[Video] Lima termasuk kanak-kanak maut kemalangan di Hentian Titiwangsa, Lebuhraya Timur Barat, Jeli-Gerik


[Video] Lima termasuk kanak-kanak maut kemalangan di Hentian Titiwangsa, Lebuhraya Timur Barat, Jeli-Gerik

Selanjutnya di: https://pakdin.my/159653

GERIK: Lima sekeluarga termasuk seorang kanak-kanak perempuan berusia lima tahun maut dalam nahas membabitkan sebuah kenderaan pelbagai guna (MPV) dengan pacuan empat roda (4WD) berhampiran Hentian Titiwangsa, Lebuhraya Timur Barat, Jeli-Gerik pada 23/7/2022 jam 3:45 petang.

Mangsa yang maut adalah Mohd Rodhi Othman, 58; Ahmad Khomaini Abu, 30; Sharifah Rohana Syed Sagaf, 59; Siti Aishah Mohd Rodhi, 32, dan Zara Hana Ahmad Khomaini, 5.

Jurucakap Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Perak, berkata dua lagi mangsa cedera dalam nahas yang berlaku pada jam 3.45 petang (23/7/2022).

Katanya, anggota Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Gerik digerakkan ke lokasi bagi operasi menyelamat sebaik dimaklumkan kejadian berkenaan.

"Nahas membabitkan sebuah kereta PERODUA Alza dengan Toyota Hilux. Semua mangsa yang maut menaiki PERODUA Alza, manakala mangsa yang cedera menaiki Toyota Hilux.

"Pasukan bomba yang tiba di tempat kejadian melakukan kerja menyelamat mangsa menggunakan peralatan khas dengan mangsa yang cedera dihantar ke Hospital Jeli, Kelantan untuk rawatan lanjut.

"Mangsa yang maut pula diserahkan kepada polis untuk tindakan lanjut," katanya dalam kenyataan sebentar tadi.

Sementara itu, Ketua Polis Perak, Datuk Mior Faridalathrash Wahid mengesahkan kejadian dan berkata lima mangsa maut terbabit menaiki PERODUA Alza dan semuanya meninggal dunia di tempat kejadian.

Ketua Polis Daerah Gerik, Superintenden Zulkifli Mahmood pula berkata, semua mayat dibawa ke Hospital Gerik untuk bedah siasat dan waris sudah dimaklumkan untuk proses selanjutnya.



Comments

Popular posts from this blog

Jadual Perjalanan Dan Tambang KTM Komuter Sektor Utara - Padang Rengas - Bukit Mertajam

Tiga pasangan negara mara ke pusingan ketiga Kejohanan Dunia

Malaysia Milk tarik balik penjualan produk Marigold HL