[VIDEO] Anggota polis maut ketika ke IPD Hulu Selangor


[VIDEO] Anggota polis maut ketika ke IPD Hulu Selangor

BACA seterusnya di https://pakdin.my/160647/

HULU SELANGOR – Seorang anggota polis maut akibat kemalangan motosikal ketika dalam perjalanan ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Hulu Selangor dalam kejadian sekitar Kampung Dato’ Harun, Serendah awal pagi 30 Ogos 2022.

Difahamkan, mangsa, Konstabel Syaiful Aizuddin Abd Halim merupakan anggota kawad kawalan kehormatan pada Majlis Serah Terima Tugas antara Superintendan Suffian Abdullah menggantikan Asisten Komisioner Arsad Kamaruddin sebagai Ketua Polis Daerah Hulu Selangor.

Ketua Polis Selangor, Datuk Arjunaidi Mohamed yang turut hadir pada majlis itu menzahirkan takziah dan bacaan surah Al-Fatihah kepada Allahyarham.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Hulu Selangor, Superintendan Suffian Abdullah memaklumkan Allahyarham bertugas di Balai Polis Bukit Sentosa dan telah berkhidmat dalam pasukan Polis Diraja Malaysia (PDRM) selama tiga tahun.

“Saya dan seluruh warga IPD Hulu Selangor menzahirkan ucapan takziah buat ahli keluarga Allahyarham Konstabel Syaiful Aizuddin yang telah meninggal dunia akibat kemalangan motosikal,” ujarnya selepas selesai majlis tersebut di IPD Hulu Selangor di sini hari ini.

https://www.instagram.com/p/Ch5B5TVgIiF/?utm_source=ig_web_copy_link

Comments

Popular posts from this blog

Jadual Perjalanan Dan Tambang KTM Komuter Sektor Utara - Padang Rengas - Bukit Mertajam

Tiga pasangan negara mara ke pusingan ketiga Kejohanan Dunia

Malaysia Milk tarik balik penjualan produk Marigold HL