Posts

Dua pemandu cedera kereta bertembung

Image
Dua pemandu cedera kereta bertembung BACA seterusnya di https://pakdin.my/160669/ HULU SELANGOR – Seorang lelaki parah selepas kereta yang dipandu bertembung dengan sebuah kenderaan lain di kilometer 41 Jalan Ipoh-Kuala Lumpur, Antaragapi dekat sini hari ini. Ketua Polis Daerah Hulu Selangor, Superintendan Suffian Abdullah berkata, kemalangan berlaku sekitar pukul 9 pagi melibatkan dua buah kenderaan iaitu Toyota Vios dan Proton Persona. “Kejadian dipercayai berlaku ketika Proton Persona yang dipandu seorang anggota polis berpangkat Koperal dalam perjalanan dari Gombak ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Hulu Selangor manakala Toyota Vios pula dari Kuala Kubu Bharu menghala Serendah. “Pemandu Proton Persona berusia 37 tahun cuba memotong kenderaan di hadapannya, namun tidak sempat mengelak lalu bertembung dengan Toyota Vios yang datang dari arah bertentangan,” katanya. Menurutnya, kemalangan itu menyebabkan pemandu Toyota Vios berusia 25 tahun mengalami kecederaan parah di kaki dan dikej

[VIDEO] Kenderaan dihanyutkan kepala air di Ulu Kasar, Setiu

Image
  [VIDEO] Kenderaan dihanyutkan kepala air di Ulu Kasar, Setiu  BACA seterusnya di https://pakdin.my/160665 6 buah buah kenderaan yang diletakkan di tebing Sungai Lata Payung, Ulu Kasar, Setiu dihanyutkan arus deras akibat kepala air pada petang tadi 2 September 2022. Menurut sumber, kejadian tersebut tidak melibatkan kehilangan jiwa dan semua mangsa selamat. Kejadian dipercayai berlaku selepas Asar apabila kepala air di sungai Lata Payung, Ulu Kasar, Setiu. Air naik sehingga ke tebing sungai yang dijadikan tempat meletak kenderaan.  Sehingga kini ini dilaporkan semua mangsa teselamat.  Kawasan perkelahan tersebut tiada rangkaian telefon selular. https://youtu.be/xc2I-umun6s

[VIDEO] Kejadian pergaduhan sekumpulan lelaki di tepi jalan Mentakab

Image
[VIDEO] Kejadian pergaduhan sekumpulan lelaki di tepi jalan Mentakab BACA seterusnya di: https://pakdin.my/160660/ Pada 31 Ogos 2022 jam lebih kurang 8.00 pagi, bu Pejabat Polis Daerah Temerloh telah mengesan satu video yang tular melibatkan pergaduhan sekumpulan lelaki dipercayai bangsa India yang tersebar melalui media sosial "WhatsApp'. Rakaman video yang berdurasi selama 10 saat ini, di percayai berlaku pada 31 Ogos 2022, jam lebih kurang di antara 12.05 tengah malam hingga 12.20 tengah malam, memaparkan beberapa orang lelaki yang sedang bergaduh berhampiran di tepi jalan bandar Mentakab. Sehingga kini pihak polis tidak menerima sebarang aduan ataupun laporan polis berkenaan kejadian tersebut. Pihak polis telah membuat laporan maklumat pertama (FIR) untuk memulakan siasatan di bawah Seksyen 147 kanun Keseksaan iaitu merusuh di tempat awam dan juga melakukan gaduh gempar di bawah Seksyen 160 Kanun Keseksaan. Susulan penularan rakaman video berkenaan, plhak polis telah melak

Ibu tidak pulang, mayat ditemui dalam sungai

Image
Ibu tidak pulang, mayat ditemui dalam sungai BACA seterusnya di: https://pakdin.my/160656/ HULU SELANGOR – Kebimbangan seorang anak selepas ibunya tidak pulang ke rumah sejak Isnin lalu terjawab apabila lelaki terbabit menemui mayat wanita itu dalam sungai di hadapan sekolah agama sekitar Kuala Kubu Bharu di sini tengah hari tadi. Ketua Polis Daerah Hulu Selangor, Superintendan Suffian Abdullah berkata, anak lelaki mangsa yang berusia 22 tahun itu menemui jasad ibunya di dalam sungai pada pukul 12 tengah hari tadi. “Sebelum ini, anak lelaki mangsa telah datang untuk membuat laporan polis di Balai Polis Kuala Kubu Bharu memaklumkan ibunya tidak pulang ke rumah sejak Isnin lalu. “Lelaki itu kemudian menemui mangsa yang telah meninggal dunia di tempat kejadian hari ini,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini. Menurut Suffian, hasil siasatan awal mendapati mangsa merupakan seorang wanita warga tempatan berusia 57 tahun. “Pemeriksaan forensik pula mendapati tiada unsur jenayah berla

