Posts

[VIDEO] Penduduk teruja lihat kapal layar mewah RM200 juta

Image
[VIDEO] Penduduk teruja lihat kapal layar mewah RM200 juta BACA seterusnya di: https://pakdin.my/160472/ KANGAR: Kehadiran sebuah kapal layar mewah jenis Adastra di muara Sungai Perlis, Kuala Perlis berhampiran Terminal Feri Kuala Perlis, di sini semalam ternyata menggamit perhatian orang ramai terutama nelayan serta penduduk kampung yang terletak di pesisiran Sungai Perlis di Kuala Perlis. Kapal layar atau 'super yacht' yang berharga sekitar USD45 juta (lebih RM200 juta) itu dipercayai tiba dari Langkawi dan disedari penduduk sekitar lembangan Sungai Perlis itu sekitar jam 12 tengah hari 13 Ogos 2022. Ahli Lembaga Pengarah Persatuan Nelayan Perlis (PELARIS) Jasmi Hashim, berkata pihaknya ada diberitahu nelayan serta penduduk sekitar muara Sungai Perlis akan kehadiran dan pergerakan kapal layar mewah itu. "Kita bagaimanapun tidak menerima sebarang aduan daripada nelayan mengenai gangguan dari segi lalu lintas bot nelayan di muara sungai itu. "Malah, kita juga difahamk

[VIDEO] Pengkid berpakaian ihram boleh terkeluar Islam, murtad

Image
[VIDEO] Pengkid berpakaian ihram boleh terkeluar Islam, murtad  BACA seterusnya di: https://pakdin.my/160468/ Tindakan individu didakwa wanita berperwatakan lelaki berpakaian ihram di hadapan kaabah boleh dianggap sebagai mempersendakan agama yang dikhuatiri menyebabkan dia terkeluar daripada landasan Islam. Mufti Pulau Pinang Datuk Seri Dr Wan Salim Wan Mohd Noor berkata, seorang Muslim perlu mengikut peraturan yang ditetapkan dalam melaksanakan ibadah termasuk haji dan umrah supaya amalan yang dilakukan tidak menjadi sia-sia dan diterima Allah. "Memang individu berkenaan mengerjakan umrah lengkap syarat tapi masalahnya adakah ibadat itu diterima Allah dan dapat pahala kerana tidak mengikut peraturan Allah melalui al-Quran dan sunnah. "Saya kasihan kepada orang begini kalau dia masih menganggap dirinya Muslim kerana perbuatan ini boleh menyebabkan dia terkeluar daripada agama Islam sendiri. Boleh jadi murtad. "Bagi orang Islam yang komited kepada agama dan faham ajaran

[VIDEO] Salman Rushdie parah, perlukan mesin ventilator

Image
[VIDEO] Salman Rushdie parah, perlukan mesin ventilator BACA seterusnya di: https://pakdin.my/160458/ WASHINGTON – Pengarang Britain, Salman Rushdie terpaksa menggunakan mesin ventilator dan berisiko hilang satu mata selepas ditikam berulang kali dalam satu acara kesusasteraan di negeri New York semalam. Susulan serangan sejurus sebelum pukul 11 pagi (waktu tempatan) itu, Rushdie dibawa menaiki helikopter ke hospital dan memerlukan pembedahan kecemasan, kata ejennya dalam satu kenyataan kepada akhbar The New York Times. “Rushdie berkemungkinan besar hilang satu mata. Saraf tangannya rosak teruk dan hatinya juga rosak akibat ditikam,” kata ejen penulis itu, Andrew Wylie sambil menambah, Rushdie tidak boleh bercakap. Polis negeri New York mengenal pasti suspek terbabit sebagai Hadi Matar, 24, dari Fairfield, New Jersey, namun motif serangan masih belum jelas. Polis berkata, Rushdie ditikam di leher dan perut. Sebilangan penonton bergegas ke pentas dan menjatuhkan suspek sebelum seorang a

