Bot penyeludup karam: Seorang maut, 35 pendatang asing diselamatkan


Bot penyeludup karam: Seorang maut, 35 pendatang asing diselamatkan

BACA seterusnya di: https://pakdin.my/160423/

SHAH ALAM  -- Seramai 35 pendatang asing tanpa izin berjaya diselamatkan kru sebuah kapal tangki milik syarikat swasta, manakala seorang lelaki maut apabila bot penyeludup yang cuba memasuki Malaysia karam di perairan Selangor awal pagi ini (8 Ogos 2022). 

Pengarah Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) Selangor Kepten V. Siva Kumar berkata pihaknya menerima maklumat berkaitan perkara itu daripada Maritime Rescue Sub Centre (MRSC) Johor Bahru pada kira-kira pukul 2.23 pagi.

"Bot Perkasa 36 APMM Selangor, bot Tentera Laut Diraja Malaysia bersama bot Pasukan Polis Marin diatur gerak ke lokasi untuk operasi menyelamat,” katanya dalam kenyataan hari ini. 

"Semua 35 pendatang asing tanpa izin yang terdiri daripada 28 lelaki dan tujuh wanita berumur dalam lingkungan 22 hingga 51 tahun, berjaya dipindahkan ke aset penguat kuasa dari kapal tangki MV NCC Najem, berserta dengan satu mayat lelaki yang ditemukan oleh kru kapal tangki itu dalam keadaan terapung," katanya. 

Menurutnya lokasi tepat bot penyeludup yang karam itu masih sedang disiasat.

"Kesemua 35 pendatang asing tanpa izin itu dibawa ke Jeti Pasukan Polis Marin Pulau Indah sebelum ke Pejabat APMM Selangor untuk tindakan lanjut, manakala mayat diserahkan kepada polis untuk bedah siasat," katanya.

Comments

Popular posts from this blog

Jadual Perjalanan Dan Tambang KTM Komuter Sektor Utara - Padang Rengas - Bukit Mertajam

Tiga pasangan negara mara ke pusingan ketiga Kejohanan Dunia

Malaysia Milk tarik balik penjualan produk Marigold HL