[VIDEO] Salman Rushdie parah, perlukan mesin ventilator


[VIDEO] Salman Rushdie parah, perlukan mesin ventilator

BACA seterusnya di: https://pakdin.my/160458/

WASHINGTON – Pengarang Britain, Salman Rushdie terpaksa menggunakan mesin ventilator dan berisiko hilang satu mata selepas ditikam berulang kali dalam satu acara kesusasteraan di negeri New York semalam.

Susulan serangan sejurus sebelum pukul 11 pagi (waktu tempatan) itu, Rushdie dibawa menaiki helikopter ke hospital dan memerlukan pembedahan kecemasan, kata ejennya dalam satu kenyataan kepada akhbar The New York Times.

“Rushdie berkemungkinan besar hilang satu mata. Saraf tangannya rosak teruk dan hatinya juga rosak akibat ditikam,” kata ejen penulis itu, Andrew Wylie sambil menambah, Rushdie tidak boleh bercakap.

Polis negeri New York mengenal pasti suspek terbabit sebagai Hadi Matar, 24, dari Fairfield, New Jersey, namun motif serangan masih belum jelas.

Polis berkata, Rushdie ditikam di leher dan perut. Sebilangan penonton bergegas ke pentas dan menjatuhkan suspek sebelum seorang anggota polis dalam acara tersebut menangkapnya.

https://www.instagram.com/p/ChNKZsVgstO/?utm_source=ig_web_copy_link

Serangan berlaku di Institusi Chautauqua yang menjadi tuan rumah kepada program seni di kejiranan tepi tasik, 70 kilometer ke selatan bandar Buffalo.

Menurut laman berita MailOnline, forum berkenaan mengenai Amerika Syarikat sebagai tempat perlindungan kepada penulis dan artis seni lain yang hidup dalam buangan dan tempat untuk kebebasan ekspresi kreatif.

Carl LeVan yang merupakan profesor politik dari Universiti American memberitahu agensi berita AFP bahawa dia melihat suspek berlari naik ke pentas di mana Rushdie sedang duduk dan menikamnya berulang kali dengan  ganas.

“Suspek menikam Rushdie seberapa banyak yang boleh sehingga dia ditewaskan. Suspek mahu membunuhnya,” kata LeVan. 

Rushdie sebelum ini menerima ugutan bunuh kerana penulisan bukunya yang menghina kitab suci al-Quran sehingga mencetuskan protes besar-besaran pada 1988.

Pakistan mengharamkan buku tersebut manakala pemimpin Iran, Ayatollah Khomeini mengeluarkan fatwa supaya Rushdie dibunuh pada Februari 1998.

Khomeini meminta penerbit bukunya turut dibunuh.

Comments

Popular posts from this blog

Jadual Perjalanan Dan Tambang KTM Komuter Sektor Utara - Padang Rengas - Bukit Mertajam

Majlis Raja-Raja isytihar Sultan Johor, Yang di-Pertuan Agong ke-17

Racun perosak dalam makanan mengurangkan jumlah sperma