Posts

'Aplikasi Telegram Perdana Menteri digodam' - ini jawapan dari Pasukan Telegram

Image
'Aplikasi Telegram Perdana Menteri digodam' - ini jawapan dari Pasukan Telegram BACA selanjutnya di: https://pakdin.my/160435/ Ini jawapan dari Pasukan Telegram: PUBLIC NOTICE  On 8 August , we were informed that personal Telegram accounts belonging to the Prime Minster and Minister of Foreign Affairs , Mr. Ismail Sabri and Saifuddin Abdullah of Malaysia were " hacked " by irresponsible parties .  Telegram is committed to provide all users a end - to - end messaging secure encrypted platform .  Telegram found no evidence of foulplay and suggests the offices of the Prime Minister and Ministry of Foreign Affairs to provide adequate cybersecurity training to its personnel that includes awareness on phishing attacks ( i.e .. avoiding opening malicious links related to pornography ) which potentially resulted in the accounts being compromised .  Telegram is an open source platform and we welcome anyone to check our source code , protocol and API .  Telegram rewards anyone

Bot penyeludup karam: Seorang maut, 35 pendatang asing diselamatkan

Image
Bot penyeludup karam: Seorang maut, 35 pendatang asing diselamatkan BACA seterusnya di: https://pakdin.my/160423/ SHAH ALAM  -- Seramai 35 pendatang asing tanpa izin berjaya diselamatkan kru sebuah kapal tangki milik syarikat swasta, manakala seorang lelaki maut apabila bot penyeludup yang cuba memasuki Malaysia karam di perairan Selangor awal pagi ini (8 Ogos 2022).  Pengarah Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) Selangor Kepten V. Siva Kumar berkata pihaknya menerima maklumat berkaitan perkara itu daripada Maritime Rescue Sub Centre (MRSC) Johor Bahru pada kira-kira pukul 2.23 pagi. "Bot Perkasa 36 APMM Selangor, bot Tentera Laut Diraja Malaysia bersama bot Pasukan Polis Marin diatur gerak ke lokasi untuk operasi menyelamat,” katanya dalam kenyataan hari ini.  "Semua 35 pendatang asing tanpa izin yang terdiri daripada 28 lelaki dan tujuh wanita berumur dalam lingkungan 22 hingga 51 tahun, berjaya dipindahkan ke aset penguat kuasa dari kapal tangki MV NCC Najem, bers

Siapakah peguam bela bagi kes rasuah Datuk Latif Bandi..??

Image
Siapakah peguam bela bagi kes rasuah Datuk Latif Bandi..?? BACA seterusnya di:  https://pakdin.my/160431 Rupanya peguam dia adalah Datuk Hasnal Rezuar Merican.. Siapakah Datuk Hasnal Rezuar Merican..? Rupanya beliau adalah Timbalan Ketua UMNO Bahagian Selayang.Dan menetap di Dun Kuang dalam parlimen Selayang. Rupanya banyak jasa dia sejak BN kalah dalam PRU14.. Jadi peguam bela UMNO Selangor. Keputusannya UMNO Selangor menang dan duit dikembalikan. Kes rasuah Datuk Noorehsanuddin bekas Ahli Parlimen Kota Tinggi. Keputusannya, DPP tarik balik semua kes pendakwaan di mahkamah. Rupanya UMNO ada tokoh peguam hebat. Kita dimomokkan dengan kehebatan mendiang Karpal Singh la.. Gorbind Singh la di Mahkamah, rupanya kita juga ada tokoh yang hebat yang harus diketengahkan dalam arena politik di negeri Selangor dan pusat. Beliau juga adalah salah seorang Pesuruhjaya SUHAKAM yang baru dilantik.

Rakyat M'sia berkahwin di selatan Thailand dinasihat tidak lengahkan pendaftaran perkahwinan

Image
Rakyat M'sia  berkahwin di selatan Thailand dinasihat tidak lengahkan pendaftaran perkahwinan BACA seterusnya di: https://pakdin.my/160423/ PHUKET -- Konsul Jeneral Malaysia di Songkhla Muhammad Ridzuan Abu Yazid menasihati rakyat Malaysia yang berkahwin di Selatan Thailand supaya tidak melengahkan pendaftaran perkahwinan mereka apabila kembali ke tanah air. Beliau berkata pendaftaran perlu dilakukan bagi mengelak berlaku masalah pada masa akan datang. "Mereka yang ingin melangsungkan perkahwinan di Thailand perlu membuat perancangan supaya perkahwinan itu sah dari segi undang-undang," katanya ketika ditemui pada Program Ziarah Mahabbah 2022 anjuran Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Perlis (MAIPs) di sini hari ini. Turut berkenan berangkat ke program itu, Raja Muda Perlis Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail  yang juga Yang Dipertua MAIPs dan anakanda baginda Syed Sirajuddin Areeb Putra. Muhammad Ridzuan turut menasihati orang ramai berwaspada dengan tawaran

