Sagaf, 59; Siti Aishah Mohd Rodhi, 32, dan Zara Hana Ahmad Khomaini, 5. Jurucakap Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Perak, berkata dua lagi mangsa cedera dalam nahas yang berlaku pada jam 3.45 petang (23/7/2022). Katanya, anggota Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Gerik digerakkan ke lokasi bagi operasi menyelamat sebaik dimaklumkan kejadian berkenaan. "Nahas membabitkan sebuah kereta PERODUA Alza dengan Toyota Hilux. Semua mangsa yang maut menaiki PERODUA Alza, ma

Ribut petir dijangka landa seluruh negara (23 Julai 2022)

Image
  Ribut petir dijangka landa seluruh negara (23 Julai 2022) Selanjutnya di:  https://pakdin.my/159649 Jabatan Meteorologi Malaysia (METMalaysia) menjangkakan negara akan menerima tiupan angin lemah dari pelbagai hala di kebanyakan tempat melibatkan negeri-negeri pantai barat dan selatan Semenanjung, Sarawak serta barat Sabah. Ketua Pengarah MET Malaysia, Muhammad Helmi Abdullah memaklumkan, berdasarkan analisis model MET Malaysia Weather Research and Forecasting Model (MET-WRF), European Centre for Medium-Range Weather Forecasts (ECMWF) dan Global Forecast System (GFS), keadaan tersebut yang dijangka berlaku sehingga 25 Julai ini berpotensi menyebabkan pembentukan awan ribut petir di kawasan terlibat. “Pembentukan awan ribut petir berlaku pada sebelah petang hingga awal malam di kebanyakan tempat melibatkan negeri-negeri pantai barat dan selatan Semenanjung, Sarawak serta barat Sabah. “Orang ramai dinasihatkan untuk sentiasa merujuk laman web www.met.gov.my dan semua media sosial serta
Image
Jangan menari ikut pukulan gendang luar - Mohamad Selanjutnya di:  https://pakdin.my/159645 Setiap pimpinan UMNO perlu bersikap tenang dan tidak mengikut rentak mereka yang hanya mahu melihat perpecahan dalam parti. Enggan melatah dengan tuduhan dilemparkan, selain menyifatkan hanya kepimpinan dalam parti itu yang mengetahui perkara sebenar. Kedudukan pembahagian kerusi antara parti dalam BN masih kekal dengan status quo. Kepimpinan tertinggi UMNO dinasihatkan tidak 'menari' mengikut pukulan gendang pihak luar yang mendakwa UMNO kini berpecah kepada beberapa kem. Timbalan Presiden UMNO, Datuk Seri Mohamad Hassan, berkata setiap pimpinan UMNO perlu bersikap tenang dan tidak mengikut rentak mereka yang hanya mahu melihat perpecahan dalam parti. "Saya tak perasan pula ada banyak kem, tak ada (kem) pun. Orang nak panggil kem siapa-siapa biarlah. Asalkan kami tidak terikut-ikut dengan dakwaan itu. Bak kata orang, kita tak menari ikut apa yang mereka pukul gendang. "Dalam u

Ahli Parlimen Segamat keluar PPBM?

Image
Ahli Parlimen Segamat keluar PPBM? Selanjutnua di:  https://pakdin.my/159641 Sudah menyerahkan surat keluar daripada PPBM kepada Setiausaha Agung parti, Datuk Seri Hamzah Zainudin. Pimpinan parti PPBM masih memujuknya untuk mengubah fikiran namun, dia tetap akan meneruskan langkahnya untuk keluar. Santhara adalah antara 10 Ahli Parlimen yang mengikuti langkah Datuk Seri Azmin Ali untuk keluar daripada PKR susulan Langkah Sheraton. Ahli Parlimen Segamat, Datuk Seri Dr Santhara Kumar, dilaporkan keluar daripada PPBM. Berdasarkan satu sumber, Santhara dilaporkan sudah menyerahkan surat untuk keluar daripada PPBM kepada Setiausaha Agung parti berkenaan, Datuk Seri Hamzah Zainudin, minggu lalu. Kata sumber berkenaan, langkah Santhara itu dibuat selepas beliau berasakan masa depannya sebagai Ahli Parlimen bukan Bumiputera dalam parti pimpinan Tan Sri Muhyiddin Yassin itu semakin gelap. "Presiden juga tahu mengenainya, namun pada masa ini pimpinan parti PPBM masih memujuknya untuk mengub

Tok Mat cadang PRU15 pada Oktober atau awal November

Image
Tok Mat cadang PRU15 pada Oktober atau awal November Selanjutnya di:  https://pakdin.my/159637 Awalkan pembentangan bajet pada minggu pertama bulan Oktober. Banjir pun dijangka belum lagi berlaku pada waktu itu namun jika buat pada awal Oktober pun tiada masalah Mengharapkan agar MoU itu tidak disambung agar kita boleh bebas daripada ikatan MoU maka senanglah kita memberi pandangan kepada naib presiden Umno (Ismail Sabri Yaakob) untuk merangka strategi parti  Oktober atau awal November adalah tempoh sesuai untuk mengadakan pilihan raya umum ke-15 (PRU15), demikian kata Timbalan Pengerusi Barisan Nasional (BN) Mohamad Hasan. Mohamad secara peribadi melihat tempoh berkenaan adalah ideal kerana pembentangan bajet dapat diawalkan sebelum pembubaran Parlimen dilakukan. “Ini pandangan saya, bukan perdana menteri yang cakap. Saya cadangkan kita awalkan pembentangan bajet untuk mengelak diadakan PRU pada sekitar hujung bulan November dan Disember kerana musim banjir. “Secara lazimnya, pembenta

[Video] Halang Tommy keluar negara sehingga kebenaran mengenai tuntutan Sulu terjawab, kata Najib

Image
[Video] Halang Tommy keluar negara sehingga kebenaran mengenai tuntutan Sulu terjawab, kata Najib Selanjutnya di:  https://pakdin.my/159632 Notis saman timbang tara wakil Sulu dikemukan secara rasmi kepada Malaysia pada bulan Julai 2019 ketika kerajaan PH bermaharajalela. Surat Tommy Thomas dikatakan adalah punca keputusan ancam aset Malaysia bernilai RM66 bilion di luar negara. Kekesalan Tommy Thomas berhubung tindakan kerajaan tidak membayar tuntutan Sulu berulang kali disebut dalam 297 perkara dalam penghakiman timbang tara tersebut. Dua ahli parlimen merangkap Timbalan Menteri kerajaan PH mendakwa mereka terkejut dan tidak pernah mengetahui kewujudan surat Tommy dan tidak tahu sekiranya surat tersebut mendapat mandat kerajaan PH. Ini soal kedaulatan negara dan soal ancaman kepada aset luar negara Malaysia bernilai RM66 bilion. Isu yang amat berat sekali sebab telah disifatkan oleh mahkamah antarabangsa sebagai mengiktirafkan tuntutan Sulu ke atas Sabah. Memandangkan Perdana Menteri