[VIDEO] Beruang berkeliaran dikesan di Sungai Nibong

Image
[VIDEO] Beruang berkeliaran dikesan di Sungai Nibong BACA di https://pakdin.my/160651/ SEKINCHAN: Seekor beruang yang dipercayai mencari makanan dikesan berkeliaran di sawah padi Ban Canal, Parit 13, Sungai Nibong, di sini, semalam. Pengarah Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (Perhilitan) Selangor, Dennis Ten Choon Yung, berkata pihaknya menerusi Perhilitan Sabak Bernam bergegas ke lokasi selepas menerima maklumat itu dan tiba pada jam 8 pagi. Katanya, pemantauan dan siasatan kemudian dilakukan namun tidak menemui kelibat beruang berkenaan. "Penduduk setempat diminta supaya segera menghubungi kita sekiranya ternampak kelibat beruang itu," katanya ketika dihubungi, hari ini. Terdahulu, tular di laman sosial menerusi video berdurasi 23 saat memaparkan seekor beruang berwarna hitam berkeliaran di kawasan sawah padi dipercayai sedang mencari makanan. https://youtu.be/vEWA3WtqV-A Kejadian kira-kira jam 7 pagi itu disedari seorang wanita yang merakam video pergeraka

[VIDEO] Anggota polis maut ketika ke IPD Hulu Selangor

Image
[VIDEO] Anggota polis maut ketika ke IPD Hulu Selangor BACA seterusnya di https://pakdin.my/160647/ HULU SELANGOR – Seorang anggota polis maut akibat kemalangan motosikal ketika dalam perjalanan ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Hulu Selangor dalam kejadian sekitar Kampung Dato’ Harun, Serendah awal pagi 30 Ogos 2022. Difahamkan, mangsa, Konstabel Syaiful Aizuddin Abd Halim merupakan anggota kawad kawalan kehormatan pada Majlis Serah Terima Tugas antara Superintendan Suffian Abdullah menggantikan Asisten Komisioner Arsad Kamaruddin sebagai Ketua Polis Daerah Hulu Selangor. Ketua Polis Selangor, Datuk Arjunaidi Mohamed yang turut hadir pada majlis itu menzahirkan takziah dan bacaan surah Al-Fatihah kepada Allahyarham. Sementara itu, Ketua Polis Daerah Hulu Selangor, Superintendan Suffian Abdullah memaklumkan Allahyarham bertugas di Balai Polis Bukit Sentosa dan telah berkhidmat dalam pasukan Polis Diraja Malaysia (PDRM) selama tiga tahun. “Saya dan seluruh warga IPD Hulu Selangor menzah

PRU15 sebelum Disember, PM beri komitmen bukan tahun depan, kata Tok Mat

Image
PRU15 sebelum Disember, PM beri komitmen bukan tahun depan, kata Tok Mat BACA seterusnya di: https://pakdin.my/160633 Timbalan Presiden Umno Mohamad Hasan berkata pilihan raya umum ke-15 (PRU15) akan diadakan tahun ini memandangkan Perdana Menteri Ismail Sabri Yaakob sudah memberi komitmen tidak akan melaksanakannya tahun depan. Mohamad berkata, cuma perdana menteri tidak boleh memaklumkan bila tarikh pilihan raya akan diadakan. “Pilihan raya umum sudah tidak lama, perdana menteri sudah bagi komitmennya, tapi dia tak boleh bagi tarikh…takkan dia hendak bagi tarikh sehingga dia terpaksa kata takkan saya hendak bawa tahun depan. “Jadi, jelas sangatlah, jelas pilihan raya tahun ini. Kalau pilihan raya umum tahun ini takkan hendak buat bulan 12, nanti orang berenang pula pergi mengundi. Bulan 12 di Pahang bukan calang-calang banjir. “Jadi, itu jangka masa yang kita perlu perhatikan betul-betul, gerak kerja kita, kita buat sebelum bulan 12,” katanya menurut Utusan Malaysia. Mohamad yang leb