Ahli Parlimen Segamat keluar PPBM?


Ahli Parlimen Segamat keluar PPBM?

Selanjutnua di: https://pakdin.my/159641

  • Sudah menyerahkan surat keluar daripada PPBM kepada Setiausaha Agung parti, Datuk Seri Hamzah Zainudin.
  • Pimpinan parti PPBM masih memujuknya untuk mengubah fikiran namun, dia tetap akan meneruskan langkahnya untuk keluar.
  • Santhara adalah antara 10 Ahli Parlimen yang mengikuti langkah Datuk Seri Azmin Ali untuk keluar daripada PKR susulan Langkah Sheraton.

Ahli Parlimen Segamat, Datuk Seri Dr Santhara Kumar, dilaporkan keluar daripada PPBM.

Berdasarkan satu sumber, Santhara dilaporkan sudah menyerahkan surat untuk keluar daripada PPBM kepada Setiausaha Agung parti berkenaan, Datuk Seri Hamzah Zainudin, minggu lalu.

Kata sumber berkenaan, langkah Santhara itu dibuat selepas beliau berasakan masa depannya sebagai Ahli Parlimen bukan Bumiputera dalam parti pimpinan Tan Sri Muhyiddin Yassin itu semakin gelap.

"Presiden juga tahu mengenainya, namun pada masa ini pimpinan parti PPBM masih memujuknya untuk mengubah fikiran.

"Namun, dia tetap akan meneruskan langkahnya untuk keluar daripada PPBM," katanya seperti dilaporkan oleh portal dalam talian, FMT.

Dengan langkah Santhara ini, PPBM akan kehilangan satu-satunya Ahli Parlimen bukan Bumiputera.

Santhara adalah antara 10 Ahli Parlimen yang mengikuti langkah Datuk Seri Azmin Ali untuk keluar daripada PKR susulan Langkah Sheraton pada Februari 2020.

Comments

Popular posts from this blog

Jadual Perjalanan Dan Tambang KTM Komuter Sektor Utara - Padang Rengas - Bukit Mertajam

Tiga pasangan negara mara ke pusingan ketiga Kejohanan Dunia

Malaysia Milk tarik balik penjualan produk Marigold HL