Rakyat M'sia berkahwin di selatan Thailand dinasihat tidak lengahkan pendaftaran perkahwinan


Rakyat M'sia  berkahwin di selatan Thailand dinasihat tidak lengahkan pendaftaran perkahwinan

BACA seterusnya di: https://pakdin.my/160423/

PHUKET -- Konsul Jeneral Malaysia di Songkhla Muhammad Ridzuan Abu Yazid menasihati rakyat Malaysia yang berkahwin di Selatan Thailand supaya tidak melengahkan pendaftaran perkahwinan mereka apabila kembali ke tanah air.

Beliau berkata pendaftaran perlu dilakukan bagi mengelak berlaku masalah pada masa akan datang.

"Mereka yang ingin melangsungkan perkahwinan di Thailand perlu membuat perancangan supaya perkahwinan itu sah dari segi undang-undang," katanya ketika ditemui pada Program Ziarah Mahabbah 2022 anjuran Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Perlis (MAIPs) di sini hari ini.

Turut berkenan berangkat ke program itu, Raja Muda Perlis Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail  yang juga Yang Dipertua MAIPs dan anakanda baginda Syed Sirajuddin Areeb Putra.

Muhammad Ridzuan turut menasihati orang ramai berwaspada dengan tawaran oleh sindiket pernikahan supaya tidak tertipu dan menyebabkan perkahwinan mereka tidak sah.

Comments

Popular posts from this blog

Jadual Perjalanan Dan Tambang KTM Komuter Sektor Utara - Padang Rengas - Bukit Mertajam

Majlis Raja-Raja isytihar Sultan Johor, Yang di-Pertuan Agong ke-17

Racun perosak dalam makanan mengurangkan jumlah sperma