[VIDEO] Ribut terbangkan khemah program Bekwoh Keluarga Malaysia

Image
[VIDEO] Ribut  terbangkan khemah program Bekwoh Keluarga Malaysia BACA seterusnya di: https://pakdin.my/160418 TUMPAT: Kawasan Pantai Geting, di sini, yang turut menjadi lokasi penganjuran Program Bekwoh Keluarga Malaysia Rakyat Tumpat dilanda ribut malam tadi 6 Ogos 2022. Keadaan itu menimbulkan suasana cemas dalam kalangan pengunjung serta peserta program terbabit, dengan beberapa khemah turut diterbangkan angin, selain satu khemah bersaiz besar turut ranap. Ribut yang berlaku kira-kira jam 7:00 malam itu turut menyebabkan pengunjung lari mencari kawasan perlindungan selamat bagi mengelak sebarang kecederaan. Difahamkan, persembahan dikir barat yang menjadi acara kemuncak program di Pantai Geting itu juga terpaksa dibatalkan, malah beberapa hadiah cabutan bertuah termasuk sebuah motosikal yang sepatutnya diumumkan malam ini turut tergendala. Seorang peniaga air, Wan Sapiah Wan Yusoff, 43, berkata selepas menyedari cuaca tiba-tiba berubah menjadi kelam dan mendung seolah-olah hendak h

[VIDEO] Tiga beranak maut kemalangan

Image
[VIDEO] Tiga beranak maut kemalangan BACA seterusnya di: https://pakdin.my/160414/ KOTA KINABALU: Tiga beranak maut apabila kenderaan pacuan empat roda yang dinaiki mereka terbabas lalu merempuh tiang jejambat di Jalan Lintas malam tadi 5 Ogos 2022. Ketua Polis Daerah Kota Kinabalu ACP Mohd Zaidi Abdullah berkata kejadian kira-kira 11:24 malam itu meragut nyawa seorang lelaki berusia 44 tahun iaitu pemandu kenderaan berkenaan. "Dua lagi yang maut adalah anak lelaki pemandu terbabit dikenali Alkail, 16, serta anak perempuannya yang dikenali sebagai Sazfa berusia 11 tahun...bagaimanapun kita belum dapat mengenal pasti identiti pemandu berkenaan,” katanya dalam kenyataan hari ini. Mohd Zaidi berkata seorang kanak-kanak lelaki berusia empat tahun dipercayai ahli keluarga mangsa mengalami cedera parah dan kini dirawat di hospital. Beliau berkata siasatan awal mendapati kenderaan dinaiki mangsa dalam perjalanan dari Angkasa Apartment, Rampayan menuju ke Lapangan Terbang Antarabangsa Kot

Remaja parah langgar gajah

Image
Remaja parah langgar gajah BACA seterusnya di: https://pakdin.my/160410/ Kluang: Seorang pelajar sekolah menengah parah selepas terlanggar gajah di Jalan Kota Tinggi - Kluang berdekatan Taman Seri Impian di sini, kira-kira 10 malam tadi. Ibu mangsa, Mislawati Paiman, 46, berkata, anaknya Muhammad Danish Saedin, 17, yang menunggang motosikal bersendirian ketika kejadian kini sedang menerima rawatan lanjut di Hospital Sultanah Aminah (HSA), Johor Bahru. Katanya, sebelum kejadian anaknya dikatakan mengisi minyak motosikal di Taman Seri Impian di sini sebelum pulang ke rumah mereka di Taman Sri Lambak. "Doktor mengatakan terdapat pendarahan di kepalanya dan kekal. Ketika ini anak saya sedang ditidurkan dan dilaporkan berada dalam keadaan stabil. "Saya mendapat tahu berita kemalangan berkenaan daripada rakan anak yang bergegas mencari saya di rumah. Memang terkejut dan kami sekeluarga bergegas ke Unit Kecemasan Hospital Enche' Besar Hajjah Khalsom selepas itu. "Difahamkan