[VIDEO] Tekong darat pandu 30km lawan arus bawa enam PATI dicekup

Image
[VIDEO] Tekong darat pandu 30km lawan arus bawa enam PATI dicekup BACA seterusnya di: https://pakdin.my/160454/ GUA MUSANG: Tindakan nekad seorang tekong darat yang membawa enam pendatang asing tanpa izin (PATI) warga Myanmar melarikan diri sejauh 30 kilometer (km) membawa padah selepas kenderaan pelbagai guna (MPV) jenis Perodua Alza yang dipandunya ditahan polis pagi 12 Ogos 2022. MPV yang dipandu oleh seorang lelaki tempatan berusia 45 tahun ditahan pada pukul 10 pagi berhampiran persimpangan lampu isyarat di bandar ini. Ketua Polis daerah, Superintendan Sik Choon Foo berkata, sebelum kejadian itu, sepasukan anggota polis dari cawangan kereta peronda polis Ibu pejabat Polis Daerah (IPD) Gua Musang membuat pemeriksaan snap check di Jalan Gua Musang-Kuala Lipis, berhampiran Kampung Lepan Jaya, di sini pada pukul 9.30 pagi. Katanya, semasa sedang bertugas, anggota polis melihat sebuah Perodua Alza membuat pusingan U dalam keadaan mencurigakan apabila pemandunya bertindak memecut laju M

Parti Liar: Datuk Seri antara 25 ditahan di Janda Baik

Image
Parti Liar: Datuk Seri antara 25 ditahan di Janda Baik BACA seterusnya di: https://pakdin.my/160450/ BENTONG -- Seorang lelaki bergelar “Datuk Seri” merupakan antara 25 individu ditahan dalam “parti liar” di sebuah banglo yang disewa di Janda Baik, Bukit Tinggi Bentong, awal pagi tadi 11 Ogos 2022. Ketua Polis Daerah Bentong Supt Zaiham Mohd Kahar berkata kesemua mereka berusia 18 hingga 64 tahun yang terdiri daripada warga asing dan tempatan itu ditahan sepasukan polis kira-kira 1 pagi. Beliau berkata ketika serbuan polis turut merampas dadah dipercayai jenis ketamin dan pil ekstasi yang dianggarkan bernilai RM800 dan siasatan awal mendapati banglo berkenaan disewa dengan harga RM15,000. Katanya ujian saringan awal air kencing suspek yang terdiri daripada 15 lelaki dan 10 wanita itu juga didapati positif dadah. "Seorang yang ditahan bergelar Datuk Seri berusia 46 tahun dan polis masih menyiasat siapa penganjur parti itu. Kesemua suspek direman selama empat hari bermula hari ini b

[VIDEO] Tiga lelaki ditemukan lemas di perairan Pulau Redang

Image
[VIDEO] Tiga lelaki ditemukan lemas di perairan Pulau Redang BACA seterusnya di: https://pakdin.my/160445/ KUALA TERENGGANU: Tiga daripada lima lelaki yang dilaporkan hilang selepas bot nelayan dinaiki mereka karam di perairan Pulau Redang Isnin lepas, ditemukan lemas hari ini. Pengarah Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) Terengganu Kapten Maritim Muhammad Suffi Mohd Ramli berkata mayat mereka ditemukan terapung antara 11 pagi hingga 1.30 tengah hari tadi oleh nelayan setempat yang turut serta dalam operasi mencari dan menyelamat (Carilamat). “Kesemua mayat ditemukan di lokasi berbeza sekitar 1.7 hingga 1.9 batu nautika dari Pulau Redang,“ katanya kepada pemberita di sini hari ini. Beliau berkata kesemua mangsa yang berasal dari Pasir Puteh, Kelantan itu ialah Saludin Ismail, 50, Mohd Nazri Abu Bakar dan Zulkifli Umar, kedua-duanya berusia 48 tahun. Katanya dalam kejadian pada 10 malam itu, bot nelayan dinaiki enam lelaki karam setelah dilanda ribut di kedudukan lebih kurang

Imigresen serbu 'private party' dan penempatan kontena warga asing

Image
Imigresen serbu 'private party' dan penempatan kontena warga asing BACA selanjutnya di: https://pakdin.my/160440 Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) telah menjalankan satu siri operasi penguatkuasaan ke atas dua premis berbeza di Kuala Lumpur pada 6 Ogos 2022. Siri operasi ini dijalankan berdasarkan keprihatinan Jabatan atas maklumat dan aduan awam yang gusar akan kegiatan mencurigakan melibatkan warga asing.  Lokasi pertama operasi di sebuah private party di Bukit Bintang, Kuala Lumpur dan lokasi kedua di sebuah penempatan warga asing di Brickfields, Kuala Lumpur. Dalam kedua - dua serbuan ini, pihak JIM telah memeriksa seramai 365 individu dan hasilnya seramai 84 orang warga asing yang berumur diantara 20 tahun hingga 50 tahun telah ditahan. Dalam operasi pertama, pihak JIM telah menyerbu sebuah private party yang dijalankan oleh penganjur warganegara Malaysia dan tetamu terdiri daripada kalangan warga asing majoriti daripada benua Afrika. Semasa pemeriksaan dilakukan, telah ber